Mari Bersama Raikan Graduan, Ibu bapa dan Tetamu Sempena Majlis Konvokesyen UTM ke 61

C&P Vice Chancellor UTM

Assalamu’alaikum/Salam Sejahtera semua warga UTM,

 

Semoga semuanya sentiasa berada dalam kesejahteraan dan keceriaan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Majlis konvokesyen UTM yang ke 61 akan berlangsung pada 10-12 November 2018 ini. Tentunya seperti yang saya kongsikan sebelum ini, kepada kita, konvokesyen adalah menjadi satu rutin yang diadakan 2 kali setahun. Tetapi kepada para graduan dan keluarga masing-masing, majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang dinanti-nanti penuh bermakna dan menjadi satu kebanggaan atas pencapaian yang diperolehi.

Sehubungan dengan itu, saya memohon semua warga UTM agar kita turut sama meraikan kegembiraan graduan dan keluarga masing-masing. Kita sama ada warga akademik atau PPP seharusnya teruja untuk meraikan kegembiraan ini bersama pelajar dan keluarga mereka. Seperti kita selalu sebut ‘seluruh eko sistem kampus’ terlibat dalam mendidik pelajar. Justeru, saya sekali lagi mengajak seluruh warga kampus di semua peringkat untuk memberikan layanan terbaik kepada semua tetamu sama ada graduan mahu pun keluarga mereka. Saya juga amat berbangga dan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua staf dan mahasiswa atas segala usaha, inisiatif dan komitmen dalam bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran Universiti ini. Kesepakatan dan kerbersamaan semua warga Universiti dalam memastikan kampus UTM sentiasa ceria ini amat saya hargai.

 

Semoga budaya mesra warga UTM dirasai oleh mereka. Sama-sama kita juga doakan agar Majlis konvokesyen UTM kali ke 61 ini akan berjalan lancar dan meriah.

Akhir kata, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam menjayakan konvokesyen kali ini dan semua program-program lain yang diadakan sempena Majlis konvokesyen ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Assalamualaikum /Warm Greetings to UTM Community,

 

I hope that all of you are doing well and in good health. 

As we all know, the 61st Convocation Ceremony will take place on the 10th until the 12th of April 2018. As I have shared during the last convocation, to us, the convocation is a routine ceremony happening twice a year. However, to the graduates and their families, the convocation ceremony is an occasion much awaited, which is a proud and meaningful moment to celebrate their success. Therefore, 
in conjunction with this special event, I would urge the whole UTM community to celebrate this memorable occasion with the graduates and their families.

We should appreciate this happy moment in celebration with students and their families. 
As we frequently mention, the whole campus eco-system is involved in nurturing the students.
 As such, I would like to invite everyone in UTM community at all levels to give the best to all our guests, whether they are our graduates or their families. I am also very proud and appreciate all efforts, initiatives and commitments by UTM staff and students in working together to maintain the cleanliness of the campus. The unity and togetherness demonstrated by the community in making this university a “happy and cheerful” campus is always appreciated.

 

Let them feel our friendly culture. Let us pray that this UTM Convocation Ceremony will run smoothly with much joy and happiness.
Lastly, I would like to express my utmost appreciation to everyone who are involved directly and indirectly in making this convocation and all other programmes taking place in conjunction with this convocation ceremony a successful one.

 

Thank you.

Wahid Omar

UTM Vice-Chancellor

PELAKSANAAN INDEKS KOMPETENSI STAF (CIS) 2018

Assalamualaikum wrt,

Adalah dimaklumkan bahawa, penilaian Indeks Kompetensi Staf / Competency Index for Support Staf (CIS) merupakan Pra Syarat Wajib bagi Staf Pengurusan & Profesional Dan Pelaksana (Gred 1 – 54) mengisi Penilaian Prestasi Staf (e-LNPT) bagi tahun 2018.Staf dikehendaki untuk mengisi CIS terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mengisi e-LNPT. 

