Impian

Impian..

Semua orang ada impian. Semua orang perlu ada impian. Wajib. Sebab apa? Sebab impian lah yang akan menjadi hala tuju dan haluan hidup kita. Kalau dalam bahasa sastera, memang kita sebut sebagai impian lah. Tapi dalam bahasa engineering nya, aku rasa lebih sesuai guna term visi, kehendak, halatuju, atau objektif. Kalau xde impian, life kita hanya sekadar follow the flow jek la. Sekadar mengikut arus. Kalau arus ke kiri, maka kita pon ke kiri. Kalau ke kanan, kita pon ke kanan. Luck cuma akan datang sekali sekala jek. Itu pun bila nasib menyebelahi kita lah. Tapi kalau kita ada impian, maka kita akan kejar luck tu. Kita yang akan generate luck tu. Dan segala apa yang kita buat, akan bersandarkan dan cenderung ke arah impian tu. Betul x? Sebab tu pada aku, semua org wajib ada impian. Nak jadi kaya? Perlu la rajin usaha, dan perlu ada stratergi sikit. Itu contoh. Haha.

Kenapa aku nak cerita pasal impian ni..? Haaa.. Ada la sebab nya. Cuma impian yang aku nak cerita kali ni adalah cenderung kepada impian di tempat kerja. Atau pun berkenaan kerjaya. Kenapa? Sebab impian ni dia mcm Domino’s Effect tau. Kalau kita xde impian di tempat kerja, maka susah utk organisasi bergerak dengan laju dan lancar. Impian kita jugak akan memberi faktor tentang kejayaan impian rakan-rakan sekerja dan organisasi kita yang lain. Tak percaya? Meh aku cerita lebih sikit.

Jap.. Sebelum tu nk tanya, Domino’s Effect tu tau x? kalau x tahu xpe, nnt aku cerita dalam posting yg lain plak ya. Kalau rajin la. Haha.

Ceritanya gini. Dulu, aku pernah join kursus Stratergic Leadership for Effective Organisation. Atau pun dipanggil SLEO. Katanya, utk menjadi seorang pemimpin, perlu ada impian. Perlu ada strategic objective yang jelas dan tetap. Ada strategic objective, maka kita mudah nak buat kerja. Mudah nak halakan organisasi kita ke arah yang kita tentukan. Kadang ada org yang pentingkan income generation dalam organisasinya. Ada yang sentiasa utamakan keharmonian dalam organisasi. Ada yang selalu utamakan KPI. Ada jugak yang utamakan carrier path yang lebih terang utk staf dan jabatannya (kebajikan). Dan macam-macam lagi la. Sebab tu setiap kali tukar pemimpin, kita akan ada haluan dan visi yang baru. Kan..? Sebab pemimpin kita akan datang dengan impian dia sekali.

Sebab itu la yang akan membezakan kita dengan orang lain. Apa impian yang kita bawa, sekiranya berjaya, maka akan dikenang-kenang dan dijadikan rujukan dan benchmark oleh orang lain. Cuma nya impian kita tu perlu la unik. Dan original. Haha.

Impian dalam kerjaya ni, tak semestinya utk pemimpin dan organisasi shj. Untuk macai macam aku pon perlu ada jugak. Contohnya, impian aku nak dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun depan. Maka aku kena kerja dengan baik dan bersungguh-sungguh la tahun ni. Kena pastikan visibility aku tahun ni tinggi. Kena pastikan aku terlibat dengan banyak program dalam dan luar organisasi. Kena pastikan xde buat benda pelik-pelik macam dtg lambat ke, mengular ke, dsb. Kan..? Itu kalau impian nak dapat APC. Tapi kalau impian nak naik pangkat cepat, impian nak pegang jawatan-jawatan tertentu dalam organisasi, impian nak supaya kawan-kawan mudah nak bantu kerja kita, maka strategi mesti la lain kan..? So, setiap impian tu, strategi dia lain-lain la. Bergantung pada impian masing-masing. Yang penting, impian tu jangan la lari atau bercanggah dengan polisi dan undang-undang tempat kerja kita.

Dua tiga tahun kebelakangan ni, ramai kawan-kawan yang dapat interview naik pangkat. Dan ada la juga beberapa darinya yang datang jumpa aku, minta kongsi pengalaman. So, perkara yg sama jugak la aku sembang dengan diorg. Salah satunya adalah berkenaan impian ni. “Korang kena ada impian kalau dapat kenaikan pangkat ni”. Itu la pointnya. Kalau dapat interview kenaikan pangkat, kita sepatutnya dah ada some kind of vission dan mission yang kita nak buat sekiranya naik pangkat. Contohnya, nak perkasakan kemahiran staf melaui kursus-kursus yang sesuai. Atau pun nak seragamkan beban tugas staf melalui satu method yang dirasakan paling sesuai utk dilaksanakan. Tu contoh jek. Maka kita kena la ada impian tu, supaya panel interview nampak apa yang kita nak buat sekiranya berjaya. Kan..?

Jangan risau tentang dapat atau xdapat, layak atau tak layak. Sebab apa? Sebab bos-bos kita pon ada impian diorang jugak. Pasti la diorang pon nak anak buah diorang naik pangkat. Pasti la diorang akan bantu mana yang perlu untuk jayakan impian diorang. Sebab kalau korang naik pangkat, dia jugak akan dapat tempias. Kerja dia akan lebih mudah sikit. Organisasi akan lebih berkembang sikit. Peluang utk dia naik pangkat pon akan lebih cerah. Semua ni sentiasa berkait, sebab kita duduk dalam organisasi. Konsepnya sama macam Domino’s Effect yang aku cakap mula-mula tadi.

