Guinness World Record, membina 1 lorong 75km panjang jalan dengan hanya 105 jam 33 minit di India oleh National Highway Authority of India (NHAI)

India set Guinness World Record for Fastest road construction a laying 75 km of bituminous concrete in a single lane in 105 hours and 33 minutes by the National Highway Authority of India (NHAI)

Perasan tak kenapa ayat ‘Bismillahirrahmanirrahim’ macam tergantung, kerana bermula dengan kata sendi ‘dengan’, sedangkan kata sendi sepatutnya berada ditengah ayat. ‘…………Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Apakah perkataan sebelumnya.

Mari kita kaji rahsianya, ada banyak petunjuk to unravel the secret behind this, tapi kita ambil 3 sahaja

1) Rujukan/petunjuk :
ayat pertama yang Rasulullah terima iaitu :-
– iqra’ bismi robbikallazi Khalaq
Bacalah dengan nama Tuhanmu (bismillah = dengan nama Allah)
– ada perkataan bacalah sebelum ‘dengan nama Tuhanmu’

2) Rujukan/petunjuk :
Mafhum hadith Baginda Rasulullah SAW
Setiap perkara yang tidak dimulai dengan memuji (menyebut) Allah, makan amalan tersebut akan terputus” (kurang keberkatan menurut Imam Nawawi)
Ertinya : Mulakan setiap perkara dengan nama Allah

3) Rujukan/petunjuk :
Mafhum hadith Baginda Rasulullah SAW :
Dari ‘Umar bin Abi Salamah, ia berkata, “Waktu aku masih kecil dan berada di bawah asuhan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, tanganku kesana kemari ketika makan. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
 يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ » . فَمَا زَالَتْ تِلْكَ طِعْمَتِى بَعْدُ
“Wahai Ghulam (wahai anak kecil), sebutlah nama Allah (bacalah “BISMILLAH”), makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang dekat denganmu.” Maka seperti itulah gaya makanku setelah itu. (HR. Bukhari no. 5376 dan Muslim no. 2022)
ertinya : Makan dengan nama Allah (Bismillah)

KESIMPULAN :
1) Bacalah dengan nama Tuhanmu
2) Mulakan sesuatu perkara yang hendaklah dibuat dengan menyebut nama Allah
3) Makan dengan nama Allah (Bismillah)


JAWAPAN :
(‘………………………….. dengan nama Allah’)
Perkataan sebelum dengan, hendaklah diisi dengan perkara yang hendak kita buat, Allah gantung ayat tersebut, tergantung dengan perkara yang kita hendak lakukan.

Jadi setiap perkara yang handak dibuat, mesti dimulakan dengan nama Allah (menyebut bismillah)
Ruang kosong itu, adalah perkara yang hendak kita lakukan.

contoh :
Baca dengan nama Allah
Makan dengan nama Allah
Tidur dengan nama Allah
Bersedekah dengan nama Allah
(semua perkara yang hendak dikerjakan), dengan nama Allah

Wallahu a’lam bish-shawabi

Source : Dr Mohd Shafie Md Amin

 Umat Kristian UK mengutuk menghina mencaci dan mengeji, “pembelot agama” kata mereka pada King Charles, mereka sangsi kerana tindak tanduk Raja England itu sebagai ketua agama dan ketua seluruh geraja di England itu seperti telah memeluk Islam, ini sebabnya;-

1. Baginda Raja tidak langsung menyambut, menyokong, menyebut atau memberi ulasan tentang hari suci dan puasa Kristian iaitu Ash Wednesday yang jatuh pada 5 Mac 2025


2. Tetapi dalam masa yang sama, baginda raja sibuk, dia sendiri packing kurma untuk orang berpuasa yang akan dibekalkan ke hospital pada Mac 2025. Mungkinkah Baginda tahu hadith memberi makan orang berpuasa mendapat ganjaran pahala sama dengan orang yang berpuasa.


3. Baginda menjemput rakyat berbuka puasa di istana Windsor Castle, England pada Mac 2025 mengumandangkan azan dan solat.


4. Baginda kadangkala memulakan ucapan dengan Assalamualaikum, 


5 ketika menjemput iftar baginda mengucapkan Ramadhan Al mubarak


6. kadangkala mengakhiri ucapan dengan InshaAllah 


7. Baginda kadangkala memetik ayat quran ketika memberi ucapan


5. Baginda menjadi penaung Oxford centre for Islamic studies 


6. Baginda berkawan dan belajar tasawuf dari Martin Lings seorang Islamic scholar juga penulis buku Sirah Rasulullah


7. Baginda dicemuh kerana belajar bahasa Arab dan membaca Al-Quran sedangkan tidak cenderung dengan kitab-kitab Kristian


Semoga Allah memberi hidayah, memanjangkan umur King Charles III, menyembuhkan Baginda Raja dari semua jenis penyakit, memanjang takhta Baginda Raja dan memberi keselamatan kepada Baginda Sekeluarga

Sejak 2014 Belanda telah menutup 23 penjara dan ada yang diubah untuk kegunaan lain kerana penurunan kadar jenayah dan pengurangan tempoh hukuman. Ini juga berlaku di Ireland, Sweden & Finland dimana hukuman beralih kepada kaedah pemulihan.