Tarikh-tarikh penting bagi pelaksanaan pengukuran CIS adalah seperti berikut:

PYD MEMBUAT PENILAIAN SENDIRI PPC MEMBUAT PENILAIAN TERHADAP PYD
1 – 16 Disember 2018 17 – 31 Disember 2018

 

Maklumat tambahan berkaitan pelaksanaan pengukuran CIS boleh dilihat di dalam poster yang telah disediakan oleh pihak Urus setia. Segala kerjasama dan keperihatinan semua Staf Pengurusan, Profesional dan Pelaksana amatlah dihargai untuk menilai dan mengisi markah bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah pada saat-saat akhir.

Sekian, terima kasih

Pembangunan Bahan E-Kandungan Terbuka

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Saudara,

Saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Sebagaimana sedia maklum, Universiti telah bersetuju memberi markah bonus sebanyak 5% bagi pembangunan bahan ekandungan terbuka.

Pekeliling Pentadbiran Bil. 19/2016, Pelaksanaan Penambahbaikan Penilaian Prestasi Staf Akademik (eLPPT) Tahun 2016 Mengambil Kira Keperluan Universiti Penyelidikan Bagi Komponen Pengajaran, Penyelidikan dan Perkhidmatan adalah berkaitan.

DEFINISI:

Bahan eKandungan asli terbuka berdasarkan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) merangkumi bahan berbentuk digital yang:

1.         dibangunkan sendiri oleh pensyarah,

2.         tidak melanggar sebarang hakcipta,

3.         ditawarkan secara terbuka dalam talian bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

4.         Penawarannya perlu secara terbuka di platform selaine-Learning UTM (bermakna, bahan boleh diakses secara terus oleh sesiapa sahaja).

Sehubungan itu, bagi penilaian tahun 2018, staf akademik perlu mengisi maklumat melalui My UTM pada pautan UTM Acad bagi tujuan semakan dan verifikasi oleh pihak UTMLead.  Markah Bonus akan dipaparkan secara automatik dalam e-LPPT bagi staf yang layak.

 
Bersama-sama ini disertakan MANUAL bagi tuntutan bonus pembangunan eKandungan melalui sistem My UTM.
 
Sebarang kemusykilan boleh hubungi Pengurus Multimedia Kreatif dan Teknologi Pembelajaran UTM di sambungan 37885 atau e-mail kepada nurbiha@utm.my.

Sekian, terima kasih.

Dr Ranjeet Bhagwan Singh Research Grant 2018

Good day all researchers,

Academy of Sciences Malaysia (ASM), Ministry of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change (MESTECC) is pleased to announce the call for proposal under Dr Ranjeet Bhagwan Singh (RBS) Medical Research Trust Fund.
Annually, one (1) eligible young Malaysia scientist will be awarded a grant with a maximum amount of RM 30,000 to support medical and biomedical research.
Closing date is 16 November 2018.
Download the details HERE
Thank you and good luck.

Please click HERE to rate my service.
Regards,

Pindaan Tarikh Akhir Tindakan Penilaian Prestasi Staf Online Tahun 2018

  dan Salam Sejahtera,

Merujuk kepada Pekeliling Pentadbiran Bil.44/2018 : Penilaian Prestasi Staf Online Tahun 2018.

Dimaklumkan bahawa  terdapat pindaan pada Jadual Penilaian Prestasi Tahunan Staf Tahun 2018. Perubahan ini mengambil kira pelaksanaan selaras dengan hari bekerja UTMKL yang mana sekiranya hari akhir tindakan yang perlu dilaksanakan jatuh pada hari Ahadtempoh pelaksanaannya akan dilanjutkan pada hari berikutnya iaitu pada hari Isnin.

Perubahan ini terpakai kepada semua staf di UTM Johor Bahru, UTM Kuala Lumpur dan UTM Hub Pagoh.

 
Sekian, terima kasih.