Tapi kalau ada impian nak naik pangkat, perlu ada strategi sikit la. Bila ada buka jawatan kosong, jangan lupa isi plak. Walaupun kita x ready lagi, namun ada impian untuk naik pangkat, xpe isi jek borang. Sekurang-kurangnya ia akan jadi pengalaman untuk permohonan naik pangkat. Isi borang pon sebenarnya cabaran jugak tau. Sebab kita perlu compile semua contribution kita yang relevan, sebagai penguat untuk panel pilih kita di peringkat saringan nanti. Ramai orang pandang remeh perkara ni. Tapi xpe, cerita pasal isi borang ni, aku tulis lain kali lah ya.

Okey. Panjang da membebel ni. Harap-harap cerita pasal impian ni, x membosankan korang la ya. Aku sekadar berkongi cerita jek. Bosan xtahu nak buat apa. So aku tulis jek la apa-apa. Semoga bermenafaat untuk korang yang membaca. Oke gais. TQ. Jumpa lagi.

Kursus Penghasilan Poster Fakulti Komputeran Melalui Program Celik Design Dengan Canva

Johor Bahru, 4 Julai 2023 – Fakulti Komputeran UTM telah melaksana sebuah kursus penghasilan poster dengan menggunakan perisian Canva sebagai peralatan penghasilan poster. Program dilaksanakan di Makmal Pengajaran 1, Blok N28A, Fakulti Komputeran.

Aktiviti ini bermula pada jam 8:30 pagi hingga jam 4:30 petang. Penceramah dijemput khas dari Pejabat TNCPI UTM JB bagi berkongsikan ilmu yang dimilikinya.

Sesi perkongsian yang disampaikan oleh En. Nadzreeq Nor Majid ini telah dihadiri oleh seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan unit. Program ini adalah seiring dengan agenda Universiti dalam memperkasa bakat staf bagi menyokong kepada agenda dan strategi Fakulti.

Peserta mendengar taklimat dengan baik

Penganjuran kursus ini adalah bagi merapatkan jurang kompetensi staf Fakulti Komputeran yang terhasil dari Analisa Keperluan Latihan (TNA), dan rekod ELPPT/ELNPT yang diisi oleh staf. Ianya juga ditawarkan kepada semua staf bagi memenuhi keperluan individu dan permohonan latihan oleh fakulti.

Selain itu, kursus ini juga mempunyai 3 sesi yang berbeza bertujuan memperkenalkan beberapa teknik penghasilan poster kepada peserta. Peserta juga didedahkan dengan latihan amali secara individu untuk menghasilkan sebuah poster bagi program Fakulti yang seterusnya.

Aktiviti pembangunan poster oleh peserta

Lima buah hadiah saguhati telah diberikan peserta yang menghasilkan poster yang menarik. Kesemua peserta juga turut menerima sijil penyertaan dari pihak Fakulti Komputeran.

Pihak Fakulti Komputeran berharap agar ilmu yang disampaikan dalam Kursus Penghasilan Poster ini membantu meningkatkan ilmu dan bermanfaat kepada semua peserta.

Panduan Pemilihan Jenis Jack Earphone dan Microphone – Part 2

Baik, setelah kita tahu tentang jenis-jenis penyambung earphone dan microphone yang ada di pasaran, maka kita perlu tahu juga tentang jenis-jenis terminal yang ada pada komputer, laptop dan hp kita. Ini adalah supaya semua peralatan kita berfungsi dengan baik sewaktu digunakan.

contoh port terminal pada laptop

Untuk laptop dan phone, rasanya tiada masalah sangat, kerana kebanyakan laptop dan phone hanya ada satu sahaja terminal untuk jack 3.5 mm. Sekiranya hanya ada satu terminal, maka kita boleh gunakan mana-mana jenis earphone samada satu garis, dua garis, mahu pun tiga garis. Kesemuanya pasti boleh berfungsi dengan baik. Ini kerana terminal pada laptop atau phone tersebut sememangnya telah dilengkapi dengan fungsi microphone, audio kiri, dan audio kanan. Maka tiada masalah dalam pemilihan jenis jack.

Namun keadaan agak berbeza sedikit dengan terminal pada komputer desktop. Ini kerana terdapat banyak port jack 3.5 mm di komputer desktop. Ini kerana selalunya komputer desktop ini mempunyai kemampuan serta potensi untuk dinaiktaraf kepada keupayaan yang lebih baik berbanding komputer riba. Sekiranya terdapat lebih dari satu port pada komputer desktop tersebut, maka jack 3.5 mm jenis tiga garis tidak boleh digunakan, dan sekiranya digunakan, dikhuatiri salah satu microphone atau earphone tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini disebabkan port tersebut telah mengasingkan fungsi microphone dan earphone melalui litar yang berbeza. Biasanya terdapat panduan warna pada port tersebut. Merah jambu untuk microphone (dua garis), hijau untuk bunyi stereo (dua garis), dan biru untuk bunyi mono (satu garis). Sekiranya port ini disambung dengan jack yang bukan pasangannya, maka ianya tidak dapat berfungsi dengan baik.

contoh port terminal pada computer desktop

Jelas kan? Rupanya ada teknik dalam menggunakan peralatan-peralatan tersebut. Tidak boleh disambung sembarangan sahaja, kerana port-port yang ada pada setiap peranti itu pun berbeza-beza fungsinya.

Jadi, macam mana caranya nak menggunakan jack tiga garis kepada port dua garis? Macam mana nak pastikan microphone dan earphone yang berasingan, boleh digunakan pada satu port yang sama? Maka, saya share satu lagi teknik untuk selesaikan masalah-masalah ini.

