JENIS-JENIS SEL TUNJANG DAN HUKUMNYA

Resolusi No. 189: Jenis Sel Induk dan Hukumnya

Tarikh: 27 Zulhijjah 1434H bersamaan 13 Oktober 2013

 

Pihak MFPKI telah bersidang dalam pertemuan ke-9 pada hari Khamis, 27 Zulhijjah 1434H bersamaan 13 Oktober 2013 bagi melengkapkan resolusi sebelum ini (no. 187) dan beberapa perubahan mengenai Peraturan Sel Induk.

Selepas sesi perbincangan dan pertukaran pandangan, pihak Majlis memutuskan perkara berikut: Para doktor mendefinisikan ‘sel induk’ sebagai sel yang masih belum berubah dan membahagi, terdiri daripada pelbagai sumber, boleh membahagi dalam pelbagai keadaan dan ia merupakan sel asas bagi pembentukan setiap organ dan anggota badan.

Berikut adalah jenis sel induk berdasarkan sumbernya, setiap satu mempunyai hukum tersendiri:

Sel induk 1:

Sel induk embrio yang diambil daripada persenyawaan sel di luar rahim (ex vivo) pada tempoh tertentu, bermula dari tempoh . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/

PERATURAN SEL TUNJANG (STEM CELL) TAHUN 2013

Resolusi No. 187: Peraturan Sel Induk 2013

Tarikh: 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M

 

Pihak MFPKI telah bersidang dalam pertemuan ke-7 pada hari Khamis, bertarikh 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M bagi menilai Peraturan Sel Induk 2013M yang dihantar oleh Ketua Biro Legislatif dan Perundangan menurut pandangan syarak.

Selepas sesi perbincangan dan pertukaran pandangan, pihak Majlis memutuskan perkara berikut:

Pertama: Projek Peraturan Sel Induk ini memfokuskan kepada . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/

HUKUM PENDERMAAN HATI

Resolusi No. 166: Hukum Menderma Sebahagian dari Hati

Tarikh: 26 Syaaban 1432H bersamaan 28 Julai 2011M

Pihak MFPKI telah bersidang dalam pertemuan ke-11 pada hari Khamis, bertarikh 26 Syaaban 1432H bersamaan 28 Julai 2011M berpendapat menderma sebahagian hati kepada pesakit yang memerlukan adalah harus dan tiada larangan syarak dengan syarat yang ditetapkan syarak. Malah, pihak penderma hati yang menderma dengan niat melakukan kebaikan kepada pesakit yang memerlukan akan mendapat pahala daripada tindakannya berdasarkan firman Allah SWT,

“Sesiapa yang telah menghidupkan (menyelamatkan atau menjaga nyawa) manusia, maka dia seolah-olah telah menghidupkan seluruh manusia”.

Tambahan pula, hati adalah ogran yang boleh membiak seperti yang disebutkan oleh doktor. Berikut adalah syarat yang diletakkan oleh syarak dan wajib dipenuhi: . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/

HUKUM PEMINDAHAN JANTUNG

Resolusi No. 165: Hukum Pemindahan Jantung dari Pesakit Mati Otak kepada Penerima Hidup

Tarikh: 22 Rabiul Akhir 1432H bersamaan 27 Mac 2011M

 

Pihak MFPKI telah bersidang pada hari Ahad, bertarikh 22 Rabiul Akhir 1432H bersamaan 27 Mac 2011M bagi membincangkan soalan berikut:

Apakah hukum pemindahan jantung daripada pesakit yang disahkan mati otak kepada penerima hidup?