KURSUS PENULISAN PROPOSAL LIBATSAMA KOMUNITI BERIMPAK

Selamat Sejahtera,

  1. Bhg. Datuk/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Saudara/Saudari,

Perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) akan mengadakan kursus yang tersebut mengikut ketentuan berikut:

Tajuk
KURSUS PENULISAN PROPOSAL LIBATSAMA KOMUNITI BERIMPAK


Tarikh
7 NOVEMBER 2018 (Rabu)

Masa
9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat
akan dimaklumkan kemudian

Penceramah
Prof. Madya Dr. Johari bin Surif

Pengarah

Pusat Jaringan Komuniti & Industri

PENDAFTARAN DIBUKA SEHINGGA 4 NOVEMBER 2018 (Ahad) ==>>
BORANG PENDAFTARAN KURSUS PENULISAN PROPOSAL LIBATSAMA KOMUNITI BERIMPAK

Sinopsis kursus ini adalah;

Libatsama komuniti merupakan salah satu tanggungjawab seorang pensyarah untuk memindahkan ilmu yang dimiliki kepada masyarakat di samping pengajaran dan penyelidikan.  Melalui libatsama komuniti ini, seorang pensyarah akan turun kepada masyarakat, memberikan khidmat bakti, menterjemahkan teori kepada praktis, dan membangunkan profesionalisme seorang akademia.  Libatsama komuniti berimpak pula membolehkan projek yang dilaksanakan memberikan kesan secara langsung dalam kesejahteraan masyarakat secara lestari dan mapan.

Justeru, kursus ini direkabentuk untuk mendedahkan kepada pensyarah mengenai kepentingan projek libatsama komuniti berimpak kepada pembangunan masyarakat dan pembangunan profesionalisme dan kerjaya seorang pensyarah.    Peserta akan dibimbing untuk mengenalpasti isu masyarakat yang bersifat sejagat dan menghubungkannya dengan kepakaran yang dimiliki oleh setiap pensyarah, membina kumpulan serta merancang penyelesaian yang tuntas, serta melaksanakan tindakan yang bersistematik terhadap setiap isu yang cuba diselesaikan.

Peserta juga akan dibimbing untuk menulis proposal berkaitan projek libatsama komuniti berimpak yang berupaya mendapatkan geran daripada pelbagai sumber, agensi dan industri yang berupaya memberikan sokongan kewangan untuk kelangsungan projek libatsama komuniti yang dilaksanakan. 

Proposal yang baik seharusnya jelas, mudah difahami dan meyakinkan.  Ia perlu mempamerkan objektif yang jelas, impak kepada komuniti, rangka masa yang khusus dan singkat, kos yang rendah dan bersifat lestari. 

Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman tentang pelbagai pertimbangan pemberi dana dan bagaimana untuk menangani isu ini.  Sebagai tambahan, teknik untuk mencari komuniti dan agensi penaja dan mempersembahkan proposal yang boleh memenangi kepercayaan mereka akan turut dibincangkan.  Di akhir kursus ini, peserta akan dapat menghasilkan sebuah proposal projek libatsama komuniti yang berimpak dan dibimbing untuk melakukan pembentangan yang berkesan.

Sekian, terima kasih. / Regards, thank you.

b.p Pengarah UTMLead

Norliah Binti Mahmod

Administrative Assistant

TUBITAK Grants Fellowship for Visiting Scientist and Scientist on Sabbatical Leave

Salam & Greetings,

Dear Researchers,

TUBITAK – Fellowship for Visiting Scientist and Scientist on Sabbatical Leave 

Fellowship Description:

The Scientific and Technological Research Council of Turkey (TÜBİTAK) grants fellowships for international scientists/researchers who would like to give workshops/conferences/lectures, or conduct R&D activities in Turkey in the fields of Natural Sciences, Engineering and Technological Sciences, Medical Sciences, Agricultural Sciences, Social Sciences and Humanities. The program aims to promote Turkey’s scientific and technological collaboration with countries of the prospective fellows.

Three types of a visit are granted within this program:

Visiting Scientists/researchers on Short-term (up to 1 month):

Short-term fellowships fund is available for the following activities in Turkey:

  • Conducting workshops/conferences/seminars etc.
  • Giving tutorials/lectures etc.
  • Participating in R&D activities
  • Organizing technical meetings for scientific and technological collaboration

Visiting Scientists/researchers on Long-term (up to 12 months):

Long-term fellowships fund is available for the following activities in Turkey:

  • Conducting research and development (R&D)
  • Teaching graduate/undergraduate courses etc.

