Select Page

Pihak Badan Kebajikan CICT telah mengadakan Program Memasak Dodol pada 10 Jun 2018, program ini bersempena untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 15 Jun 2018. Pihak BKCICT, menjadi penganjur dengan kerjasama semua staf CICT.

Aktiviti memasak dodol ini adalah aktiviti julung kali diadakan di CICT, kebiasaan aktiviti memasak yang diadakan oleh pihak BKCICT adalah seperti memasak bubur lambuk, asam pedas, kambing bakar sahaja. Namun, aktiviti kali ini menampakkan sedikit perbezaan aktiviti dari tahun-tahun sebelum ini.

Semua staff CICT telah diagihkan dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk mengambil giliran mengacau. Sebanyak 15 kumpulan kecil telah dibentuk, dan setiap kumpulan mempunyai 5-6 orang pengacau Aktiviti mengacau dodol telah dimulakan pada pukul 7.00 pagi hingga selesai.

senarai nama kumpulan mengacau

Sambutan yang mengalakkan dari semua staff, kebanyakkan staff  memberi sedikit masa mereka untuk tidak melepaskan peluang memberi sedikit curahan tenaga dalam aktiviti mengacau dodol ini.

Dodol masih cair lag. Pukul 10.00 pagi

Dodol kelihatan semakin likat pada pukul 11.30 pagi

Dodol semakin likat pada pukul 12 tengahari dan tenaga lelaki diperlukan

Keadaan dodol yang semakin masak pada pukul 1 tengahari

 

Selesai sahaja aktiviti mengacau dodol, dodol itu telah disejukkan dan dimasukkan kedalam bekas-bekas kecil sebelum diagih-agihkan kepada semua staff CICT yang terlibat dan tidak terlibat.

 

Dodol yang disejukkan selepas dilkeluarkan dari kawah

Dodol dimasukkan dalam bekas-bekas kecil

Semua staff CICT berasa sangat seronok dan berpuas hati dengan aktiviti mengacau dodol ini, kerana ramai diantara mereka merupakan pengalaman pertama mengacau dodol, dan berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.