Tabung Emas
MASANYA MEMBELI EMAS?
Jika kita masih ingat, harga emas pada tahun 2000 hanya RM30/g sahaja, 2008 menjadi RM80/g, tahun 2016 menjadi RM150/g, tahun 2018 RM180/g dan awal tahun 2020 menjadi RM220/g.
Waktu bermula pandemik harga emas semakin naik hampir setiap bulan. Hanya sesekali bulan mac, awal jun, dan penghujung Oktober ada sedikit penurunan.
Selebihnya menaik dengan sihat dan baik. Bermula awal November harga emas mula nampak penurunan.
Bagi pelabur, emas disebut
‘safe haven’ pada mereka. Ia adalah pelaburan yang selamat untuk menyimpan nilai.
Bila pasaran tidak menentu, orang tak pasti dengan keadaan ekonomi, saham dan hartanah.
Maka emas menjadi pilihan kerana ia dianggap penyimpan nilai paling selamat.
Bila keyakinan pasaran mula tinggi bila China, US dan Rusia mula menawarkan vaksin. Kita mulakan rundingan untuk membeli 30% untuk rakyat, maka kebimbangan terhadap Covid mula semakin reda.
Bila keyakinan ini kembali ada, orang mula rasa selamat dan permintaan emas kembali berkurangan. Maka kita dapat perhatikan harga emas semakin menurun sejak 5 hari ini.
Waktu awal pandemik, ramai orang berebut beli emas sebab pelabur tak pasti dimana pasaran pelaburan yang baik buat mereka ‘letak dan simpan’ duit mereka.
Maka emas jadi pilihan kerana sifat emas itu sebagai pelindung kewangan yang baik.
Jika berminat nak menyimpan emas waktu harga tengah turun ini. Pandangan saya :
- Cari ilmu tentang emas, jangan beli emas sebab semua orang beli emas. Nanti kita akan lemas.
- Sebaiknya jangan beli yang 1gram sahaja. Nilai upah dan susutnya lebih tinggi.
Ada duit himpun beli 10gram dan keatas atau belajar beli 1 dinnar sebagai permulaan.
- Emas lebih baik tentunya emas 999 berbanding emas 916. Elakkan beli emas yang bercampur dengan emas putih. Ia tiada nilainya nanti.
- Nilai susut emas bar atau waffle hanya sekitar 7%-9% berbanding emas gelang hiasan anak mami punya. Susut nilainya sangat besar antara 20%-30% banyaknya.
- Emas bukan seperti saham, beli waktu rendah dan jual waktu tinggi. Emas kita himpun untuk penuhi matlamat kewangan kita.
“Saya himpun emas nie nak beli tanah kebun 5 ekar. Dah cukup jual beli kebun”
“Saya himpun emas ini untuk kahwin”. Dah cukup nilai hantaran . Maka kahwinlah
“Saya simpan emas nie sebab duit biasa selalu bocor”.
- Menyimpan emas ini adalah ketagihan luar biasa, jika anda bermula menyimpan. Anda akan semakin sayang dan akan kekal menyimpan.
- Emas adalah aset anti inflasi, ketika terjadinya inflasi harga emas juga akan meningkat.
- Emas adalah pelaburan jangka panjang. Jika tetiba harga turun kita tetap belum rugi sekali kita belum jual. Maka simpanlah emas dengan baik.
Antara influencer Emas. Boleh follow mereka :
- Syukor Hashim
- Mohd Zulkifli shafie
- Mazlifah Omar
- Azizah Hassan
- Khaja Nazimudeen Yaacop
- Mohd Azinuddin
- Adam Fahmi Ghazali
- Khairul idzham
- Steven Blanda
- Marliya Ramli
Harga emas dijangka akan turun lagi, maka sebaiknya jangan tunggu baru beli, beli dan tunggu.
hasil taip : emily.ysff
Recent Comments