Tips Musim Jerebu

Jerebu 

15  tips dan tindakan yang boleh dilakukan semasa musim jerebu adalah:

  1. Peka dengan laporan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU)
  2. Dilarang melakukan pembakaran terbuka.
  3. Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah atau bangunan. (Pakai mask ketika berada di luar rumah).
  4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.
  5. Cuci baju yang terdedah kepada jerebu dan sebaiknya tak menyidai baju di luar rumah.
  6. Apabila memandu,tutup tingkap rapatdan gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman
  7. Sekiranya menunggang motosikal dan basikal, penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan.
  8. Nyalakan lampu kenderaan apabila jarak penglihatan berkurangan
  9. Banyak minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  10. Basuh tangan, muka dan bahagian kulit yang tededah kepada jerebu dengan sabun dan air bersih
  11. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
  12. Dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka juga hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan
  13. Elakkan minum air berkafein, bergas dan beralkohol bagi mengelak kehilangan cecair dan nutrien keluar dari badan
  14. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin C, vitamin E dan Omega 3 serta nutrisi-nutrisi lain bagi membantu melawan penyakit dengan menguatkan sistem imun badan. Buah-buahan dan sayuran juga mengandungi air yang boleh membantu mengurangkan pengambilan air.
  15. Masak makanan sendiri dan amalkan makan di rumah. Jika makan di luar, pilihlah tempat makan yang tertutup dan berada di dalam bangunan.

Semoga bemanfaat ketika musim jerebu.

 

hasil taip : emily.ysff

Speak Your Mind

*