Sukaneka
Flashcard & Lukisan
Masa : 10min
Peserta: Semua
Bahan: Kertas, pensil, pemadam
Cara :
AJK akan memberitahu peserta pertama satu perkataan, dan peserta pertama kena melukiskan gambar perkataan tersebut, dan menunjukkan kepada peserta kedua, peserta kedua hendaklah mengulang langkah yang sama hingga peserta yang terakhir, dan peserta terakhir perlu meneka gambar yang dilukis. Setiap peserta diberi masa 30saat untuk melukis dan tidak dibenarkan memberitahu apa yang dilukisnya.
Chopstick Gergasi
Masa: 5min
Bahan: Kayu/batang mop, belon, air kotak, botol air, mangkuk plastik, coklat .
Peserta : 2 orang setiap group
Cara:
Kumpulan akan mencabut undi untuk memilih barang yang perlu diangkatnya menggunakan chopstick gergasi (batang mop). Sebanyak 6 barang yang dipilih perlu diangkat dan diletakkan diatas meja. Masa yang diberikan adalah 5min. Kumpulan yang dapat meletak barang diatas meja paling banyak akan dikira dan paling pantas akan dikira sebagai pemenang, mengikut kiraan masa.
Getah berpindah
Masa: 10min
Bahan: Straw, mangkuk plastik, getah
Peserta: semua
Cara: Alihkan getah dari dalam mangkuk dan pass kan kepada team mengunakan straw dalam masa 5 min. siapa paling banyak dia menang.
Gula2 Tepung
Masa : 5min
Peserta: Semua
Bahan: Tepung, pinggan plastik, gula2, mangkuk plastik.
Cara : Setiap peserta perlu mencari gula-gula dalam tepung. Apabila peserta pertama sudah menjumpai gula-gula, peserta seterusnya akan mengulang langkah yang sama hingga tempoh masa tamat atau gula-gula nya habis. Kumpulan siapa paling banyak dapat mengumpul gula-gula akan dikira pemenang.
Ibu Mengandung
Masa : 10min
Peserta : budak2
Bahan: Belon
Cara:
Peseta perlu meletakan belon dalam baju di perut dan celah kaki, kemudian perlu berjalan kemudian berpatah balik ke kumpulan, kemudian sambung kepada peserta yang seterusnya hingga semua peserta habis.
Istana Pasir
Masa: 20min
Cara : Setiap kumpulan perlu membina satu istana. Istana siapa paling cantik dan kreatif dia menang.
hasil taip : emily.ysff
Recent Comments