Select Page

Laqad Jaa akum

Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 129 ayat. Dinamakan surah ” At-Taubah ” (Taubat) kerana pada ayat 117, disebutkan perihal golongan yang telah bertaubat dari perbuatan mereka yang salah lalu Allah menerima taubat mereka dan mengampunkannya.

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” -128

“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.” -129

Kelebihan mengamalkan ayat ini :

  • Dipanjangkan usia dengan izin Allah.
  • Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat (siang dan malam) jika dibaca setiap pagi dan petang.
  • Menambah keteguhan iman kepada Allah SWT.

Cara mengamalkan ayat ‘Laqod Jaa’kum’ ialah dengan dibaca sebanyak tujuh kali selesai solat fardhu terutamanya solat subuh dan mahgrib.

Seandainya kita mengamalkan ayat ini setiap hari, bertahun-tahun lamanya sehingga menjadi darah daging, namun tiba-tiba di satu pagi kita tidak mampu membaca ayat ini, terlupa, tidak lancar, tersangkut-sangkut, dapat baca sebahagian dan lupa sebahagian, maka itulah alamatnya yang kita bakal dijemput ke alam barzakh. Bersiap-siaplah mungkin sehari, mungkin seminggu, mungkin 40 hari, yang pasti itulah petunjuknya bahawa waktu kita telah hampir. Subhanallah.

hasil taip : emily.ysff