Select Page

KWSP

APA KHABAR AKAUN KWSP ANDA YA?

Bila kali terakhir anda ziarah akaun KWSP anda ya?

Ya kamu tu.. ha kamu laaa yang baca ni… especially kita warga UTM, sebagai penjawat awam , Kebanyakkan mesti memilih skim pencen kan..

Ok harini nak kongsi informasi yang sangat ramai penjawat awam masih tidak tahu.

Pastikan akaun KWSP anda masih aktif dan ada baki sekurang-kurangnya RM1, ya seringgit sekurang-kurangnya. jangan biarkan 0 dalam akaun anda samada akaun 1 atau akaun 2.

Dengan adanya baki sekurang-kurangnya RM1 di dalam akaun KWSP anda, sekiranya anda (penjawat awam) samada anda pilih skim KWSP ataupun skim pencen, jika meninggal dunia sebelum umur 55 tahun, waris kepada gemulah (si mati) layak untuk tuntut bantuan kematian sebanyak RM2,500. Ya, carum sekurang-kurangnya RM1, kalau mati, waris dapat RM2,500, banyak kan? Untung kan? Bagi anda yang bekerja dengan Kerajaan (penjawat awam) yang memilih skim pencen, jika anda meninggal dunia dalam perkhidmatan, selain daripada Bantuan Mengurus Jenazah sebanyak RM3,000 yang Kerajaan akan bagi, waris anda juga boleh dapat extra RM2,500 daripada KWSP. Sebagai tambahan, jika anda merupakan pembayar Zakat di Pusat Zakat di Wilayah Persekutuan (MAIWP) sekurang-kurangnya RM50 setahun, pihak MAIWP akan topap RM3,000 lagi untuk waris anda.. jadi jumlahnya berapa dah? RM8,500 dapat secara PERCUMA!!! ini belum lagi masuk insurans ke tabung khairat kematian kelab di pejabat anda ke, khairat kematian di taman-taman perumahan anda ke…

Penting ni!! Sangat ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini yang akhirnya mengakibatkan tiada waris yang datang menuntutnya.

Kita tak mahulah ayat ‘hidup pun susah, mati pun susah’ melanda keluarga dan waris anda setelah kematian anda kelak.

 

 

Percayalah, anda tidak akan menyesal mengambil tahu dan menyebarkan maklumat ini.

Aiiii, takkan baca dan tau sendiri-sendiri ajer, tololong-tolong lah SHARE dan tag kengkawan dan keluarga anda sekali.

Mudah mudahan anda mendapat keberkatan dan pahala dalam menyebarkan informasi yang bermanfaat.

 

hasil taip : emily.ysff