Asia TVET Experts Forum 2018 (ATEF 2018)

Pada 23 hingga 24 Julai 2018 yang lalu saya telah dijemput sebagai salah seorang peserta dalam ATEF 2018 anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Forum ini telah mengumpulkan pakar-pakar TVET negara-negara Asia bagi berdiskusi cabaran yang sedang dan perlu dihadapi oleh warga TVET khususnya yang berkaitan Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0)

Gambar 1: Ucapan oleh Naib Canselor UTHM selaku Pengerusi ATEF 2018

Selain daripada memberikan ruang kepada penulis untuk menyampaikan pandangan dan cadangan kepada ahli-ahli forum, ATEF juga memberikan peluang membuat jaringan dengan pakar-pakar TVET dalam dan luar negara. Di sini saya berkesempatan untuk bertemu dengan Engr Hamid yang merupakan Presiden, Central Executive Committee, Institution of Diploma Engineers Bangladesh (IDEB).

Gambar 2: Gambar kenangan bersama Engr A.K.M.A Hamid daripada Bangladesh

Saya juga turut berpeluang menemui Ts Dr Muhammad Naim Yaakub, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Gambar 3: Bersama Ts Dr Muhammad Naim Yaakub TKP, JPPKK