Perkongsian Ikon Inovasi dan Komersialisasi Sempena Bulan Inovasi Sekolah Pendidikan 2019

Pada 3 Disember 2019 telah diadakan sesi Perkongsian Ikon Inovasi dan Komersialisasi bersempena Program Bulan Inovasi Sekolah Pendidikan 2019. Program setengah hari tersebut teah mengenengahkan 2 orang pensyarah Sekolah Pendidikan yang telah berjaya menghasilkan produk inovasi dan seterusnya mengkomersilkan produk mereka iaitu Prof Madya Dr Fatin Aliah Phang Abdullah dan Ts Dr Dayana Farzeeha Ali. Sesi tersebut telah berlangsung di Bilik Seminar Sekolah Pendidikan dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada staf Sekolah Pendidikan dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.Fig 1 : PM Dr Fatin sedang menyampaikan perkongsian produk inovasi beliau

 

Fig 2: Ts Dr Dayana Farzeeha Ali sedang menyampaikan perkongsian beliau

 

Fig 3: Penulis bersama dengan sebahagian daripada peserta program