Khasiat Sengkuang

Sengkuang dikategorikan sebagai kumpulan makanan sayuran. sengkuang adalah tumbuhan bawah tanah yang memiliki kulit nipis dan terdapat akar kecil pada buahnya.

Rasanya yang sedikit tawar dan berkanji membolehkan ianya dimakan secara mentah atau dimasak. Sengkuang boleh digoreng atau direbus. Menariknya, sengkuang mentah sangat sesuai dijadikan sebagai salad atau kerabu kerana ia tidak bertukar warna setelah dikupas dan dipotong. Apabila dimasak, sengkuang akan menyerap rasa bahan lain menjadikannya serasi dengan berbagai-bagai sayuran.

 

Sengkuang juga dikatakan kaya dengan Vitamin C. Ia juga turut mengandungi sejumlah kecil kumpulan Vitamin B-kompleks seperti folat, riboflavin, pyridoxine, asid pantothenic dan thiamin. Selain itu, ia juga turut memiliki sejumlah mineral penting seperti magnesium, tembaga, besi dan mangan.

Sengkuang amat rendah kalori dan dikatakan mengandungi kira-kira 35 kalori bagi 100 gram ubi. Namun begitu, ia memiliki kandungan tinggi fito zat yang termasuk serat pemakanan dan antioksidan serta beberapa jumlah kecil mineral dan vitamin.

 

Ramai di kalangan kita rakyat Malaysia gemar makan begitu sahaja dicampur dengan sedikit sos dan kacang, dan lebih dikenali sebagai ‘Sengkuang Calit’.

Sengkuang mempunyai banyak khasiat dan kebaikan tersediri dan ia patut diamalkan oleh kita. Antara khasiat dan kebaikan sengkuang ilah :

  1. Merangsang pencernaan yang baik.
  2. Mencerahkan kulit.
  3. Merendahkan kolestrol.
  4. Mengekalkan gula dalam darah
  5. Menguatkan sistem imun
  6. Mengekalkan metabolisma dalam badan
  7. Meransang kehamilan sihat
  8. Mengurangkan berat badan
  9. Sumber serat pemakanan mudah larut

 

 

Trackbacks

  1. […] Sengkuang memiliki nama ilmiah Pachyrhizus Erosus ini memang enak dimakan kerana memiliki rasa yang manis dan segar. Disamping itu ia juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri khususnya kecantikan kerana ia mengandungi bahan bahan penting seperti pachyrhizon, rotenon, vitamin B1 dan vitamin C. […]

Speak Your Mind

*