Beg Sekolah

Hujung-hujung tahun macam ni memang banyak pasaraya membuat promosi “Jom kembali ke sekolah”. 

 

Jadi mak bapak mesti memasing dah start busy prepare segala keperluan anak-anak nak ke sekolah.  Salah satu barang keperluan yang penting semestinya ialah beg sekolah !

Kat sini saya nak share sikit tips untuk pilih beg yang baik utuk anak-anak bawa ke sekolah.

  1. Beg mesti mempunyai 2 tali penyandang di bahu, dan penyandang perlu mempunyai pelapik span. Adalah lebih baik, sekiranya penyandang mempunyai klip penyambung.
  2. Bahagian dalam beg mempunyai pembahagi ruang, supaya bukubuku kelihatan tersusun dan dekat kepada tubuh pemakai.
  3. Saiz beg adalah sekitar bahagian pelikat dan atas punggung. Jika hingga mencecah ke punggung, beg itu terlalu besar dan tidak sesuai.

Sebagai ibu bapa, perkara sebegini perlu dititikberatkan. Pemilihan beg yang betul dapat mengelakkan berlakunya kemudaratan kepada anak-anak. Pemilihan beg yang salah boleh menyebabkan sakit tengkuk, sakit belakang dan masalah-masalah lain di tlang belakang anak-anak, seperti skoliosis dan kyphosis.

Diharap sedikit perkongsian ini dapat dimanfaatkan, TQ.

Speak Your Mind

*