1 Julai 2018 -Fakulti Pendidikan UTM bertukar wajah kepada Sekolah Pendidikan

Tarikh 01 Julai 2018 merupakan suatu tarikh yang bersejarah apabila Fakulti Pendidikan bertukar nama kepada Sekolah Pendidikan dan bersama-sama empat entiti lain (Akademi Bahasa, Akademi Tamaddun Islam, Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, dan CASIS ) untuk berada di bawah satu fakulti iaitu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Berdasarkan struktur organisasi yang baru ini Sekolah Pendidikan akan diketuai oleh seorang Pengerusi (Chair) dan dibantu oleh 3 orang Pengarah (Director) mengikut Program yang ditawarkan di sekolah ini.

Rajah 1: Fakulti-fakulti yang wujud di bawah UTM Synergy 4.0

Semoga dengan dengan bermula struktur baru ini Sekolah Pendidikan UTM akan terus memacu kecemerlangan dalam persada pbidang pengajian pendidikan di dalam dan luar negara.