Scientists/researchers on SABBATICAL LEAVE (from 3 months to 12 months):

Scholars or academic staff on SABBATICAL LEAVE planning to come to any Turkish university/institution is also funded for the following activities in Turkey:

  • Conducting research and development (R&D)
  • Teaching graduate/undergraduate courses etc.

Requirements for Beneficiaries:

  • Fellows can be a citizen of any country.
  • Fellows should have a PhD degree (or equivalent) or have at least five years of research experience
  • Fellows should be invited by a hosting institution in TURKEY, which can be universities, research institutions, or industrial companies with an R&D unit.
  • Fellows on Sabbatical leave should be invited for a duration of at least 3 months.

Fellowship Details:

Support amount for the short duration (Short durations considered as applications with less than 30 days)
For the academician with the Professorship title maximum 220 TL/day
For the academician with the Assoc. Prof. title maximum 180 TL/day
For the academician with the Assist. Prof. title maximum 147 TL/day

A monthly stipend for Visiting Scientists (The amount of the monthly stipend will be determined based on the academic titles of fellows.) 
For the academician with the Professorship title maximum 6500 TL/month
For the academician with the Assoc. Prof. title maximum 5400 TL/month
For the academician with the Assist. Prof. title maximum 4400 TL/month

A monthly stipend for Visiting Scientists on Sabbatical Leave (The amount of the monthly stipend will be determined based on the academic titles of fellows.)
For the academician with the Professorship title maximum 8750 TL/month
For the academician with the Assoc. Prof. title maximum 7500 TL/month
For the academician with the Assist. Prof. title maximum 6250 TL/month

How to Apply:

Applications should be submitted by host scientist/institution.

All applications must be submitted electronically via TÜBİTAK application portal, which can be reached at http://e-bideb.tubitak.gov.tr/. All required documents must also be uploaded electronically.

Application Deadlines:

Applications are accepted on a rolling basis.

Find a hosting institution

Please visit the following web sites to find hosting institutions/scientists in Turkey.

R&D centers in Turkey

Universities in Turkey

Thank you.
Best Regards,

TINDAKAN & RUJUKAN MAKLUMAT UNTUK STAF UTM BAGI AUDIT PENGEKALAN SWAAKREDITASI UTM 22-25 OKTOBER 2018

Y.Bhg Tan Sri/Prof/Dato’/Prof.Madya/Ir/Dr/Saudara

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas

Audit Pengekalan Status Swaakreditasi UTM oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia (Sektor Pendidikan Tinggi) akan berlangsung pada 22-23 Oktober 2018 (UTM Johor Bahru) & 25 Oktober 2018 (UTM Kuala Lumpur). Audit ini sangat penting kepada warga UTM bagi memastikan UTM kekal dengan Status Swaakreditasi.

Sedia maklum, UTM telah memperolehi penganugerahan Status Swaakreditasi daripada MQA pada 29 Mac 2013 melalui surat MQA pada 9 April 2013. Untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI adalah tertakluk kepada keputusan audit penilaian semula institusi UTM oleh pihak MQA yang dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap lima tahun dan penilaian audit kepada UTM  akan berlangsung pada 22 hingga 25 Oktober 2018.

Sehubungan dengan itu, selaku urusetia Audit Institusi , Pusat Kualiti & Pengurusan Risiko (UTM QRiM), Canseleri amat berbesar hati menjemput SEMUA pihak Pengurusan Fakulti / PTJ dan warga UTM memberi tumpuan, sokongan dan penglibatan sepenuhnya kepada audit ini.

Bersama ini dilampirkan Tentatif Program & Semua Dokumen yang berkaitan untuk rujukan & tindakan WARGA UTM bagi menghadapi Persediaan Audit Pengekalan Swaakreditasi UTM nanti. Diharap Dokumen ini dapat dijadikan bahan rujukan, difahami dan disampaikan kepada semua ahli Fakulti / PTJ masing-masing.

Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan dalam memastikan proses Audit Pengekalan Status Swaakreditasi ini berjalan lancar agar UTM berjaya mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI.

