Ni saya share resipi Buttercream utk salut/lepa kek atau buat topping atas cupcake. Resipi ni saya guna utk icing kek kat gambar mcm dibawah. Tak sesuai utk buat buat bunga2 ya.

Resepi Buttercream

250g pure butter (unsalted atau salted butter) – contoh churn, anchor dll (saya suka guna pure butter dari australia sebab bau nya kurang. kalau butter dari negara2 europe baunya (mcm minyak sapi) kuat sikit.
1 1/2 cawan gula icing (kalau nk manis tambah lagi.
Sedikit esen vanilla
2 sudu besar susu segar/full cream milk (saya x guna) – fungsi utk cairkan buttercream ikut mcm mana kita nak.

Cara2

– Keluarkan butter dari peti sejuk
Potong kecil (agak) biarkan sekejap dkt luar utk jadikan pada room temperature (ini tips nya ya – maksud room temperature ialah suhu pada 19 – 22 °C. Bukan room temperature suhu kat malaysia ya. Nnti cair buttercreamnya. Rupa butter tu tak berkilat dan boleh dipegang seketul2. Kalau dah berkilat, masuk balik dlm fridge).
– Ayak gula icing
– Putar butter pada kelajuan medium high hingga bertukar warna jadi seakan2 putih dan berkrim. Volumenya nampak bertambah mcm 2 x ganda. Putar dalam 5 – 6 minit.
– Masukkan sedikit2 (dalam 1/2 cawan gula icing tadi). Putar dalam 1 minit bagi setiap 1/2 cawan gula icing lps dimasukkan dlm adunan butter. Selepas masukkan semua gula icing, putar lagi dlm 2 – 3 minit.
– Masukkan esen vanila atau apa2 perasa yg disukai.
– Boleh letak warna yg dikehendaki. Jangan guna perwarna jenis water based. Guna jenis Ameri atau jenis paste atau oil based.
Boleh terus guna atau simpan dlm fridge. Kalau nak guna selepas masuk dalam fridge, kena keluarkan dan biar sekejap kat luar. Lps tu pukul sebentar dan boleh guna.

Kalau utk salut kek saiz 8″ mcm bawah kna buat 1 1/2 adun ya

*ini resipi alternatif ya. Ada banyak lagi resipi yg kita boleh guna kalau kita search dlm internet. Cuma kalau resipi mat salleh ni mcm manis sangat. Kurangkan sikit gula icing ikut citarasa kita.