Untuk menggunakan microphone dan earphone jack tiga garis kepada terminal yang berasingan, maka kita boleh gunakan splitter. Splitter pula ada dua jenis, iaitu splitter jenis “jantan” dan splitter jenis “betina”. Splitter jenis “jantan” akan ada tiga garis pada jack nya manakala splitter jenis “betina” mempunyai dua garis pada jacknya. Splitter-splitter ini boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai aksesori komputer dengan harga yang murah. Gunakan splitter yang sesuai mengikut keperluan, dan pastinya microphone dan earphone anda dapat digunakan dengan sempurna.

contoh splitter jens betina
contoh splitter jens jantan

Bagaimana pula sekiranya kabel microphone dan earphone kita tidak cukup panjang? Baik, untuk mengatasi masalah ini, kita boleh gunakan kabel extension yang boleh di dapati dengan mudah di pasaran. Semasa membeli kabel ini, pastikan pemilihannya adalah sesuai dengan penggunaan, samada dua garis atau tiga garis.

Harus diingat juga bahawa kabel extension yang terlalu panjang akan memberi kesan terhadap kualiti microphone dan earphone yang digunakan. Tahap kepekaan terhadap kedua peralatan ini akan berkurangan. Sebaiknya, pilih kabel extension yang bersaiz satu meter sahaja. Sekiranya lebih dari satu meter, maka kualiti bunyi akan terjejas sedikit teruk.

contoh kabel extension

Ada banyak lagi teknik tentang setting microphone dan earphone pada komputer desktop. Tapi apa yang saya kongsikan ini, adalah perkara asas yang perlu kita tahu dalam menyediakan sistem audio yang sesuai untuk aktiviti online. Perkara asas ini, kalau kita faham dengan baik, maka kita boleh perkembangkan lagi penggunaannya mengikut kreativiti masing-masing. Harapan saya, semoga ilmu yang dikongsi ini memberi menafaat buat semua. Akhir kata, semoga berjumpa lagi dalam posting yang lain, dan terima kasih kerana membaca. TQ!

Panduan Pemilihan Jenis Jack Earphone dan Microphone – Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini tergerak pula hati ini untuk menulis dan berkongsi satu cerita berkenaan penggunaan earphone dan microphone untuk meeting online. Maklumlah, sekarang ini kan musim online. Taklimat buat online, gathering buat online, seminar buat online, kursus buat online, konvokesyen pun ada yang buat online, dan bermacam lagi aktiviti yang dahulunya kita buat secara fizikal, tapi sekarang semuanya dibuat secara online.

Baik, kalau nak buat aktiviti online, tool atau equiptment asas yang perlu ada adalah seperti handphone. Tapi kalau nak nampak profesional sikit, kita guna komputer, atau lebih tepat lagi, komputer riba atau laptop. Bagi mereka yang gunakan handphone atau laptop, mungkin tiada masalah sangat, sebab handphone dan laptop ini sememangnya telah dilengkapi dengan camera, microphone, dan speaker. Namun, bagi mereka yang bekerja dengan menggunakan komputer konvensional atau desktop, macam mana nak setting peralatan ini ya? Haa, inilah yang saya nak kongsi hari ini. Tapi kali ini kita cerita pasal earphone dan microphone sahaja tau. Tentang setting camera, kita cerita dalam tajuk yang lain.

contoh earphone dan microphone yang mempunyai dua terminal berasingan

Pernah tak anda sambungkan earphone yang siap ada microphone tu, sambung pada komputer. Kemudian sistem tidak detect sound atau microphone? Maksudnya, salah satu antara earphone atau microphone tu tidak berfungsi.. tapi kemudian, anda sambung pula earphone yang sama pada handphone, dan ia berfungsi dengan baik pula. Hurm..

Kemudian ambil pula satu microphone yang lain, sambung pada phone, namun tiada bunyi. Kemudian sambung pula microphone yang sama pada komputer, berjaya pula. Dan masalah-masalah lain yang seumpamanya? Pernah tak? Mesti pernah kan?

contoh earphone dan microphone yang mempunyai terminal bergabung

Haa… mungkin ramai yang tidak tahu. Sebenarnya ada rahsia di sebalik semua ini. Mari saya share sedikit info.

Ok, sebenarnya saiz jack atau terminal penyambung yang digunakan untuk dipasang pada kebanyakan komputer atau handphone itu adalah jenis  jack 3.5 mm. Ada banyak jenis saiz jack di pasaran. Antaranya 6.35 mm, 3.5 mm. 2.5 mm, usb, micro usb, type C, dan sebagainya.. Namun untuk earphone dan microphone yang biasa digunakan bersama laptop atau handphone, kebiasaannya adalah jenis jack 3.5 mm.

jenis-jenis saiz jack

Kalau hendak cari earphone dan microphone jenis jack 3.5 ini, dengan kualiti yang baik, maka lihatlah pada warna di terminalnya. Ada 2 jenis, iaitu jenis yang gold plated, dan jenis biasa. Jenis biasa itu berwarna silver. Kalau kita beli jenis yang gold plated, harganya agak mahal sikit berbanding yang biasa. Tapi kualitinya lebih baik berbanding jenis yang biasa. Sebabnya adalah gold plated itu sendiri. Untuk makluman, emas adalah konduktor atau pengalir elektrik yang paling baik sekali.

jack jenis gold plated dan jenis biasa

Kemudian, jenis 3.5 mm ini pula terbahagi kepada beberapa jenis. Ini yang ramai orang tidak tahu. Sebab itu la kadangkala bila kita pasang peralatan ini pada laptop atau handphone, maka earphone dan microphone kita tidak berfungsi dengan baik.

