KEMPEN MENGIBARKAN JALUR GEMILANG
Kempen mengibarkan jalur gemilang bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara bermula 15 Ogos sehingga 16 September 2024 bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan Negara dan hendaklah dipasang serta dikibarkan di tempat – tempat yang sesuai berpandukan tatacara yang telah ditetapkan.
Marilah kita bersama – sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kecintaan kita kepada Negara Malaysia.
Recent Comments