Good day all researchers,
—
Good day all researchers,
—
dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa terdapat pindaan pada Jadual Penilaian Prestasi Tahunan Staf Tahun 2018. Perubahan ini mengambil kira pelaksanaan selaras dengan hari bekerja UTMKL yang mana sekiranya hari akhir tindakan yang perlu dilaksanakan jatuh pada hari Ahad, tempoh pelaksanaannya akan dilanjutkan pada hari berikutnya iaitu pada hari Isnin.
Perubahan ini terpakai kepada semua staf di UTM Johor Bahru, UTM Kuala Lumpur dan UTM Hub Pagoh.
Selamat Sejahtera,
Perkara di atas dirujuk.
Sukacita dimaklumkan Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) akan mengadakan kursus yang tersebut mengikut ketentuan berikut:
Tajuk
KURSUS PENULISAN PROPOSAL LIBATSAMA KOMUNITI BERIMPAK
Tarikh
7 NOVEMBER 2018 (Rabu)
Masa
9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat
akan dimaklumkan kemudian
Penceramah
Prof. Madya Dr. Johari bin Surif
Pengarah
Pusat Jaringan Komuniti & Industri
PENDAFTARAN DIBUKA SEHINGGA 4 NOVEMBER 2018 (Ahad) ==>>
BORANG PENDAFTARAN KURSUS PENULISAN PROPOSAL LIBATSAMA KOMUNITI BERIMPAK
Sinopsis kursus ini adalah;
Libatsama komuniti merupakan salah satu tanggungjawab seorang pensyarah untuk memindahkan ilmu yang dimiliki kepada masyarakat di samping pengajaran dan penyelidikan. Melalui libatsama komuniti ini, seorang pensyarah akan turun kepada masyarakat, memberikan khidmat bakti, menterjemahkan teori kepada praktis, dan membangunkan profesionalisme seorang akademia. Libatsama komuniti berimpak pula membolehkan projek yang dilaksanakan memberikan kesan secara langsung dalam kesejahteraan masyarakat secara lestari dan mapan.
Justeru, kursus ini direkabentuk untuk mendedahkan kepada pensyarah mengenai kepentingan projek libatsama komuniti berimpak kepada pembangunan masyarakat dan pembangunan profesionalisme dan kerjaya seorang pensyarah. Peserta akan dibimbing untuk mengenalpasti isu masyarakat yang bersifat sejagat dan menghubungkannya dengan kepakaran yang dimiliki oleh setiap pensyarah, membina kumpulan serta merancang penyelesaian yang tuntas, serta melaksanakan tindakan yang bersistematik terhadap setiap isu yang cuba diselesaikan.
Peserta juga akan dibimbing untuk menulis proposal berkaitan projek libatsama komuniti berimpak yang berupaya mendapatkan geran daripada pelbagai sumber, agensi dan industri yang berupaya memberikan sokongan kewangan untuk kelangsungan projek libatsama komuniti yang dilaksanakan.
Proposal yang baik seharusnya jelas, mudah difahami dan meyakinkan. Ia perlu mempamerkan objektif yang jelas, impak kepada komuniti, rangka masa yang khusus dan singkat, kos yang rendah dan bersifat lestari.
Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman tentang pelbagai pertimbangan pemberi dana dan bagaimana untuk menangani isu ini. Sebagai tambahan, teknik untuk mencari komuniti dan agensi penaja dan mempersembahkan proposal yang boleh memenangi kepercayaan mereka akan turut dibincangkan. Di akhir kursus ini, peserta akan dapat menghasilkan sebuah proposal projek libatsama komuniti yang berimpak dan dibimbing untuk melakukan pembentangan yang berkesan.
Sekian, terima kasih. / Regards, thank you.
b.p Pengarah UTMLead
Norliah Binti Mahmod
Administrative Assistant
C&P RTechnik Sdn Bhd
Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya berkenan untuk menulis tentang fakta penjagaan Volkswagen Golf MK6 1.4 TSI. Subjek ini agak kontroversi memandangkan jumlah model kenderaan ini di atas jalanraya di Malaysia ini agak banyak.