tiga jenis jack 3.5 mm

Jenis yang pertama adalah jenis satu garis. Cuba lihat pada terminal jack tersebut, dan kita akan nampak ada satu garis hitam di atas terminal tersebut. Jenis satu garis ni juga disebut jenis dua pole. Bahasa saintifiknya pula dipanggil jenis TS iaitu Tip dan Sleeve. Setiap satu pole itu mewakili terminal bunyi, dan terminal ground. Terminal bunyinya pula menggabungkan bunyi kiri dan kanan, yang mana jenis sebegini dipanggil bunyi jenis mono.

jack satu garis

Jenis yang kedua pula adalah jenis dua garis. Jenis dua garis ini mengandungi tiga pole yang mana ianya juga disebut sebagai TRS iaitu Tip, Ring dan Sleeve. Setiap pole mewakili bunyi kiri, bunyi kanan, dan ground. Jack jenis dua line ini bole menghasilkan bunyi stereo yang mana bunyi kiri dan kanan diasingkan.

jack dua garis

Manakala jenis yang terakhir pula adalah jenis tiga garis. tiga garis ini juga dikenali sebagai jenis empat pole yang mewakili atau disebut juga sebagai TRRS iaitu Tip, Ring, Ring, dan Sleeve. Setiap pole mewakili bunyi kiri, bunyi kanan, ground, dan microphone. Jenis tiga garis ini adalah jenis yang paling sesuai dan banyak digunakan pengguna.

jack tiga garis

Tips Menghadiri Temuduga Kenaikan Pangkat

Assalamualaikum semua.. So hari ni sy nak sembang sikit pasal satu perkara ni.. Tips menghadiri temuduga kenaikan pangkat.. tips ni sbnrnya adalah berdasarkan pendapat sy sndiri la.. klu da amalkan, tapi xberjaya, jgn marah sy pulak.. hehe.. kita usaha.. rezeki tu tetap di tangan Allah..

Baik.. tips ni slalu sy beri kat kwn² yg tnya saya.. “eh, ko aritu iv dia tnya apa ye..?” so sy jawab, nilah dia.. sy fwd jek balik wasap ni kpd kwn yg bertanya tu.. dan tips ini lah juga yg sy amalkn klu² la ada iv.. haha.. “kalau”..

oke, cuba la baca dulu.. yg baik, bole amalkan.. yg x relevan, bole tinggalkan.. edit ikut kesesuaian..

  1. statement perlu jelas dan tersusun.. better buat text siap²..
  2. sntiasa hightligt pada contribution/ skills/kemampuan/ pngalaman/ idea/ inovasi etc..
  3. xperlu ulang info² umum spt temph berkhidmat, akademik qlfcation, etc
  4. sntiasa “hook” panel dgn statement² yg simple, tapi mmbuatkn panel trtnya² dan nk korek lagi info dari kita.. cth simple:
    i. percaya x klu sy kata staf lab bole buat research yg berimpak tinggi?? ataupun,
    ii. teknologi di makmal sbnrnya berpotensi menjdi antara sumber pendaptan utama utmkl selain dari xtvt pdp pelajar..
  5. ambil berat dan bg effort sikit ttg penampilan diri, cara berkomunikasi, penyampaian idea, persembahan dokumen,

Selain tu, masih ada juga tips² umum.. spt dtg awal, baca doa, bgtahu emak utk mintak restu, dll.. tapi yg tu sy xtulis la.. sbb rasanya, itu smua org tahu.. hehe..

baik.. selamat berjaya! TQ!

Cabaran Kebun Komuniti Sg. Bunus Di Musim Pandemik

27 Jan 2021, Ts Mohd Hazri bin Ishak, Centre For Community & Industry Network (CCIN), Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Universiti Teknologi Malaysia

SG. BUNUS – Umumnya masih ramai masyarakat sekitar Kuala Lumpur yang masih belum mengetahui tentang kewujudan sebuah projek pertanian kebun komuniti yang bertempat di Hilir Sg. Bunus, Kuala Lumpur. Namun bagi warga Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dan beberapa kumpulan komuniti sekitarnya, ianya bukanlah suatu perkara baru buat mereka. Kebun komuniti yang telah beroperasi hampir lima tahun ini telah berjaya mendatangkan begitu banyak menfaat kepada pengusaha kebun, juga tidak ketinggalan terhadap komuniti sekitar. Menfaat yang dimaksudkan bukan hanya dari segi hasil tuaian serta produk tani sahaja, namun kebun ini juga telah banyak menyumbang kepada aktiviti kelestarian ilmu dan perpindahan teknologi kepada komuniti tersasar, melalui program-program berkala yang telah dilaksanakan setiap bulan.

Namun pada sekitar Disember 2019, kita telah dikejutkan dengan serangan wabak Pandemik Covid-19, yang tidak semena-mena telah menyerang masyarakat dunia. Seluruh dunia menerima kesannya. Tidak terkecuali juga dengan kita di Malaysia. Virus yang masih belum dapat ditentang secara saintifik ini diberi nama Coronavirus, dan ianya dikatakan berasal dari Wuhan, China.

Maka yang demikian, bermula 18 Mac 2020 kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ini. Semua aktiviti dan operasi harian dihentikan serta merta, dan rakyat diperintahkan agar duduk di rumah. Hasilnya, ekonomi Malaysia merundum teruk dan banyak pelabur serta sektor perniagaan yang terpaksa gulung tikar.

Namun demikian, wabak Covid-19 ini berjaya diperlahankan sebarannya, sehinggakan rekod jangkitan terendah dalam sehari pernah mencapai angka 0. Lantaran itu, aktiviti yang melibatkan ekonomi dibuka semula operasinya secara berfasa.