In Netherlands since 2014, 23 prisons closed due to low crime rate. Several countries including the Ireland, Sweden and Finland are actively closing prisons often through rehabilitation and alternative sentencing program

Pencipta ubat innovator seperti Panadol biasanya mendapat hak cipta perlindungan dari ditiru selama lebih kurang 20 tahun. Selepas itu barulah ubat generik boleh dihasilkan iaitu selepas tamat tempoh hak cipta tersebut, ini bagi membolehkan pencipta mendapat pulangan yang adil hasil usaha dan kajian mereka tetapi Nils Bohlin dari Volvo mencipta tali pinggang keledar 3 point tanpa mendaftar hak cipta dengan tujuan agar boleh digunakan pihak lain secara percuma untuk keselamatan pengguna

Panadol mula digunakan di klinik pada 1953

Bahan aktif ialah Paracetamol (pcm) or Acetaminophen 

Nama kimia N-Acetyl-p-aminophenol

Pemilik hak cipta ialah GlaxoSmithKline GSK

Menggantikan Asspirin kerana mengganggu perut

Innovator of drugs such as Panadol, usually get copyright protection from imitation for about 20 years. Only after that, generic drugs can be produced, after the expiration of the copyright period, this is to allow the creators to get a fair return on their efforts and research, but Nils Bohlin from Volvo created the 3-point seat belt without registering the copyright with the aim that it can be used by others for free for the safety reasons.

Laila tu ertinya malam, kalau sebut malam lailatul qadar, ertinya malam malam qadar, lailatul qadar bukanlah serentak sebab ketika kita malam ada tempat yang siang 

Formula jangkaan lailatul qadar oleh Imam al-Ghazali berdasarkan hari mula puasa

HARI MULA BERPUASAJANGKAAN MALAM AL- QADAR
Ahad29
Isnin21
Selasa27
Rabu29
Khamis25
Jumaat27
Sabtu23
لیلة القدر / Laylat al-Qadr, Kenapa Sesetengah Ulama Berpendapat Pada Malam 27?https://people.utm.my/mohdshahrizanmohdsaad/2023/04/15/%d9%84%db%8c%d9%84%d8%a9-%d8%a7%d9%84%d9%82%d8%af%d8%b1-laylat-al-qadr-kenapa-sesetengah-ulama-berpendapat-pada-malam-27/

Naik kereta atau motor elok standby benda ni, terutama perjalanan jauh.  Tak perlu tukar tayar motor atau kereta yang bocor ditengah jalan, jika bocor kecil yang biasa, cukup 1 tin tyre weld/sealer, tidak perlu pam, cecair dalam tin yang dipam ke dalam tayar akan menutup lubang, boleh bertahan sehingga 2 hari, sementara sempat sampai ke kedai membaiki tayar. Sebarkan manafaat agar dapat membantu orang lain

RM7 – RM12 setin pada tarikh artikel ini ditulis

Kenapa Mekah selalu raya awal?

Cerap anak bulan adalah ketika masuk waktu maghrib

Di MalaysiaDi Arab Saudi
Ketika Malaysia maghrib, umur anak bulan sekitar 5 jam. Garisan lengkung bentuk anak bulan itu terlalu nipis untuk dilihat
Arab Saudi masuk maghrib 5 jam selepas Malaysia, waktu itu umur anak bulan sudah 10 jam. Garisan lengkung anak bulan itu sudah semakin menebal dan peluang kelihatan lebih jelas.
Anak bulan sukar kelihatan kerana langit di Malaysia selalu mendung, berawan dan kadangkala hujan. Di Arab Saudi kadangkala tidak berawan, jarang hujan dan langit selalu cerah

Seorang lelaki miskin di China mencipta sendiri mesin mencuci buah pinggang untuk meneruskan hidupnya selama 13 tahun

A man in China built his own Dialysis machine to keep himself alive for 13 years

Read more : The Telegraph https://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/china/9817855/Chinese-man-kept-alive-by-self-built-dialysis-machine.html

Sungai Nil terpanjang di dunia, 6,600km¹ (4,100 batu), merentasi 11² negara lebih dari 300 juta orang terutama di gurun dan padang pasir mendapat manafaat daripadanya

Nile River the longest river in the world, passes through 11² countries among it is Tanzania, Burundi, Rwanda, Congo, Kenya, Uganda, South Of Sudan, Ethiopia, Sudan and Egypt. More than 30 crore people benefit from it.

¹National Geographic, https://education.nationalgeographic.org/resource/nile-river/

²Journey To Egypt,
https://www.journeytoegypt.com/en/blog/nile-river

‘Assalamu’alaika’ (ka) untuk seorang lelaki, ‘Assalamu’alaiki’ (ki) untuk seorang perempuan, tapi Rasulullah SAW ajar kita guna ‘Assalamu’alaikum’ sedangkan (kum) adalah untuk 3 orang atau lebih, walaupun berhadapan dengan seorang sahaja, apakah rahsia disebalik ini?

Untuk menjawab soalan ini, mari kita kaji 2 petunjuk :-

1) Hadith yang diriwayatkan Ibn Umar R.Anhuma bahawa Baginda SAW bersabda:
إِذَا دَخَلَ الْبَيْتَ غَيْرَ الْمَسْكُونِ فَلْيَقُلِ‏:‏ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ‏.)
Maksudnya: Sekiranya seseorang itu masuk ke dalam rumah yang tidak berpenghuni, maka ucapkanlah: “Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillah al-Solihin (salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh)
Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad (1055)

2) Kenapa kita beri salam 2 kali kiri dan kanan selepas solat?

JAWAPAN :
Kepada malaikat di kiri dan kanan.
Jadi masa kita beri salam kepada seseorang, sebenarnya ada 3 makhluk Allah dihadapan kita, iaitu 1 manusia dan 2 malaikat di kanan dan kiri

Wallahu a’lam bish-shawabi