Cuaca yang tak menentu di negara kita, cuaca panas yang kita alami memaksa kita menggunakan penghawa dingin dengan lebih kerap. Penggunaan hawa dingin mengakibatkan bil elektri kita meroket naik sehingga tidak terkawal. Namun hal ini boleh dikawal sendiri, dengan mengubah cara penggunaan elektrik dengan betul. Secara tak langsung dapat mengurangkan bil elektrik bulanan anda.
Tips yang sangat mudah dan berguna untuk menjimatkan elektrik anda. Tips ini dikongsi oleh pihak TNB sendiri untuk pengguna.
- Guna mesin basuh semaksima mungkin. (masuk baju banyak-banyak)
- Pastikan filter penghawa dingin kerap dicuci, supaya lebih efisyen.
- Tutup semua pintu dan tingkap semasa penghawa dingin dihidupkan.
- Gunakan suhu penghawa dingin antara 23-25 darjah celcius.
- Pilih lampu/mentol yang menggunakan tenaga yang sedikit.
- Seterika pakaian yang nak digunakan dalam jumlah yang banyak setiap minggu sekali.
- Maksimakan air dalan cerek elektrik ketika memasak air.
- Jarakkan peti sejuk dari dinding sekurang-kurangnya 10cm.
- Pastikan penyusunan barang dalam peti sejuk kemas dapatkan jimatkan elektrik.
- Jangan biarkan laptop/PC/monitor dalam keadaan stanby sekiranya tidak digunakan.
- Gunakan timer untuk peralatan tertentu dan masa tertentu.
- Gunakan mod ‘cold wash’ semasa menggunakan mesin basuh.
- Gunakan lampu fluorescent T5 sebagai langkah penjimatan elektrik.
Senang je kan nak jimatkan bil elektrik bulanan rumah kita? Apa lagi praktikkan dan sebarkan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan ramai yang mempraktikkannya.
Sumber : Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Recent Comments