Lata Jernih Produk Ekopelancongan UTM di Johor Bahru

 

Seramai 52 orang mahasiswa dan 10 staf dari Jabatan Lanskap, Fakulti Alam Bina UTM terlibat dalam membangunkan Lata Jernih itu yang turut mendapat kerjasama dari Unit Kampus Ekopelancongan, Pejabat Harta Bina dan Pusat Kerjaya UTM.

Naib Canselor berkata, konsep pembinaan Lata Jernih yang dilakukan secara manual tanpa penggunaan peralatan berat bagi mengelakkan kerosakan kawasan sekitar untuk mengekalkan persekitaran semula jadinya. Bahan binaan semulajadi juga turut digunakan termasuk batu dan kayu yang terdapat di kawasan sekeliling.

“Pembinaan Lata Jernih dijalankan menerusi program Job On Campus untuk memberi pengalaman kerja sebenar kepada mahasiswa UTM mempraktikkan ilmu yang mereka pelajari di bilik kuliah kepada situasi kerja sebenar.

“Menerusi program ini UTM berjaya menjimatkan dua petiga daripada kos sebenar jika diserahkan kepada kontraktor luar,’ katanya.

Majlis perasmian dihadiri oleh Pengarah Harta Bina Profesor Dr Abdul Latif Salleh, Pengarah Pusat Kerjaya Prof. Madya Dr. Othman Ibrahim dan Pensyarah Jabatan Senibina Lanskap Prof. Madya Dr Mohd Sarofil Abu Bakar.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Ir. Wahid Omar berkata, sasaran itu meningkat berban­ding kira-kira 20,000 pelancong pada tahun lalu dan yakin mampu dicapai menerusi pembukaan Lata Jernih di Hutan Rekreasi UTM yang terletak dalam kampus induk universiti berkenaan di Skudai di sini, semalam.

“Sejak inisiatif Kampus Eko­pe­lancongan UTM dilancarkan pada 2009, jumlah kehadiran pelancong tempatan serta luar negara seperti Singapura dan Korea Selatan terus bertambah saban tahun.

“Justeru, kita yakin jumlah itu akan terus meningkat kepada 30,000 orang pada tahun ini menerusi pembukaan secara rasmi produk baharu kami, iaitu Lata Jernih,” katanya selepas merasmikan produk ekopelancongan terbaharu itu.

Menurut Wahid, nama Lata Jernih diilhamkan daripada perkataan ‘lata’ dalam bahasa Inggeris yang memberi makna ‘cascade’, iaitu jeram dengan airnya yang jernih mengalir secara ber­tingkat-tingkat.