Buku ini antara 26 buah buku (dari 300++ buku pelbagai genre yang dihasilkan oleh penulis-penulis tempatan) yang dipilih oleh RTM untuk mengisi slot program bersiri Travelog “Tajuk Buku”. Penggambaran berkaitan buku ini telah dibuat pada 2 Februari 2023 di UTM Skudai
Sinopsis Buku
Industri pembinaan adalah salah satu industri yang berimpak tinggi dan menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau. Oleh itu, proses pembinaan
bangunan hijau perlu mengaplikasikan beberapa kaedah hijau untuk memastikan proses pembinaan itu sendiri tidak memberi impak negatif kepada alam sekitar. Arkitek juga perlu mengetahui ciri-ciri bangunan hijau kerana piawaian sijil bangunan hijau adalah berbeza di setiap negara. Antara faktor yang mampu mempengaruhi piawaian ini adalah perubahan iklim dan taraf sosioekonomi negara tersebut. Mereka bentuk bangunan hijau adalah mencabar kerana arkitek perlu mengambil kira keperluan industri terutamanya kos bahan binaan yang terlibat. Kebanyakan bahan binaan bangunan hijau adalah mahal kerana ianya diperbuat daripada bahan yang mempunyai kadar penyerapan haba yang rendah. Oleh itu, teknologi komputeran diguna pakai oleh arkitek untuk membantu proses menimbangtara keputusan berkaitan pemilihan jenis dan kos bahan. Kebanyakan teknologi komputeran dalam bidang pembinaan fokus kepada modul-modul yang membantu pembinaan bangunan secara digital atau maya. Walau bagaimanapun, untuk mencari bahan binaan hijau yang sesuai untuk rekabentuk bangunan hijau dan pada masa yang sama untuk mengawal kos pembinaan adalah satu proses yang mengambil masa yang lama. Ini kerana arkitek akan mengunakan kaedah “cuba jaya” (trial and error) ataupun teknik simulasi yang memakan masa. Oleh itu, buku ini mengetengahkan kaedah pengoptimuman iaitu Algoritma Genetik untuk
membantu arkitek memilih bahan-bahan binaan berdasarkan jenis dan kos yang bersesuaian, bergantung kepada keperluan piawaian bangunan hijau yang digunakan. Algoritma Genetik adalah alternatif terbaik dalam menghasilkan reka bentuk hijau kerana proses yang menjimatkan masa dan tidak melibatkan kos tambahan yang terlalu tinggi.
Harga: RM 70 (Harga asal)
Tempahan buku (diskaun 10% ) : https://wa.link/jksry