Sekian, untuk makluman dan tindakan bersama. Terima kasih.

“UTM Beriltizam Untuk Mengekalkan Status Swaakreditasi”

b.p  Pengarah UTM QRiM  

Makluman Panggilan Penipuan (Scam)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBrs Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Saudara,

Perhatian kepada semua staf dan pengguna talian sambungan UTM, mohon supaya tidak menjawab panggilan daripada mana-mana suara panggilan mesin (voice machine) berkaitan isu tunggakan bayaran, isu mahkamah dan sebagainya. Kerana panggilan tersebut dipercayai adalah penipuan (scam).

Pihak kami sedang menyiasat perkara ini dan bekerjasama dengan beberapa pihak untuk mengatasi masalah tersebut. Kami akan maklumkan perkembangan dari semasa ke semasa berkaitan status panggilan scam ini.

//

Attention to all staffs and internal UTM telephone users, please do not respond to any voice machine call regarding pending payments, court issues etc. These fraud calls are believed to be scam originated from foreign soil.

We are still investigating these issues and are working with several parties to overcome these issues. We shall from time to time, release informations regarding the status of the scam calls.

Sekian, terima kasih.

Office of Asset and Development
Universiti Teknologi Malaysia

81310, UTM Johor

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM INTERNATIONAL WORKSHOP ON INCUBATION MANAGEMENT FOR GRADUATES STARTUPS AND SMEs

Assalamualaikum Wbt. & Salam Sejahtera,
 
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM INTERNATIONAL WORKSHOP ON INCUBATION MANAGEMENT FOR GRADUATES STARTUPS AND SMEs
 
Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2. Adalah dimaklumkan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (UKM-CESMED) dengan kerjasama American Council for International Education (ACIE) akan menganjurkan ‘International Workshop On Incubation Management for Graduates Startups and SMEs’ bermula pada 12 – 17 November 2018. Program ini dianjurkan bertujuan memperkasa ekosistem keusahawanan dan institusi pendidikan Malaysia dengan penglibatan pensyarah keusahawanan, usahawan EKS dan pihak pentadbir pusat keusahawanan dalam kalangan IPT awam dan swasta. 
 
3. Sebagai makluman, penceramah program ini adalah felo profesional dari Amerika Syarikat iaitu Dr. Silvia Mah. Beliau juga merupakan Pakar Perunding Usahawan Wanita dan Pengasas Inkubator Usahawan Wanita (Hera Labs, USA). Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai program ini pada butiran seperti berikut:
 
Tajuk Program : Educators Entrepreneurship Enhancement Workshop (3EW)
Tarikh          : 12 – 13 November 2018 (Isnin – Selasa)
Masa          : 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat          : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor
 
Tajuk Program : Women Empowerment Entrepreneurship Workshop (W2EW)
Tarikh          : 16 – 17 November 2018 (Jumaat – Sabtu)
Masa          : 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat          : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor
 
4. Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan inisiatif ke-4 Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2016-2020 yang mana ianya memfokuskan kepada pengukuhan kompetensi tenaga pengajar sebagai kumpulan enabler. Selain itu, matlamat program ini juga adalah untuk melahirkan graduan berciri keusahawanan unggul serta menganjakkan minda mereka dari pencari pekerjaan (job seeker) kepada penjana pekerjaan (job creator).
 
5. Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput dan digalakkan untuk menyertai program ini. Kami juga memohon kerjasama untuk mewar-warkan pemakluman program ini kepada yang berminat khususnya tenaga pengajar akademik yang terlibat secara langsung dalam program atau pengajaran dan pembelajaran modul keusahawanan bagi meningkatkan kemahiran pengajaran disamping menerapkan nilai dan elemen keusahawanan dalam diri.
 
6.     Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap secara atas talian bit.ly/imgs2018 sebelum atau pada 7 November 2018. Sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh diajukan kepada urusetia program, Cik Siti Suryani Mat Nasit di talian 03-89213287/013-9445690 atau melalui emel suryani@ukm.edu.my
 
Sekian, kesudian dan kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan melapangkan masa menghadiri program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Salam hormat.