Pesakit tersebut sudah boleh memberi sebarang respon tetapi jantungnya masih berfungsi dan disahkan oleh sekumpulan doktor pakar. Pemindahan ini akan memberi banyak manfaat kepada penerima jantung tersebut

Selepas sesi perbincangan, kajian dan pertukaran pandangan, pihak Majlis memutuskan perkara berikut: . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/

HUKUM MENGIKAT TIUB FALLOPIO (BILATERAL TUBAL LIGATION) DAN MENGGUGURKAN SEBAHAGIAN JANIN UNTUK MENJAGA JANIN LAIN

Resolusi No. 152: Hukum Mengikat Tiub Fallopio dan Menggugurkan Sebahagian Janin untuk Menjaga Janin Lain

Tarikh: 2 Ramadan 1431H bersamaan 12 Ogos 2010M

Pihak MFPKI telah bersidang dalam pertemuan ke-9 pada hari Khamis, bertarikh 2 Ramadan 1431H bersamaan 12 Ogos 2010M bagi membincangkan soalan berikut:

Pertama:

Pesakit berumur 32 tahun dan mempunyai dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Beliau telah menjalani proses endometrial resection28 disebabkan pendarahan yang teruk. Proses ini biasanya menyebabkan kemandulan namun masih terdapat kemungkinan sisa endometrial tidak habis dibuang. Jika penempelan ovum berlaku di kawasan ini, ia akan menyebabkan placenta accreta.29 Adakah pesakit ini dibenarkan menjalani proses mengikat tiub fallopio bagi menghalang kehamilan supaya tidak timbul masalah seperti yang telah disebutkan?

Proses membuang garisan endometrial (salah satu dari lapisan rahim) di uterus bagi wanita yang mengalami pendarahan yang teruk ketika haid. Situasi penempelan plasenta pada dinding uterus bahagian dalam.

Jawapan: Hukum asal seperti dalam al-Qur’an dan juga hadis Nabi SAW melarang . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/

HUKUM PENDERMAAN BUAH PINGGANG

Resolusi No. 151: Hukum Pendermaan Buah Pinggang

Tarikh: 2 Ramadan 1431H bersamaan 12 Ogos 2010M

 

Pihak MFPKI telah bersidang dalam pertemuan ke-9 pada hari Khamis, bertarikh 2 Ramadan 1431H bersamaan 12 Ogos 2010M bagi membincangkan soalan berikut:

Taqdir Allah SWT saya mengalami kerosakan buah pinggang dan kini saya perlu menjalani proses dialisis tiga kali seminggu. Saya cuba mencari jalan keluar bagi masalah ini tetapi menemui kegagalan. Saya mempunyai seorang anak dan beliau sudi menderma buah pinggangnya kepada saya tetapi saya menolak kerana khuatir akan kehidupannya.

Terdapat seorang penderma yang sudi dan bersedia menderma buah pinggangnya kerana Allah SWT demi menyelamatkan saya selepas mendengar kisah saya. Apakah hukum syarak mengenainya?

Selepas perbincangan, kajian dan pertukaran pandangan, pihak Majlis memutuskan perkara berikut: . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/

GELATIN DARI TULANG DAN KULIT KHINZIR ATAU BAHAN NAJIS YANG LAIN

Resolusi No. 128: Gelatin yang Diekstrak dari Tulang dan Kulit Khinzir atau Bahan Najis Lain

Tarikh: 1 Sya‘ban 1430H bersamaan 23 Julai 2009M

 

Pihak Majlis Fatwa, Penyelidikan dan Kajian Islam (MFPKI – Majlis al-Ifta’ wa al-Buhuth) telah bersidang dalam persidangan ketiga pada tarikh 1 Sya‘ban 1430H bersamaan 23 Julai 2009M sebagai respon kepada surat daripada

Pengerusi Pertubuhan Pemakanan dan Perubatan seperti berikut:

Saya memohon pandangan dan fatwa mengenai penggunaan vitamin yang telah melalui proses penghasilan dengan melibatkan unsur gelatin yang berasal dari khinzir. Gelatin digunakan sebagai penstabil kepada vitamin supaya dapat kekal dalam bentuk asal walaupun telah dicampur dengan unsur lain. Sebagai tambahan, gelatin digunakan sebagai bahan pelengkap, bukan ubat.