Sedikit trivia berkenaan kenderaan ini :-
– Dilahirkan pada tahun 2008
– Mempunyai enjin bersesaran 1,390cc dengan kod CAVD bagi pasaran Malaysia.
– Direka oleh Mr. Walter de’Silva dan menggunakan platform PQ35.
– Produksi untuk kenderaan ini bermula dari tahun 2008 dan ditamatkan pengeluarannya pasa tahun 2012.
– Model Ini juga dikenali dengan kod 5K
– Kenderaan ini dilengkapi dengan sistem transmisi klac berkembar 7 kelajuan(7-Speed DSG) berkod 0AM.
Cukup bab trivia, sekarang kita masuk bab penjagaan(Maintenance)
SERVIS
Engine Oil Service Package
Kapasiti minyak engine bagi kenderaan ini berjumlah 3.6 Liter. Kelikatan minyak enjin yang disarankan adalah 5W-40 dan 5W-30 Fully Synthetic. Harga bagi setiap kali servis adalah dalah lingkungan RM350-RM450.
Transmission Service Package
Sistem Transmisi kenderaan ini terbahagi kepada dua. Dimana ianya merangkumi penukaran minyak unit Mechatronic dan juga minyak gear itu sendiri. Kapasiti minyak unit Mechatronic yang digunakan ialah 1 Liter dan minyak gear pula adalah 1.7Liter. Kosnya pula adalah dalam lingkungan RM350-RM450.
COMMON WEAR & TEAR PARTS
Bila cerita bab ni, fuhh. Tak terungkap. Kalau tak, takkan lah value nya boleh drop sebegini rupa ???.
Baiklah, kita mulakan.
Front Brake Pad
Banyak pilihan untuk bab ini. Maksud saya pilihan jenama. Sama ada tulen, OEM atau high temp pad. Terpulang pada empunya badan. Kos adalah dalam lingkungan RM280-RM650
Rear Brake Pad
Naratif yang sama seperti pad brek depan. Kos dalam lingkungan RM210-RM600
Brake Disc/Rotor
Rotor adalah satu benda yang akan habis. Sama juga seperti brake pad, cuma jangka hayatnya lebih lama dari pad. Kos adalah dalam lingkungan RM600-RM1200 bagi keempat-empat unit brake rotor.
BACA: FAKTA PENJAGAAN VOLKSWAGEN SCIROCCO
Clutch
Unit transmisi kenderaan ini berkod 0AM yang membawa maksud 7-Speed DSG Dry Clutch. Clutch merupakan alat yang menghubungkan kuasa dari enjin lalu ke gearbox. Tanpanya tak bergeraklah kenderaan anda. Unit clutch adalah satu benda yang akan habis walau macam mana anda memandu dengan cermat sekalipun. Jadi, bagi pengguna kenderaan ini, ingat, clutch akan tetap habis dan perlu ditukar bila sampai waktunya. Kos untuk menukar unit clutch ini dalam lingkungan RM3,900-RM4,500.
Mechatronic
Dengar je perkataan ni, meremang bulu-bulu pengguna VW. Haha. Sama macam unit clutch, akan kena juga. Sooner or later only. Hal ini terjadi kerana apabila sampai waktunya, filter didalam unit mechatronic ini akan tersumbat/clogged dimana minyak hidraulik tidak dapat melaluinya. Jadi, apabila perkara ini berlaku, solenoid pada unit mechatronic tidak mampu menggerakkan gear selector dan boom. Ur car can’t move. Pernah beberapa kali terjadi unit mechatronic meletup akibat tekanan yang terlalu tinggi didalam sistem bila filter tersumbat. Jadi, kepada para mekanik, pakai PPE yang sepatutnya bila berhadapan dengan keadaan seperti ini. Kos untuk menukar unit mechatronic ini adalah dalam lingkungan RM3,000-RM4,000 bagi unit recond. RM7,000-9,000 bagi unit baru(genuine).
