Serbuk Kunyit penyelamat gigi

 

Saya pasti ramai antara kita pernah merasai kesakitan gigi akibat dari gigi berlubang. Pengalaman ngeri sakit gigi adalah antara senarai sakit paling sakit yang kita hadapi. Kesengsaraan menahan sakit gigi adalah sangat digeruni oleh ramai diantara kita.

 

Apabila mengalami sakit gigi, gusi bengkak, rasa ngilu, berdenyut-denyut akan menbataskan rutin harian kita terutamanya untuk makan. Rasa sakit yang ditanggung menganggu proses menguyah makanan.

 

Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan bahan yang sedia ada di dapur kita sahaja iaitu serbuk kunyit.

 

 

Caranya amat mudah sahaja, anda hanya perlu ambil sedikit serbuk kunyit dan larutkan dalam air.  Pastikan serbuk kunyit sebati bersama larutan air tersebut. Kemudian kumur air larutan kunyit itu dua hingga lima kali.

Ini adala salah satu alternatif untuk mencegah dan mengatasi pembusukan gigi atau lebih dikenali sebagai gigi berlubang.

Selamat mencuba !

Speak Your Mind

*