Juri Jemputan Hari Inovasi Kolej Vokasional Tanjung Puteri Johor Bahru

4 Mac 2020

Pada hari ini saya julung kalinya dijemput sebagai Juri pameran Hari Inovasi peringkat Jolej Vokasional Tanjung Puteri Johor Bahru. Turut dijemput adalah Ts Dr Hasyamuddin Othman daripada UTHM Batu Pahat, Johor. Program dimulakan dengan ucapan Aluan Timbalan Pengarah Akademik KVTP yang mewakili Pengarah.

Fig 1: Penulis bersama Timbalan Pengarah Akademik KVTP dan Ts Dr Hasyamuddin UTHM

Sesi penilaian yang bermula jam 9.30 pagi itu melibatkan penyertaan pelajar-pelajar daripada semua program yang ditawarkan di KVTP iaitu Program Teknologi Kimpalan, Program Teknologi Automotif, Program Teknologi Elektrik, Program Teknologi Elektronik dan Program Teknologi Binaan Bangunan.

Fig 2: Sesi soal jawab di antara panel juri dengan pelajar

Program berakhir sekitar jam 1.00 tengahari dengan acara penyampaian cenderahati daripada pihak KVTP

Fig 3: Penulis menerima cenderahati daripada Ketua Jaminan Kualiti KVTP

Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan KVTP atas penganjuran dan jemputan sebagai panel juri jemputan. Tahniah juga kepada semua pelajar yang terlibat. Semoga terus sukses.

Fig 4: Penulis bersama ahli pengurusan KVTP dan Ts Dr Hasyamuddin Othman

Fig 5: Penulis bergambar kenangan bersama peserta