Tayar
Hahaha, banyak dan pakai sportrim susah aku nak agak. Alah, mcm tak biasa pula korang. Aku mana pernah bagi harga tayar. Bab ni pergi usha sendiri
Belt
Belt ini menghubungkan kuasa dari enjin untuk memacu unit compressor dan alternator. Kos untuk menukar belt ini dalam lingkungan RM120-RM170
Jadi, ini adalah sedikit sebanyak perkara yang saya boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian.
Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection tak kira apa jenis kenderaan pun. Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu dikemudian hari. Boleh pergi ke RTechnik Sdn Bhd atau ke bengkel berdekatan dengan anda.
Jika mahukan maklumat lebih lanjut atau khidmat nasihat, boleh datang ke RTechnik Sdn Bhd dengan pengerasnya Teh O Ais ikat tepi. Saya sedia berkongsi maklumat dengan anda semua. Tiada bayaran dikenakan untuk khidmat nasihat
Harga yang diberikan adalah “average”. Jangan melenting jika dikenakan harga yang mahal di bengkel berdekatan anda kerana harga adalah berbeza bagi setiap kawasan. Tapi jika terlalu mahal dikenakan kepada anda, rajin rajin lah buat research ya.
Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Pengurus
RTechnik Sdn Bhd
012-7879593
Salam & Greetings,
Dear Researchers,
TUBITAK – Fellowship for Visiting Scientist and Scientist on Sabbatical Leave
Fellowship Description:
The Scientific and Technological Research Council of Turkey (TÜBİTAK) grants fellowships for international scientists/researchers who would like to give workshops/conferences/lectures, or conduct R&D activities in Turkey in the fields of Natural Sciences, Engineering and Technological Sciences, Medical Sciences, Agricultural Sciences, Social Sciences and Humanities. The program aims to promote Turkey’s scientific and technological collaboration with countries of the prospective fellows.
Three types of a visit are granted within this program:
Visiting Scientists/researchers on Short-term (up to 1 month):
Short-term fellowships fund is available for the following activities in Turkey:
Visiting Scientists/researchers on Long-term (up to 12 months):
Long-term fellowships fund is available for the following activities in Turkey:
Scientists/researchers on SABBATICAL LEAVE (from 3 months to 12 months):
Scholars or academic staff on SABBATICAL LEAVE planning to come to any Turkish university/institution is also funded for the following activities in Turkey:
Requirements for Beneficiaries:
Fellowship Details:
Support amount for the short duration (Short durations considered as applications with less than 30 days)
For the academician with the Professorship title maximum 220 TL/day
For the academician with the Assoc. Prof. title maximum 180 TL/day
For the academician with the Assist. Prof. title maximum 147 TL/day
A monthly stipend for Visiting Scientists (The amount of the monthly stipend will be determined based on the academic titles of fellows.)
For the academician with the Professorship title maximum 6500 TL/month
For the academician with the Assoc. Prof. title maximum 5400 TL/month
For the academician with the Assist. Prof. title maximum 4400 TL/month
A monthly stipend for Visiting Scientists on Sabbatical Leave (The amount of the monthly stipend will be determined based on the academic titles of fellows.)
For the academician with the Professorship title maximum 8750 TL/month
For the academician with the Assoc. Prof. title maximum 7500 TL/month
For the academician with the Assist. Prof. title maximum 6250 TL/month
How to Apply:
Applications should be submitted by host scientist/institution.
All applications must be submitted electronically via TÜBİTAK application portal, which can be reached at http://e-bideb.tubitak.gov.tr/. All required documents must also be uploaded electronically.
Application Deadlines:
Applications are accepted on a rolling basis.
Find a hosting institution
Please visit the following web sites to find hosting institutions/scientists in Turkey.
The Benchmark for High-Performance AFM,
Now with High-Speed ScanAsyst
The MultiMode is the world’s most field-proven atomic force
microscope (AFM), with thousands of systems installed
worldwide. Its success is based on its superior resolution and
performance, its unparalleled versatility, and its proven record of
productivity and reliability.
