Resepi krim cheese untuk cheese tart (blueberry) boleh dapat dalam 80 biji (-+) cheese tart.

Bahan-bahan
500g cheese (saya guna jenama tatura)
80g gula halus/castor (ikut suka nk manis atau kurang manis)
50g butter/mentega (guna yg pure ya) – yg biasa mcm buttercup pun boleh
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit perahan lemon (optional)
1 biji telur (gred B)
Sedikit pewarna kuning (optional)
Jem blueberry (ada jual di kedai bakeri)
Plastik piping
Nozzle bulat no 3 atau 804 (cap ayam je) utk picit cheese.
Nozzle no 5 utk buat corak bulatan atas cheese.

Cara-cara

*sediakan tart shell atas dulang pembakar yg telah dialas dengan kertas minyak. Saya beli aja tart shell sebab buat untuk makan. Bukan untuk jualan.

Panaskan oven suhu 170°C (guna api atas & bawah)

Keluarkan krim cheese dari fridge. Masukkan cream cheese dalam bekas putar. Masukkan butter, gula & sedikit pewarna kuning. Tak letak pewarna pun tak pe.
Putar cream cheese tadi selepas 10 minit dikeluarkan. Putar hingga sebati dan agak2 nampak berkrim.
Masukkan esen vanilla dan telur. Putar lagi hingga sebati anggaran dalam 30 saat.
Masukkan nozzle dlm piping beg potong ujung piping beg utk keluarkan muncung nozzle.
Masukkan cream cheese tadi dan letak tepi.
Ambil piping beg lain masukkan jem blueberry. Potong hujung piping beg tersebut dan picit blueberry atas tart shell. Agak2 le ya. Sukahati nk letak banyak atau sikit.
Ambil piping beg yg telah di isi dengan cream cheese tadi dan tekan ditengah2 tart shell sehingga menggunung/membukit. Jangan risau, cream cheese tak akan jatuh/melimpah. Agak2 le ya. Jgn banyak sangat sebab cepat muak.
Masuk dalam oven dan bakar selama 8 – 10 minit. Saya bakar 8 minit aja. Lepas 8 minit, sentuh permukaan cheese. Kalau tak melekat pada jari, dah masak lah tu. Keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar.
Masukkan nozzle no 5 dlm piping beg dan potong hujung piping utk keluarkan muncung nozzle. Isi jem blueberry.
Picit atas cream cheese yg dah sejuk tadi. Buat corak bulatan atau apa corak yg disukai.
Simpan dalam fridge sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dimakan.

*simpan dalam fridge baki cream cheese yg belum diguna sementara tunggu yg di dalam oven masak. Bila nak guna baru keluarkan.

*ni merupakan cubaan pertama saya buat cheese tart montok. Alhamdullilah menjadi.

*nak buat perisa lain pun boleh. Antaranya kiwi, mangga, coklat, oreo dll..

*resipi cream cheese ini diolah dari resepi rakan di dalam group MAHN. terima kasih sudi berkongsi resepi.
Banyak resepi cream cheese ada di internet, tapi saya confiden dgn resepi yg ni.