Panas yang disangkakan sehingga ke petang, rupa-rupanya mendung dan sedikit hujan di tengahari. Ini berikutan statistik penularan wabak Covid-19 di Malaysia tiba-tiba meningkat semula, sehingga pernah menjangkau angka melebihi 4000 kes sehari. Oleh yang demikian, kerajaan terpaksa mengumumkan sekali lagi PKP versi 2.0 bermula Rabu, 13 Januari 2021.

Covid-19 berjaya merubah norma harian rakyat dunia. Aktiviti serta rutin harian rakyat Malaysia tidak lagi seagresif dahulu. Tiada lagi aktiviti keramaian, percutian keluarga, malah bersantai di kedai kopi pon telah menjadi satu kekangan dan kesalahan buat masa kini.

Begitu juga halnya dengan aktiviti pertanian dan operasi kebun komuniti di Sg. Bunus. Sehingga tarikh artikel ini ditulis, operasi dan aktiviti pertanian di Kebun Bandar Sg Bunus masih lagi ditangguhkan. Kebun komuniti ini juga kurang terjaga dan masih belum lagi dibuka kepada komuniti sekitar.

Situasi ini mengundang kepada persekitaran kebun yang semakin tidak terurus dan mengundang bahaya. Persoalannya, apakah masih releven aktiviti berkebun pada musim pandemik ini? Bagaimanakah pendekatan yang paling sesuai dan selamat untuk mempertahan serta menjamin kelangsungan aktiviti di kebun komuniti tersebut, pada musim Covid-19 sedang bermaharajalela ini?

Inilah dia cabaran alaf baru yang perlu ditangani oleh masyarakat moden sekarang. Dengan berbekalkan teknologi serba canggih, disusuli pula dengan bantuan informasi dihujung jari, adalah menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk meneruskan hidup dan rutin harian dengan norma baharu, supaya ianya masih setanding dengan zaman sebelum pandemik melanda.

Pokok terung organik yang hidup subur di Kebun Bandar Sg. Bunus

Ada banyak faktor yang menjadi sebab, mengapa aktiviti pertanian di Kebun Bandar Sg. Bunus wajar diteruskan. Salah satunya adalah disebabkan faktor jana semula ekonomi. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ekonomi negara terjejas teruk. Ramai rakyat yang telah terjejas sumber pendapatan dan peluang pekerjaan juga semakin berkurang. Pada masa ini, hasil tani dari di Kebun Bandar Sg Bunus sebenarnya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan ekonomi keluarga komuniti yang terjejas. Bahan asas makanan harian seperti cili, ulam-ulaman, buah, juga sayuran kontan dapat dituai dengan percuma. Juga terdapat ratusan ikan tilapia yang menghuni dasar Kolam Tebatan Banjir Sg. Bunus, dan sedia untuk dipancing bagi dijadikan santapan harian. Mungkin jumlahnya tidak banyak, namun ianya memadai bagi menampung keperluan pengusaha kebun dan masyarakat sekitar yang memerlukan. Oleh yang demikian, masyarakat dapat berjimat dalam perbelanjaan harian. Sayur yang ditanam sendiri juga mempunyai kualiti yang jauh lebih baik dan meyakinkan berbanding sayuran yang dibeli di pasar. Aktiviti pertanian juga sememangya telah terbukti mampu membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara.

Antara faktor lain yang menyokong agar aktiviti pertanian di Kebun Bandar Sg. Bunus ini diteruskan adalah kerana aktiviti pertanian ini dilihat mampu dijadikan sebagai praktis serta alternatif kepada aktiviti senaman dan gaya hidup sihat. Masyarakat sewajarnya mengambil peluang dalam mendalami ilmu dan teknik berkebun sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, dan Kebun Bandar Sg. Bunus menyediakan platfom ini. Selain daripada memulakan hobi baru, aktiviti berkebun di kebun komuniti ini juga mampu mengeluarkan peluh dan menyihatkan tubuh badan. Namun larangan terhadap aktiviti mass gathering hendaklah sentiasa dipatuhi dalam mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Namun begitu, tahap kesedaran masyarakat terhadap usaha kerajaan dalam mengekang wabak Covid-19 ini haruslah sentiasa ditingkatkan. Bilangan ahli yang terlibat dalam suatu aktiviti, pada satu-satu masa hendaklah dihadkan mengikut saranan pihak Majlis Keselamatan Negara. Sebaiknya, perbanyakan notis mahupun kain rentang berkaitan keperluan menjaga Standard Operating Prosedure (SOP) di sekitar Kebun Bandar Sg. Bunus, agar pengusaha kebun sentiasa berwaspada terhadap jangkitan wabak ini.

Antara lain, kaedah penggiliran terhadap sembilan pemegang taruh yang bertanggungjawab terhadap operasi pertanian di Kebun Bandar Sg. Bunus ini juga wajar dilaksanakan bagi menjamin kelestarian aktiviti pertanian ini. Ini bertujuan bagi mengelakan keadaan sesak dan situasi yang terlalu ramai di kebun komuniti tersebut. Ahli kebun juga dinasihatkan supaya dapat memastikan dirinya berada dalam keadaan benar-benar sihat, bebas dari sebarang simptom yang meragukan, sebelum hadir berkebun.

