COUNTDOWN PENILAIAN PRESTASI eLNPT/eLPPT 2018 – 4 HARI LAGI
Registrar Office/ Pejabat Pendaftar
COUNTDOWN PENILAIAN PRESTASI eLNPT/eLPPT 2018 – 4 HARI LAGI
Registrar Office/ Pejabat Pendaftar
Assalamualaikum wrt,
Adalah dimaklumkan bahawa, penilaian Indeks Kompetensi Staf / Competency Index for Support Staf (CIS) merupakan Pra Syarat Wajib bagi Staf Pengurusan & Profesional Dan Pelaksana (Gred 1 – 54) mengisi Penilaian Prestasi Staf (e-LNPT) bagi tahun 2018.Staf dikehendaki untuk mengisi CIS terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mengisi e-LNPT.
Tarikh-tarikh penting bagi pelaksanaan pengukuran CIS adalah seperti berikut:
PYD MEMBUAT PENILAIAN SENDIRI | PPC MEMBUAT PENILAIAN TERHADAP PYD |
1 – 16 Disember 2018 | 17 – 31 Disember 2018 |
Maklumat tambahan berkaitan pelaksanaan pengukuran CIS boleh dilihat di dalam poster yang telah disediakan oleh pihak Urus setia. Segala kerjasama dan keperihatinan semua Staf Pengurusan, Profesional dan Pelaksana amatlah dihargai untuk menilai dan mengisi markah bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah pada saat-saat akhir.
Sekian, terima kasih
YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Saudara,
Saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
Sebagaimana sedia maklum, Universiti telah bersetuju memberi markah bonus sebanyak 5% bagi pembangunan bahan e–kandungan terbuka.
Pekeliling Pentadbiran Bil. 19/2016, Pelaksanaan Penambahbaikan Penilaian Prestasi Staf Akademik (eLPPT) Tahun 2016 Mengambil Kira Keperluan Universiti Penyelidikan Bagi Komponen Pengajaran, Penyelidikan dan Perkhidmatan adalah berkaitan.
DEFINISI:
Bahan e–Kandungan asli terbuka berdasarkan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) merangkumi bahan berbentuk digital yang:
1. dibangunkan sendiri oleh pensyarah,
2. tidak melanggar sebarang hakcipta,
3. ditawarkan secara terbuka dalam talian bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Penawarannya perlu secara terbuka di platform selaine-Learning UTM (bermakna, bahan boleh diakses secara terus oleh sesiapa sahaja).
Sehubungan itu, bagi penilaian tahun 2018, staf akademik perlu mengisi maklumat melalui My UTM pada pautan UTM Acad bagi tujuan semakan dan verifikasi oleh pihak UTMLead. Markah Bonus akan dipaparkan secara automatik dalam e-LPPT bagi staf yang layak.
Sekian, terima kasih.