Bawang Putih
Jenis potongan bawang putih dan fungsinya!
Dari kiri:
HIRISAN TENGAH- Sesuai untuk sup / masakan yang memakan masa lamak.
HIRISAN TEPI- Sesuai untuk masakan bertumis (sayur, nasi goreng).
MINCED/DICED (CINCANG/DADU)- Sesuai untuk masakan yang mementingkan paras rupa (presentation) dan sesuai untuk orang yang tak suka kunyah bawang. Tapi potongan tok paling cepat hangus haha!
CRUSHED/HANCUR- Sesuai untuk masakan yang betunok (grilled/oven), stew, dan perapan.
POTONGAN SEPARUH/BUNGA- Sesuai untuk merembeskan wangian/aroma dan perasa bawang putih ke dalam masakan (stew, roast, searing).
Semoga membantu!
Sumber: Faridh Rezza at Kapit
hasil taip : emily.ysff
Recent Comments