 

Jawapan:

Selepas sesi perbincangan, kajian dan pertukaran pandangan, berikut adalah pandangan pihak Majlis: Gelatin yang diekstrak dari tulang dan kulit khinzir atau bahan najis lain adalah . . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/

HUKUM PENDERMAAN BUAH PINGGANG

Resolusi No. 123: Hukum Menderma Buah Pinggang

Tarikh: 29 Zulkaedah 1429H bersamaan 27 November 2008M

 

Pihak Majlis telah bersidang dalam pertemuan ke-7 pada tarikh 29 Zulkaedah 1429H bersamaan 27 November 2008M bagi menjawab soalan berikut:

Saya mengharapkan jawapan. Saya adalah seorang pemuda berumur 37 tahun. Saya menghidapi penyakit kencing manis sejak berumur 24 tahun. Saya juga menghadapi kerosakan buah pinggang dan lebih menyedihkan saya tidak boleh menerima buah pinggang daripada adik-beradik dan ahli keluarga kerana darah mereka tidak sesuai dengan darah saya.

Saya juga telah pergi ke Malaysia, Mesir dan Syria, malah saya telah beberapa kali menghubungi Arab Saudi, Pakistan dan India tetapi masih belum mampu melakukan pembedahan di semua negara ini kerana undang-undang mereka yang tidak membenarkan pendermaan organ kepada bukan warganegara mereka.

Untuk makluman, keadaan kesihatan saya juga sangat susah dan saya mempunyai pengesahan kesihatan daripada doktor mengenai semua perkara yang telah saya sebutkan. Tetapi saya mempunyai sahabat yang bersedia menderma buah pinggangnya kepada saya kerana Allah SWT.

Persoalannya, adakah saya dibenarkan menerima buah pinggang tersebut daripada penderma yang bukan ahli keluarga jika semua ahli keluarga saya tidak mempunyai darah yang sesuai dengan saya?

Jawapan:

Selepas sesi perbincangan, kajian dan pertukaran pandangan, pihak Majlis memutuskan perkara berikut: . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/

HUKUM MEMBERHENTIKAN MESIN BANTUAN HAYAT DARIPADA PESAKIT YANG TIADA HARAPAN KESEMBUHAN

Resolusi No. 117: Hukum Memberhentikan Mesin Sokongan Hayat bagi Pesakit yang Tiada Harapan Kesembuhan

Tarikh: 18 Ramadan 1427H bersamaan 11 Oktober 2006M

Kami diajukan soalan berikut: Adakah dibolehkan bagi doktor untuk tidak memberikan mesin sokongan hayat kepada pesakit kanser atau mesin dialisis kepada pesakit yang tiada harapan kesembuhan kerana ia tidak memberi sebarang faedah kepada pesakit?

Jawapan:

Pihak Majlis berpandangan tiada halangan kepada doktor untuk tidak memasang mesin sokongan hayat kepada . . . . .

 

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/

HUKUM PERANCANGAN KELUARGA

Resolusi No. 65: Hukum Perancangan Keluarga

Tarikh: 9 Jamadil Awal 1424H bersamaan 9 Julai 2003M

Kami diajukan soalan berikut: Apakah hukum syarakmengenai perbuatan mengikat tiub fallopio dan memotong vas deferens (saluran yang menyambungkan sperma dari testis keluar zakar)?

Jawapan: Pihak Majlis melihat Syariat Islam sangat menggalakkan kelahiran dan keturunan yang ramai kerana ia menepati tujuan penciptaan spiesis manusia, firman Allah SWT:

“Dan Allah SWT menciptakan pasangan untuk kamu dari jenis (spesis) kamu sendiri, dan Dia menjadikan dari pasangan kamu anak beranak dan cucu-cicit. Dia juga memberikan rezeki daripada perkara yang baik. Adakah dengan kebatilan juga yang mereka imani dan mereka mengingkatri nikmat Allah SWT?”

Dapat jawapan lengkap di dalam buku Himpunan Fatwa Perubatan Jordan di pautan berikut:

https://santaiilmu2u.com/product/fatwa-jordan-sains-perubatan/