Antara tanaman lain yang ada di Kebun Bandar Sg. Bunus

Perjuangan dalam menentang penularan wabak Covid-19 ini adalah peranan semua orang. Oleh yang demikian, dalam keghairahan melaksana aktiviti pertanian di Kebun Bandar Sg. Bunus, SOP asas yang diperintahkan MKN hendaklah sentiasa dipatuhi. Sentiasa memakai penutup hidung dengan sempurna. Praktis ini telah terbukti berkesan dalam menghalang virus dari berpindah kepada orang lain. Selain itu, ahli kebun disarankan agar kerap mencuci tangan samada dengan sabun, mahupun pembasmi kuman (hand sanitiser) bagi tujuan membunuh kuman, sekiranya ada.

Peserta kebun juga disarankan agar sentiasa menjaga jarak sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain, sewaktu aktiviti berkebun dijalankan. Sebaiknya juga pastikan agar tiada berlaku sentuhan antara sesama peserta kebun. Elakan juga bersalaman dan berkongsi bekas minuman antara satu sama lain. Peraturan norma baharu ini hendaklah sentiasa dipatuhi dan dijadikan sebagai rutin dan amalan wajib bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini, dan dalam masa yang sama, aktiviti pertanian kebun komuniti di Kebun Bandar Sg. Bunus ini dapat dilaksanakan seperti biasa.

Norma baharu bagi aktiviti berkebun ini dijangkakan bakal berterusan buat masa yang panjang, berikutan masih belum ada vaksin yang benar-benar berkesan telah tercipta. Tahun 2020 dan 2021 dijangka menjadi tahun yang amat mencabar buat dunia dan masyarakat Malaysia khususnya kerana ujian serta dugaan Pandemik Covid-19 yang melanda. Diharapkan agar wabak ini akan segera berakhir bagi menjamin aktiviti pertanian dan projek Kebun Bandar Sg. Bunus dapat dilaksanakan semula seperti biasa.

Diharap agar masyarakat sentiasa mengamalkan konsep 3P dalam aktiviti harian, iaitu Pakai Pelitup Muka, Pencucian Tangan dan Penjarakan Sosial. Elakkan juga 3S iaitu Tempat Sesak, Tempat Sempit dan Sembang secara Dekat. Semoga Malaysia kembali pulih dan rakyat dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. #KitaJagaKita

Contoh Aliran Perjalanan Sebuah Webinar / Forum

Pengenalan
MC membuka kata denga mengalu-alukan penyertaan panel dan penonton
Bacaan Doa
Ucapan Pengarah Program / VVIP / Perasmi forum (Sekiranya ada)
Taklimat ringkas pengenalan kepada topik dan objektif forum
Menerangkan outcome daripada forum yang diadakan
Menerangkan konsep dan perjalanan forum kepada penonton
Sedikit sesi pengenalan latar belakang panel, oleh moderator
Mengingatkan penonton supaya mendaftar borang kehadiran
Tayangan montaj pengenalan

Sesi Webinar Bermula
Mulakan dengan memperkenalkan topik dan fokus pusingan pertama kepada penonton dan panel
Soalan panel 1
Soalan panel 2
Soalan panel 3
Sedikit ulasan kepada pusingan 1
Tayangan montaj 1 (Sekiranya ada)

Mulakan dengan memperkenalkan topik dan fokus pusingan kedua kepada penonton dan panel
Soalan panel 1
Soalan panel 2
Soalan panel 3
Sedikit ulasan kepada pusingan 2
Tayangan montaj 2 (Sekiranya ada)


Mulakan dengan memperkenalkan topik dan fokus pusingan ketiga kepada penonton dan panel
Soalan panel 1
Soalan panel 2
Soalan panel 3
Sedikit ulasan kepada pusingan 3
Tayangan montaj 3 (Sekiranya ada)

Sesi Q&A
Mulakan sesi ini dengan soalan-soalan yang mudah

Kesimpulan dan penutup oleh moderator
Sedikit ulasan, kesimpulan, harapan terhadap program yang telah berlangsung
Mengingatkan penonton supaya mendaftar borang kehadiran
Tayangan montaj penutup

Tamat

The Power of Sharing (Part I)

Assalamualaikum smua.. apa khabar semua.. harap2 baik jek la ya.. disamping keluarga tercinta.. so hari ni, sy nak menulis sikit tentang satu topik ni la.. tajuknya, The Power of Sharing.. sharing ya? sharing apa? haha.. mesti ada yg tertanya-tanya.. yela.. sharing ni ada byk jenis dan keadaan.. sharing baik ada, sharing tak baik pon ada.. tapi, untuk sembang kali ini, kita bercakap pasal sharing yang baik2 jek la ya..

Orait… ada banyak jenis dan kategori sharing ni sbnrnya.. Bahasa Melayu nya, kita istilahkan sebagai berkongsi.. tapi kongsi apa? kongsi rezeki?, harta?, ilmu?, pengalaman?, yg ni biasa kita dengar lah kan… kemudian, berkongsi perasaan?, kebahagiaan?, haa.. bila bab kongsi kebahagiaan ni, org pompuan klu dengar ni, mesti sensitif sikit.. kan? haha.. xp, kita dengar dulu.. lain2 kongsi, kongsi hutang?, tanggungjawab?, kuasa?, kerja?, senyuman?, doa?, pahala?, dosa? dan banyak lagi la jenis sharing ni.. tapi biasanya, bila ditnya kat public, mesti ramai yg jawab, sharing tentang kongsi rezki jek kan? yela… orang Malaysia ni mmg budayanya bersedekah… sangat murah hati.. Alhamdulillah..

