Select Page

i-Saraan

 

 

Pernah tak anda dengar akaun i-saraan?

kalau belum silalah google untuk mengetahui tentang i-saraan ini. Tapi kat sini saya nak share serba sedikit mengenai i-saaan.

Siapa yang layak untuk carum dalam i-saraan ini?

  • penjawat awam yang memilih skim pencen.
  • individu yang bekerja sendiri (meniaga online atau offline)
  • tiada pendapatan tetap
  • suri rumah.

a) apa yang menarik dan kelebihan yang ramai tidak tahu ialah, mulai 1 Januari 2018, setiap caruman anda secara sukarela ke dalam akaun i-saraan ini, Kerajaan akan top-up berikan sumbangan secara PERCUMA sebanyak 15% (daripada caruman anda) atau maksimum RM250 ke dalam akaun anda.

b) katakanlah anda mencarum sepanjang setahun (Jan-awal Dis) berjumlah RM1670, maka di penghujung tahun, pihak Kerajaan akan sumbangkan (topap) sebanyak RM250 ke dalam akaun anda. Untung tuuuu.. Banyak tuuuu.. sape nak bagi weyyyyy… Ini baru setahun.. kalau 10 tahun dah RM2500 Kerajaan topap, campur duit caruman anda tu dah dekat RM20,000. Ha itu kalau 10 tahun.. kalau 30 tahun kan dah tak pasal-pasal duit dalam caruman anda tu dah 60-70k. kalau anda simpan RM1700 dalam ASB pun tak dapat sebanyak itu.

c) orang selalu tanya, duit yang dicarum tu boleh ke dikeluarkan secara sesuka suki? Jawabnya mestilah tidak, kalau boleh keluar masuk sesuka hati, itu akaun simpanan bank namanya. Ini caruman KWSP, berbentuk pelaburan jangka masa panjang, untuk zaman anda bersara kelak. Duit caruman ini boleh dikeluarkan seawal umur anda 55 tahun.

Ha ni lah salah satu cara nak menambah ganjaran/gratuity anda bila bersara kelak.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan atau sebaiknya kunjungi mana-mana cawangan pejabat KWSP berhampiran dengan anda.