Select Page

 

Ini antara file penting untuk ketua keluarga.

Nampak tak penting sekarang, tapi akan jadi sangat sangat penting jika berlaku kematian (bila-bila saja boleh berlaku).

Pesan kat pasangan dan anak, apa apa jadi semua dokumen ada dalam file ni.

Antara isi kandungan file:

1. Salinan kad pengenalan diri sendiri dan ahli keluarga. Saya standby buat 10 keping setiap salinan siap siap.

2. Salinan sijil & kad nikah kita.

3. Salinan sijil kematian ahli keluarga

4. Senaraikan nama ahli keluarga serta pertalian waris

5. Senaraikan aset (Geran rumah, geran kereta, geran tanah, geran rumah-kedai, emas dan lain2)

6. List Hutang / loan bank yang masih belum selesai dan tempoh dijangka habis bayaran.

7. Polisi takaful yang kita ada (Kemaskini senarai penama atau pemilik hibah , jumlah pampasan hibah dan nyatakan nama agent untuk dihubungi)

8. Kemaskini maklumat akaun bank dan kata laluan akaun bank.

9. Senaraikan maklumat KWSP,Tabung Haji, ASB, Share-holder, saham, unit trust, fixed deposit dan lain-lain. Kita namakan siapa dan siapa penerima hibah.

Namun,

Satu je belum ada dalam fail ni, iaitu sijil mati diri sendiri. Bersedia atau tak, mati itu pasti.

Senang macam mana pun kehidupan kita hari ini, dunia letak di tangan sahaja jangan di hati.

Orang orang yang hutang dengan kita and tak reti nak bayar pon boleh rasanya letakkan listing diorang kat sini. Senaraikan nama, jumlah hutang, tarikh hutang dan no hp mereka.