Today’s MultiMode 8 greatly surpasses previous generations.
Bruker’s new Peak Force Tapping™ technology has enabled
exclusive new operating modes that deliver new information,
superior ease of use, even higher performance, and new levels
of speed and productivity.
Easier Expert-Quality Results
n Bruker’s exclusive ScanAsyst® mode offers automatic
image optimization for faster, more consistent results. It will
continuously adjust scan rate, setpoint and gains to obtain
the highest quality image.
n Imaging in fluid has never been easier. There’s no need for
cantilever tuning and ScanAsyst continuously monitors the
tip-sample interaction force, thereby eliminating setpoint drift.
New, Quantitative Imaging Modes
n PeakForce QNM® enables direct mapping of nanomechanical
properties, including elastic modulus, adhesion and dissipation,
at high resolution and normal scan rates. The data channels
are quantitative and unambiguous, unlike conventional phase
imaging and some competing multi-frequency techniques.
n PeakForce TUNA™ enables quantitative conductivity mapping
on delicate samples that can’t be imaged with conventional
conductive AFM.
New Fast Scanning Technology
n ScanAsyst-HR is now available, enabling fast scanning on the
MultiMode 8. Enjoy up to 20X faster survey scan rates and up
to 6X faster scans with no loss of resolution.
The SuperFlow CycleDyn chassis dyno is used worldwide by motorcycle dealerships, educational institutions, and professional race teams to test motorcycles, karts, ATVs (quads), and similar vehicles within a safe, controlled environment. It is rated for 750+ hp (inertia), 500+ hp (eddy-current) and 200mph. The CycleDyn motorcycle dyno utilizes SuperFlow’s rugged, impact resistant hand held controller for easy operation. The CycleDyn is available as inertia only, with eddy-current load for controlled acceleration, steady state (mapping) and step tests, or with eddy-current load and an AC motor. Loaded models also perform inertia only runs, giving users the capabilities of two dynos in one unit.
Because it is manufactured by SuperFlow, the CycleDyn delivers on both price and quality. This motorcycle dyno is not constructed with a cheap angle iron frame wrapped in thin sheet metal. Instead, we use sturdy steel plates and weld them at the seams to create a strong, vibration resistant enclosure and sealed air compartment for the innovative road speed fan options. The CycleDyn comes standard with a motorized front wheel restraint that accepts motorcycles with wheelbases from 48”- 72” (122 – 183cm) and an air-actuated front wheel clamp. It also comes standard with a temperature compensated load cell (eddy-current models) for precise torque measurement during loaded testing. Also standard is a complete data acquisition and control system that includes with our industry leading WinDyn software. So, whether you want to add a profit center to your business, justify customer purchases, or increase the on-track performance of your race motorcycles, the CycleDyn high-performance motorcycle chassis dynamometer can handle it.
Typical applications include:
C&P dari RTechnik Sdn Bhd
FAKTA PENJAGAAN BMW F30
Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, hari ini saya berkenan untuk menulis tentang fakta penjagaan BMW F30. Tidak perlu diperkenalkan lagi, sangat banyak di atas jalan dan sangat-sangat popular.
Sedikit trivia berkenaan kenderaan ini :-
– Dilahirkan pada tahun 2011
– Mempunyai 4 jenis body style iaitu Sedan(F30), Wagon(F31), Gran Turismo(F34), Long Wheelbase Sedan(F35)
– Direka oleh Mr. Christopher Weil & Mr. Micheal de Bono.
– Produksi untuk kenderaan ini masih belum tamat.
– Siatem Transmisi ini dilengkapi dengan sistem ZF 8-speed Transmission. 8 kelajuan beb !
✨✨✨Segmen Bonus✨✨✨
Dalam segmen ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang model dan enjin yang digunakan pada model tersebut. Model yang saya highlight tidak merangkumi keseluruhan model produksi, hanya yang berada di pasaran Malaysia sahaja.
