Select Page

Sedikit perkongsian untuk memperbanyakkan rezeki adalah dengan ‘Bersedekah‘.

Tangan di atas adalah lebih baik, dari tangan di bawah.

 

Dari Hakim bin Hiz’am Radhiyallah anhu, dari Rasulullah SAW, baginda telah bersabda,

” Dan mulailah dengan orang yang menjadi tanggunganmu, dan sebai-baik sedekah adalah yang dikeluarkan dari orang yang tidah memerlukanya. Barangsiapa, yang menjaga kehormatan dirinya, maka Allah akan menjaganya dan barangsiapa yang sentiasa berasa cukup, maka Allah akan memberi kecukupan kepadanya “.

 

Amalan bersedekah ini juga dapat membantu kita di akhirat nanti. Berikut adalah antara petua bersedekah dan cara bersedekah paling mudah dan sempoi.

PETUA REZEKI MELIMPAH ?

  1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah untuk kucing2 yg datang.
  2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.
  3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
  4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
  5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang2 yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).
  6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
  7. Belilah mushaf (al quran), dan letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
  8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka2 yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
  9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk, & bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
  10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kepadamu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.
  11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah al-fatihah atau al ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

Semoga sedikit perkongsian saya  tentang bersedekah ini, memberi manfaat kepada semua pembaca.

Siapa tahu ada yang mahu mengamalkan. Moga kamu pun akan diberi pahala kerananya.
Selamat bersedekah.

Semoga kita dilimpahkan rezeki…Aamiin..