Resipi Puding Custard Berkuah Pekat

Bahan-bahan

Custard

1 cawan tepung custard (Bird’s Custard)
5 cawan air
3 sudu besar gula perang (gula biasa pun boleh)
5 sudu besar susu pekat
Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Kuah Custard

1tin susu cair
1 cawan whipping cream (saya guna jenama anchor. Lain2 jenama pun boleh asal jenis dairy whipping cream)
2 cawan air
1 sudu besar tepung custard
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan gula (tambah kalau nk manis lagi)

Bahan Tambahan

1 tin buah2an cocktail (buang airnya)
1 tin buah laici (buang airnya)
Sumi
Kismis
Kekacang (walnut/kepingan badam atau yg bersesuaian)
*ikut suka nak letak apa ya bagi bahan-bahan tambahan ni

Cara-cara

Custard

Masuk semua bahan custard dalam periuk dan kacau hingga tepung custard betul-betul larut.
Kemudian masak atas api yg kecil hingga adunan custard berkilat dan meletup2. Sentiasa kacau jangan sampai ada yg melekat pada dasar periuk. Nnti takut hangit.
Terus angkat bila dah meletup-letup.
Tuang adunan dalam bekas yg bersesuaian dan simpan dlm fridge.

Kuah Custard

Campur susu cair, whipping cream, air & gula dalam periuk. Masak guna api kecil sambil dikacau hingga mendidih.
Kemudian masukkan tepung custard yg dah dibancuh terlebih dahulu dengan air ke dalam periuk beserta esen vanilla dan garam. Kacau hingga mendidih. Tutup api biarkan hingga sejuk.
Bila dah sejuk, masukkan buah2an cocktail, laici, sumi, kismis dalam kuah. Sejukkan dalam fridge.
Bila nak makan baru masukkan custard yang dah dipotong2 kecil dalam kuah custard dan taburkan kekacang.

*kuah custard tu kalau manis, boleh tambah air masak sikit bila2 nak dan kacau hingga sebati.