Pada 28 Julai telah berlangsung USG dan acara yang dipertandingan ialah Bola Jaring. Buat pertama kali selepas 10 tahun CICT telah menghantar pasukan pemain dalam sukan ini.
Sebenarnya saya sudah lama tinggalkan sukan ini sejak di bangku sekolah lagi, saya menerima tawaran dari pengurus bola jaring cict untuk menyertai pasukan cict untuk menghilangkan rasa rindu beraksi di atas court bola jaring.
Saya memegang posisi ‘center’ yang saya kira salah satu posisi yang mempunyai tangungjawab yang besar dan penting, kerana ia nya memerlukan seorang yang aktif, lincah dan bertenaga dalam padang. Pemain yang memegang posisi ini perlu berada di keseluruhan padan kecuali kotak D.
Walaupun kami tidak berjaya meneruskan pejuangan ke peringkat seterusnya, tapi saya tetap berasa gembira. Sukan ini memberi saya pengalaman yang bermakna buat saya,di mana saya dapat belajar peraturan peraturan baru dalam pertandingan yang jauh berbeza dengan peraturan ketika di zaman persekolahan saya.
Saya berharap pada tahun akan datang pasukan bola jaring cict dapat memperbaiki segala kekurangan dalam permainan, dapat memberi komitmen dalam latihan dan berjaya merangkul kejayaan.
Recent Comments