Pisang. Macam2 boleh buat dengan pisang… dapat sesisir pisang hari ni. So, saya share resipi yang tiba2 muncul di kepala. Dengan penggunaan bahan yang ringkas, maka terhasil lah Pisang Santan & Sos Gula Melaka. Rasa lemak, masam, masin & manis. Semua ada, lengkap. Rasanya boleh jadi ‘comfort food’ ni. Tambah se ‘scoop’ aiskrim vanilla. pergh…

Ni Saya share resepinya ya..

A)

Bahan2

Sesikat pisang (dalam 15 biji) saya guna pisang nipah. Apa2 pisang pun sesuai yang penting pisang yang lembut/lembik (betul2 masak)

2 kotak santan/kalau kelapa biji guna 2 biji dan perah ambil santan pekat

1 cawan air

sedikit garam dan sedikit gula

Cara2

Buang kulit pisang dan masukkan dalam periuk. Campur sekali santan, garam, air dan gula. Masa sebentar hingga agak pekat dengan api perlahan sambil di kacau2 sesekali. Jangan sampai hangit pisangnya.

Siap.

B)

Sebuku gula melaka (berat dalam 200g) lebih pun boleh. Selain gula melaka, gula merah, gula kabung pun boleh.

2 sudu besar gula pasir

2 cawan air

Sehelai daun pandan (disiat2 dan dipintal)

sedikit tepung jagung dibancuh dengan air (untuk pekatkan sos)

Cara2

Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali bancuhan tepung jagung. Masak dengan api perlahan hingga gula melaka cair. Masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung jagung setakat mana kelikatan yang diinginkan setelah gula melaka cair.

Siap

Kaedah menghidang..

Ambil pisang dan santan kemudian curah sos gula melaka ikut kemanisan yang dikehendaki.  (letakkan 1 scoop airkrim vanilla – optional).. sedia untuk dimakan.