Baik.. back to the topic.. apa yg power nya bila kita berkongsi ni? sharing ni, perasan x kita, bahawa bila kita berkongsi ni, outcome dia mesti yg baik2 jek.. yg positif2 jek.. betul tak? kecuali kita berkongsi benda yg tak baik la.. sbb bila kita kongsi benda yang xbaik, outcome dia pon jadi x baik la.. tapi kadang2, kongsi benda xbaik pon jad baik jgak.. haha.. ajaibkan? nnt sy share satu persatu.. huhu.. tapi, bab kongsi benda xbaik tu, sy xnak ulas la.. sbb arini kita nk cerita yg baik2 jek ya.. oke, jom sy ulas satu2, berdasarkan pemahaman, pengalaman saya..

Pertama sekali.. bab berkongsi rezeki dan harta.. bila kita berkongsi rezeki dan harta, apa yg kita dapat? apa yang power nay? Sebenarnya, bila kita berkongsi rezeki dan harta, kita dapat barokah.. keberkatan.. kerana apa? kerana setiap yang ada pada kita tu, sebenarnya ada juga milik orang lain.. Allah tumpangkan kat kita, sementara.. ujian juga buat kita sebenarnya.. Allah nak tgk mcm mana kita belanjakan rezki kita.. dan bila kita percaya dan yakin dengan rezki ni adalah milik Allah, seterusnya kita gunakan ke jalan Allah, maka inshaAllah rezki kita akan bertambah berkat.. sy juga percaya, harta dan rezki yang kita kongsikan kpd org lain juga sbnrnya adalah sebagai “zakat” dan “kos” yang perlu kita belanjakan, dalam mendapat keberkatan, terhadap rezki kita yang lain2nya.. kemudian kita dapat kebahagiaan dan kepuasan.. apa tu kebahagiaan dan kepuasan? kebahagiaan dan kepuasan ini adalah satu perasaan seronok yang sukar untuk diukur.. ianya terbit dari hati.. walaubagaimanapun, rezki dan harta yang dikongsi dengan tidak ikhlas, maka sukar la kita nk mencapai kepuasan dan kebahagiaan itu.. sbnrnya ini lah yang kita cari dalam hidup.. biarlah kita tak banyak harta, tapi hati kita sentiasa bahagia dan puas dengan nikmat Allah.. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri bahawa nikmat Allah itu ada, dan sentiasa ada. Selain drpda itu, offcourse la kita dapat pahala.. kan? haha..

Kedua pula.. bab berkongsi ilmu dan pengalaman.. bila kita berkongsi ilmu dan pengalaman, apa yg kita dapat? pertamanya, secara otomatik, dengan berkongsi ilmu dan pengalaman ini, kita dapat mengasah ilmu dan bakat kita.. menafaat ini dapat terus direct kepada diri kita.. on the spot.. ilmu dan pengalaman ni, klau kita x gunakan, dan kita x kembangkan, dan kita biarkan shj dalam diri kita, tanpa dipraktikan, maka ianya lama2 pasti akan pudar.. silap2, nnt ianya hilang begitu sahaja.. jadi, adalah baik kalau ilmu dan pengalaman yang kita ada, kita sampaikan kepada orang lain.. guna platform dan cara yang sesuai la.. sebab x smua orng mmpunyai minat yg sama, terhadap apa yang kita ada.. haha.. Kadang2 kita x perasan, bahawa ilmu dan pengalaman kita ni, sangat berguna buat orang lain.. yela, ada yang kita x guna pon ilmu kita dalam kehidupan seharian.. namun hakikatnya, ada orang lain yang sangat2 memerlukan ilmu dan pengalaman kita tu.. dengan itu, secara tak langsung, kita dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian mereka.. bukan setakat bantu org lain shj, tapi kadang2 ianya dapat membantu masyarakat dalam kelompok yang lebih besar.. Subhanallah.. besarkan Power of Sharing” ni..? so, lain2 lagi, kalau kita kongsi ilmu dan pengalaman ni, kita juga mampu untuk memberi panduan dan galakan kpd orang lain dalam mmperbaiki hidup mereka. Sebab kadang2, mereka2 yang sedang berada dalam ujian Allah ni, mata mereka tertutup.. mereka x nampak apa yang ada di hadapan mereka.. banyak peluang dan ruang yang terbentang dihadapan mereka, yang boleh mereka gunakan untuk mereka menyelesaikan masalah hidup mereka.. yela, bila hati kita beradada dalam kegusaran, kekecewaan, kesusahan, maka kita sukar melihat jalan penyelesaian yang ada.. Disini lah peranan serta keperluannya majlis2 ilmu dan aktiviti perkongsian ilmu dilaksanakan..