?BMW 316i (2012-2015)
Kenderaan ini menggunakan enjin yang dikenali sebagai Prince Engine berkod N13B16. CC kenderaan ini adalah sebesar 1,598cc(1.6L). Kenapa ianya dipanggil Prince Engine ? Ianya merupakan kerjasama di antara PSA Peugeot Citroen dan BMW. Enjin Prince ini dikenali dengan kod N12,N13,N14,N16 dan N18. Jadi, pendek kata enjin-enjin dengan kod tertera digunakan oleh BMW, Mini, Peugeot dan juga Citroen. Bagi model kenderaan ini (BMW 316i), kuasa yang dapat dihamburkan oleh enjin ini adalah sebanyak 134hp dan Torque sebanyak 220Nm, redline pada 6,500rpm. Unit turbo pada kenderaan ini menggunakan model Garrett MGT1549ZDL. Kerjasama di antara PSA Peugeot Citroen dan BMW bagi pembangunan Prince Engine ini berakhir pada 2015. (2006-2016)
?BMW 320i
Kenderaan ini menggunakan enjin berkod N20B20 bagi produksi 2012-2015 dan menerima enjin baru berkod B48B20A bagi produksi 2015 keatas. Sesaran enjin adalah 1,997cc(2.0L). Kuasa yang dapat dihamburkan oleh kedua-dua enjin adalah sama iaitu 184hp dan Torque sebanyak 270-290Nm, redline pada 7,000rpm. Bagi enjin N20B20, unit turbo yang digunakan adalah dari model Mitsubishi TD04LR6-04HR.15TK31-60T. Haha, TD04, geng geng Mitsu mesti senyum baca ni ✌️
?BMW 320d
Ini merupakan model diesel. Enjin yang digunakan berkod N47D20 bagi model 2011-2015 dan B47D20 bagi model 2015 keatas. Kuasa yang dapat dihamburkan oleh enjin ini adalah sebanyak 188hp dan Torque sebanyak 400Nm.
?BMW 328i
Haa, model ni cukup popular. Model ini menerima enjin berkod N20B20. Sama seperti model 320i TETAPI versi lain. Kuasa yang dapat dihamburkan oleh enjin ini adalah sebanyak 241hp dan Torque sebanyak 350Nm, redline pada 7,000rpm. Jauh beza ! Model 328i ini produksinya bermula pada tahun 2011 dan ditamatkan pada tahun 2015.
?BMW 330i dan BMW 330e
Kedua-dua model ini dikeluarkan pada tahun 2015. Ianya menerima enjin B48B20B bagi model 330i yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 248hp dan Torque sebanyak 350Nm. Bagi model 330e pula, ianya menerima enjin B48B20 dengan motor elektrik yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 248hp dan Torque sebanyak 420Nm. Lagi kuat !
?BMW 335i
Bagi model ni, ianya menggunakan enjin ‘lama’. Lama macam mana tu ? Enjin dengan kod N55B30M0 yang mampu menghamburkan 302hp dan Torque sebanyak 400Nm, redline pada 7,000rpm. Enjin ini bersesaran 2,979cc(3.0L). Enjin ini juga digunakan pada model E90/E92 335i. Unit turbo yang digunakan pada enjin ini adalah dari model Borg Warner B03 Twin Scroll. Model ni power beb ?.
?BMW 340i
Okay, ini yang terakhir, model ini dikeluarkan pada tahun 2015. Model ini menerima enjin berkod B58B30 yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 322hp dan Torque sebanyak 450Nm. Okay, model ni paling power lah sebelum M3.
Cukup bab trivia, sekarang kita masuk bab penjagaan(Maintenance)
?SERVIS
?Engine Oil Service Package
Kapasiti minyak engine bagi kenderaan ini berjumlah 4.25-6.5Liter. Kelikatan minyak enjin yang disarankan adalah 5W-40 dan 5W-30 Fully Synthetic. Harga bagi setiap kali servis adalah dalam lingkungan RM300-RM700.
