Bipolar
Apa itu Bipolar?
Bipolar adalah penyakit mental yang menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah mood (terasahati) yang melampau. Penyakit ini boleh menjejaskan tenaga dan kebolehan fungsi seseorang baik dari segi fizikal ataupun psikologikal.
Simptom penyakit Bipolar
- Perasaan
Terlalu gembira, keyakinan terlebih dari biasa, cepat marah, terlalu sedih, keresahan, bertenaga dan gelisah, perasaan bersalah dan tidak menikmati kehidupan.
- Tingkahlaku
Cuai, tidak tidur, kurang selera makan, sentiasa letih dan tidak minat.
- Pemikiran
Fikiran tidan tenang, kurang fokus, tidak perhatian, tiada pertimbangan dan sentiasa berfikir.
Sumber : health
Recent Comments