Spektrum Warna
- Waktu Subuh
- Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh manusia. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan penawar, penyembuhan, rezeki dan komunikasi.
- Waktu Zohor
- Waktu ini alam berubah ke warna kuning mendominasi atmosfera menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna alam yang menguning pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan dan penghadaman. warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang. Mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat Zuhur berulang kali dalam hidupnya, maka ia akan menghadapi masalah system penghadaman di perut dan hilang sifat cerianya.
- Waktu Asar
- Warna oren ialah rahsia kreativiti, di mana warna oren di alam boleh membawa pengaruh besar dalam kreativiti seseorang. pektrum warna pada waktu ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan terhadap keadaan dan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem pembiakan (reproduktif) secara keseluruhan.
- Waktu Maghrib
- Menjelang waktu Maghrib, warna alam berubah menjadi kemerahan. Warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.
- Waktu Isyak
- Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Alam ketika ini mulai diselimuti kegelapan dan kita dianjurkan untuk merehatkan tubuh. Dan sebetulnya, waktu inilah tidur yang disyariatkan dalam Islam di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan santai atau berehat.
Sumber : Hikmah Solat & Warna Alam
hasil taip : emily.ysff
Recent Comments