?Transmission Service Package
Sistem Transmisi kenderaan ini menggunakan model ZF 8HP45,8HP50 dan 8HP70. Ianya merupakan sistem transmisi automatik konvensional. Kit servis bagi sistem ini merangkumi :-
ATF
Transmission Pan(strainer include)
Transmission Bolt Set
Labour
Kos adalah dalam lingkungan RM1,500-RM2,300
?COMMON WEAR & TEAR PARTS
Kalau dah namanya kereta, apa jenama lun tetap akan ada wear & tear parts. Jadi, bila dah dinamakan wear & tear parts tu. Ianya akan rosak/habis. Lambat atau cepat je.
Baiklah, kita mulakan.
?Front Brake Pad
Banyak pilihan untuk bab ini. Maksud saya pilihan jenama. Sama ada tulen, OEM atau high temp pad. Terpulang pada empunya badan. Kos adalah dalam lingkungan RM550-RM950. Bagi Model 340i, kosnya dalam lingkungan RM950-RM1,800
?Rear Brake Pad
Naratif yang sama seperti pad brek depan. Kos dalam lingkungan RM400-RM700 dan RM700-1,200 bagi model 340i
?Brake Disc/Rotor
Rotor adalah satu benda yang akan habis. Sama juga seperti brake pad, cuma jangka hayatnya lebih lama dari pad. Kos adalah dalam lingkungan RM2,600-RM4,500 bagi keempat-empat unit brake rotor.
?Air Filter & Aircond Filter
Ini adalah part yang biasa ditukar ketuka servis, harga dalam lingkungan RM150 untuk Air Filter dan RM360 untuk Aircond Filter.
?Tayar
Macam biasa, pergi usha sendiri.
?Belt & Tensioner
Belt ini menghubungkan kuasa dari enjin untuk memacu unit compressor dan alternator. Kos untuk menukar belt ini dalam lingkungan RM180-RM300. Manakala, unit belt tensioner pula menelan kos dalam lingkungan RM980-RM1,300
?Spark Plug
Bagi model enjin 4 silinder, ada 4 biji spark plug. Bagi model 6 silinder, ada 6 biji spark plug. Jadi harganya lain-lain. Bagi model 4 silinder, harga dalam lingkungan RM580-RM780 manakala untuk model 6 silinder kosnya dalam lingkungan RM630-RM1,000.
?Ignition Coil
Masalah coil ni agak biasa bagi model BMW. Kosnya dalam lingkungan RM160-RM350 bagi satu unit coil.
?Aircond Compressor
Jarang rosak, tapi kalau kena, menangis juga, berhuhu juga. Kosnya dalam lingkungan RM9,200-RM10,500
?Alternator
Sama juga, jarang kena. Tapi boleh kena. Kosnya dalam lingkungan RM4,500-RM7,000
?Valve Cover Seal
Memang dari dulu lagi BMW bermasalah dengan Valve Cover Seal ni. Biasanya memang oil leak lah di kawasan ini. Kosnya dalam lingkungan RM250-RM550
?Absorber
Part ni, semua kenderaan akan mengalami masalah pada absorber jika sudah sampai masanya. Kos bagi menukar unit absorber ini dalam lingkungan RM2,400 sebatang.
?Waterpump & Thermostat Kit
Electric waterpump ni kita tak jangka bila dia akan rosak. Bila dia nak rosak, dia akan rosak tanpa memberikan sebarang amaran. Kosnya adalah dalam lingkungan RM2,600-RM3,800.
?Oil Pump
Enjin model N,B dan S dalam keluarga BMW ni agak selalu juga kena masalah oil pressure too low. Jika terkena masalah ini jangan paksa enjin anda lagi ye. Kalau tidak, berhuhu lah jawabnya. Kosnya adalah dalam lingkungan RM3,400-RM5,000.
