Ayam Kari

Ayam masak Kari Merecik ‼️

Cara-cara :

Bahan bahan:

-12 ketul ayam2 biji kentang – potong 41

-1/2 labu bawang besar saiz besar

– hiris6 ulas bawang putih

– hiris3 inci halia

– hiris1 asam keping

-1 kotak santan kotak

-Air secukupnya

-10 sudu besar rempah kari

-Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

-1 pelepah daun kari

-Gula dan Garam secukupnya

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.

Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair.

Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak.

Kemudian masukkan daun kari dan kentang.Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.

Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan.

Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam.

Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.Kuah kari ayam pekat seperti ini pasti sedap dimakan dengan roti jala. huhuhu…

Speak Your Mind

*