Ketiga pula, bab berkongsi perasaan dan kebahagiaan.. haa.. yang ni mungkin akan mengundang perasaan sensitif sikit la di kalangan para isteri.. yela.. bab berkongsi kebahagiaan kan? mana x sensitifnya.. haha.. sabar ya.. jangan risau.. disini saya TIDAK membincangkan tentang berkongsi kebahagiaan rumah tangga, tapi lebih kepada aspek berkongsi keseronokan, kebahagiaan, cerita2 harian, perasaan, dan lain2 yang sama waktu dengannya.. perkongsian ini adalah antara rakan, masyarakat, pekerjaan dan sosial, dalam meningkatkan motivasi, positive energy dan aura baik dalam perjalanan kehidupan seharian.. So, bila kita selalu berkongsi cerita2 seronok, perasaan2 happy, moment2 enjoy keluarga, kita berkongsi pulak denga rakan2 baik kita, rakan2 sekerja, mengikut adab dan batas2nya yang tertentu, maka apa yang kita dapat? bab perasaan pula, kadang kala bila kita dilanda ujian, dilanda musibah, kekecewaan, masalah, then apa kita nak buat? samada kongsi dgn kwn, atau simpan dan hadam utk diri sendiri? adakah kita biarkan “luka” tu pulih sendiri? fuhhh.. susah jgak nk tulis ni.. hehe.. pertamanya, bila kita slalu berkongsi cerita, kita mampu untuk meningkat serta merapatkan ukhuwah dan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Berkongsi perasaan dan cerita bukan bermaksud bermegah2 dan meninggi diri, tapi lebih kepada merapatkat ukhuwah dan semangat sillaturrahim antara sesama kita. Dalam masa yang sama juga, secara otomatik akan wujud satu naluri kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain. Perasaan dan ikatan “bonding” ini la yang sukar diterjemahkan diatas kertas. Namun percaya la, ianya membawa 1001 menafaat kepada kita dalam kehidupan bermasyarakat. Bila kita susah nanti, pasti ada yang tolong.. hehe.. Perasaan2 negatif seperti kecewa, resah, dan lain2 perasaan juga wajar dikongsi bersama kenalan yang dipercayai. Selepas berkongsi, pastinya kita berasa sangat lega dan bebas dari segala serabut yang bermain dalam kepala. Cuba bayangkan sekiranya masalah atau perasaan negatif itu tidak diluahkan? maka kehidupan seharian kita pasti huru hara.. semuanya serba tak kena.. kerja pon tak menjadi.. jadi, disini lah perlunya kita berkongsi dan meluah perasaan kepada kenalan yang dipercayai.. sebab bila ada sesuatu yg terbuku dihati kita, kalau kita xluahkan, maka selagi itu lah perasaan kita jadi tidak tenteram.. tapi selepas diluah, maka perasaan lega pun muncul.. dan hilang resah dijiwa..

Fuhhh… panjang da sy tulis ni.. actually ada empat bab lagi yang sy nak kongsikan disini.. bab tanggungjawab dan kerja, bab kuasa, bab senyuman, dan bab doa dan pahala.. namun coretan kali ni macam da terlalu panjang.. tangan pon da penat.. nanti sy sambung lagi la Part II ya.. terima kasih sbb sudi membaca.. Jumpa lagi nantii.. Bai.. Assalamualaikum..

Tips & Adab Sewaktu “Online Meeting”

ni ada sedikit tips utk melancarkn meeting online.. saje jek share.. ???

1. mic kita ni very sensitf dgn sound.. silap², klu kita kentut pon bunyi bole masuk dlm meeting tu.. dan hanya seorang shj yg bole bercakap dalam satu² masa.. sistem akan capture suara yg paling jelas..
.
so, kalau kita rasa environment kita bising, pls turn OFF mic kita.. ON kan hanya bila kita nk bercakap shj..
.
2. klu kita rasa line kita suam² kuku, bole la cuba utk reduce kualiti video.. kalau masih lagi sangkut², terpaksa la OFF kan video/camera, bagi memastikan kita masih bole join meeting tu.. huhu..
.
3. klu meeting guna hp, muka jgn dekat sgt dengan kamera.. abes semua jerawat batu bole nampak.. ?
.
4. elakkan pegang hp sewaktu meeting.. sbb video korang nnt goyang².. pening kwn² dlm tu tgok video ko yg goyang² tu.. klu nk pegang jgak, guna la gimbal stabilizer..
.
5. Kalau online kat umah tu, jgn nampak suasana rumah berselerak sgt.. ? lelaki pakai la baju… Nampak sangat selekehnya.. ???
.
6. digalakan guna head/earphone.. klu bole yg ada mic dia tu sekali.. suara dan audio lebih jelas..
.
7. ada jugak la kwn² sy yg online dlm kereta.. kereta xgerak pon.. saja online dalam kereta.. sbb dlm kereta tu lebih aman.. anak² x kacau katanya.. ? nampak effortnya disitu.. ???
.
sekain shj tips dari sy.. klu korang ada tips lagi, sila share kat komen.. terima kasut!

#WFH

Hanya Yang “Terpilih” Sahaja..

Smlm sempat la aku bersembang dgn seorg sahabat aka partner seorg ni.. actually kami sama² mengajar subjek koq semester ni.. so, sambil² kita planning utk pemarkahan pelajar, terkeluar la satu quot dari beliau.. korang tahu apa dia kata? katanya..

“Ustaz Ebit Lew kata.. ni orang2 terpilih saat darurat.. syurga Allah bg.. teruskan usaha.. semoga Allah membalas jasa semua petugas UTM yg terlibat.. sy berjuang masak2 jer kat rumah.. haha”

Allahuakbar.. hiba, tersentuh hati ni bila dengar openion public yg mcm tu.. dlm hati ini pulak berkata..

“betul lah tu.. sbb Allah tak akan bagi task/uji hambaNya kalau hambaNya tu tak mampu nak laksanakan..”

abes conversation tu, (actually thru wasap jek) dekat stgh jam jgak la aku dok termenung memikirkn apa yg dia kata tu.. sgt² terkesan la aku.. sbb aku pon xterfikir smpi mcm tu.. huhu..

so, apa yg aku nk share sbnrnya ni, actually ramai kwn aku yg sdang bertungkus lumus, contribute membantu usaha kerajaan perangi wabak Covid19 ni.. ada geng PDRM, ATM, Wataniah, Doktor dan Jururawat, dan xlupa juga geng² belakang tabir yg sedang bertungkus lumus buat USR bantu sediakan PPE utk frontliner² ni.. huhu.. semoga Allah permudah usaha korang semua.. aku malu sbb xdpt contribute sebanyak mana macam yg korg semua contribute..

so,  kpd kwn lain yg sedang menjalani PKP ni, marilah sama² kita berdoa agar wabak Covid19 ni cepat berakhir ya.. stay calm, stay safe, stay at home, and keep pray..

Tq!