” Yang terbaik di kalangan kamu ialah orang terbaik melunaskan hutangnya.”
– Riwayat Muslim
Nabi menganjurkan kepada kita melangsaikan hutang melalui 2 cara ini:
1. Membayar Lebih Daripada Nilai Yang Kita Pinjam.
Bayar lebih ini tidak boleh disyariatkan semasa aqad pinjaman tapi atas dasar sukarela ketika membayar hutang.
2. Selesaikan Hutang Secepat Mungkin, Jangan Bertangguh.
Selain mendapat pahala mengikut sunnah, bila hutang selesai, hidup kita pasti lebih tenang & ceria.
Fokus selesaikan hutang jahat terlebih dahulu sebelum tambah hutang baik sebagai aset kita.
Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah berhutang dengannya dan Nabi s.a.w telah membayar hutang tersebut dengan memberikan tambahan.
(Riwayat Bukhari, Muslim, dan Ahmad)
Indahnya islam, ianya mengajar kita semua tatacara dalam kehidupan termasuk dalam aspek menyelesaikan hutang.
Memberi pinjam dengan syarat mendapatkan keuntungan itu dikira riba namun agama menganjurkan kita untuk menyelesaikan hutang dengan cara terbaik.
Konsep ta’awun dalam memberi pinjaman iaitu tolong-menolong. Yang meminjam memperoleh manfaat & yang memberi pinjam juga tidak rugi.
Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Bila Allah sayang, insyaAllah hidup jadi tenang & senang.Semoga Bermanfaat!Jom! Urus Wang Gaya Pakar.
Sumber : Roslin Raselip

Recent Comments