Resipi Milk Green Tea
(Sukatan utk 1 jug besar)

1 senduk serbuk green tea (jenama dari thailand tu)
1/2 jug air panas (utk rendam serbuk teh)
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1/2 cawan dairy whipping cream (cth: jenama anchor) – tak nak masuk pun boleh.
Secubit garam
Ais ketul secukupnya

Cara-cara

Rendam serbuk teh dlm air panas yg 1/2 jug tadi (pastikan betul2 panas airnya) dlm 5 minit kemudian tapis & buang hampasnya
Masukkan susu pekat. Jgn masuk semua. Ikut rasa manis yg mcm mana nak. Kalau tak cukup 1 tin boleh tambah lagi.
Masukkan whipping cream.
Masukkan garam
Kacau hingga sebati.
*Susu cair masuk dalam blender dan blend dulu hingga membuih.
Masukkan ais secukupnya dalam teh tadi.
Curahkan susu cair yang dah diblend tadi dan boleh minum.
*contoh jenis green tea tu ada pada gambar ya.