Jerebu
15 tips dan tindakan yang boleh dilakukan semasa musim jerebu adalah:
- Peka dengan laporan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU)
- Dilarang melakukan pembakaran terbuka.
- Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah atau bangunan. (Pakai mask ketika berada di luar rumah).
- Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.
- Cuci baju yang terdedah kepada jerebu dan sebaiknya tak menyidai baju di luar rumah.
- Apabila memandu,tutup tingkap rapatdan gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman
- Sekiranya menunggang motosikal dan basikal, penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan.
- Nyalakan lampu kenderaan apabila jarak penglihatan berkurangan
- Banyak minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
- Basuh tangan, muka dan bahagian kulit yang tededah kepada jerebu dengan sabun dan air bersih
- Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
- Dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka juga hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan
- Elakkan minum air berkafein, bergas dan beralkohol bagi mengelak kehilangan cecair dan nutrien keluar dari badan
- Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin C, vitamin E dan Omega 3 serta nutrisi-nutrisi lain bagi membantu melawan penyakit dengan menguatkan sistem imun badan. Buah-buahan dan sayuran juga mengandungi air yang boleh membantu mengurangkan pengambilan air.
- Masak makanan sendiri dan amalkan makan di rumah. Jika makan di luar, pilihlah tempat makan yang tertutup dan berada di dalam bangunan.
Semoga bemanfaat ketika musim jerebu.
hasil taip : emily.ysff
Recent Comments