Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik 2018

Pada 12 Julai 2018, saya menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PPSMJ ke 40 bertempat di Bilik Student Centred Learning, Sekolah Pendidikan, UTM. Mesyuarat bermula dengan aktiviti perkongsian bertajuk Pengurusan Kewangan Yang Baik oleh Penceramah Jemputan PM Aziz yang merupakan bekas pensyarah Jabatan Pendidikan Sains Matematik dan Multimedia Kreatif (JPSMMK).

Gambar 1: PM Aziz sedang menyampaikan perkongsian

Setelah selesai sesi ceramah dan Jamuan Hari Raya, Pengerusi PPSMJ PM Dr Zaleha Ismail menyampaikan kata-kata aluan. Sejurus itu, mesyuarat pun bermula dengan pembentangan laporan aktiviti oleh Setiausaha dan laporan kewangan oleh Bendahari Persatuan. Agenda mesyuarat tamat pada jam 1.15 tengahari.

Gambar 2: Penulis dan ahli mesyuarat lain sedang memberikan tumpuan terhadap perbincangan yang sedang dijalankan