Accident !
Apa perlu buat?
Jika ternampak kereta / kenderaan kemalangan ditepi jalan. Sebagai rakyat Malaysia yang perihatin, memang tak dapat disangkal lagi sikap rakyat Malaysia memang sangat prihatin jika tenampak ada berlaku kemalangan.
Sifat empati dan simpati ke atas insan yang mengalami kesusahan memang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, situasi begini perlu ditangani dengan baik. Bantuan tanpa ilmu berkemungkinan akan menambah kan kesulitan.
So, apa yang perlu dibuat ialah,
- Berhenti di tempat yang selamat jika ingin memberi bantuan kepada mangsa.
- Hubungi 999 dan bagitahu maklumat dan info yang tepat mengenai tempat kemalangan.
- Ikuti arahan yang diberikan oleh pegawai yang bertugas di talian 999.
- Bantuan kepada mangsa berpandukan arahan daripada pegawai yang bertugas di talian 999.
Semoga bantuan anda dapat mempermudahkan segala urusan kemalangan dan dapat menyelamatkan mangsa dari terkorban nahas jalan raya.
hasil taip : emily.ysff
Recent Comments