Jadi, ini adalah sedikit sebanyak perkara yang saya boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian. Kesimpulannya, tiada masalah untuk memiliki apa pun kenderaan asalakn Datuk/Datin,Tuan/Puan tahu akan “average” kos untuk menjaganya”
Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection tak kira apa jenis kenderaan pun. Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu dikemudian hari. Boleh pergi ke RTechnik Sdn Bhd atau ke bengkel berdekatan dengan anda.
Jika mahukan maklumat lebih lanjut atau khidmat nasihat, boleh datang ke RTechnik Sdn Bhd dengan pengerasnya Teh O Ais ikat tepi. Saya sedia berkongsi maklumat dengan anda semua. Tiada bayaran dikenakan untuk khidmat nasihat
Harga yang diberikan adalah “average”. Jangan melenting jika dikenakan harga yang mahal di bengkel berdekatan anda kerana harga adalah berbeza bagi setiap kawasan. Tapi jika terlalu mahal dikenakan kepada anda, rajin rajin lah buat research ya.
Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Pengurus
RTechnik Sdn Bhd
012-7879593
Y.Bhg Tan Sri/Prof/Dato’/Prof.Madya/Ir/Dr/Saudara
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas
Audit Pengekalan Status Swaakreditasi UTM oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia (Sektor Pendidikan Tinggi) akan berlangsung pada 22-23 Oktober 2018 (UTM Johor Bahru) & 25 Oktober 2018 (UTM Kuala Lumpur). Audit ini sangat penting kepada warga UTM bagi memastikan UTM kekal dengan Status Swaakreditasi.
Sedia maklum, UTM telah memperolehi penganugerahan Status Swaakreditasi daripada MQA pada 29 Mac 2013 melalui surat MQA pada 9 April 2013. Untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI adalah tertakluk kepada keputusan audit penilaian semula institusi UTM oleh pihak MQA yang dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap lima tahun dan penilaian audit kepada UTM akan berlangsung pada 22 hingga 25 Oktober 2018.
Sehubungan dengan itu, selaku urusetia Audit Institusi , Pusat Kualiti & Pengurusan Risiko (UTM QRiM), Canseleri amat berbesar hati menjemput SEMUA pihak Pengurusan Fakulti / PTJ dan warga UTM memberi tumpuan, sokongan dan penglibatan sepenuhnya kepada audit ini.
Bersama ini dilampirkan Tentatif Program & Semua Dokumen yang berkaitan untuk rujukan & tindakan WARGA UTM bagi menghadapi Persediaan Audit Pengekalan Swaakreditasi UTM nanti. Diharap Dokumen ini dapat dijadikan bahan rujukan, difahami dan disampaikan kepada semua ahli Fakulti / PTJ masing-masing.
Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan dalam memastikan proses Audit Pengekalan Status Swaakreditasi ini berjalan lancar agar UTM berjaya mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI.
Sekian, untuk makluman dan tindakan bersama. Terima kasih.
“UTM Beriltizam Untuk Mengekalkan Status Swaakreditasi”
b.p Pengarah UTM QRiM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBrs Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Saudara,
Perhatian kepada semua staf dan pengguna talian sambungan UTM, mohon supaya tidak menjawab panggilan daripada mana-mana suara panggilan mesin (voice machine) berkaitan isu tunggakan bayaran, isu mahkamah dan sebagainya. Kerana panggilan tersebut dipercayai adalah penipuan (scam).
Pihak kami sedang menyiasat perkara ini dan bekerjasama dengan beberapa pihak untuk mengatasi masalah tersebut. Kami akan maklumkan perkembangan dari semasa ke semasa berkaitan status panggilan scam ini.
//
Attention to all staffs and internal UTM telephone users, please do not respond to any voice machine call regarding pending payments, court issues etc. These fraud calls are believed to be scam originated from foreign soil.
We are still investigating these issues and are working with several parties to overcome these issues. We shall from time to time, release informations regarding the status of the scam calls.
—
Sekian, terima kasih.
Office of Asset and Development
Universiti Teknologi Malaysia
81310, UTM Johor