Kalau guna berus gigi, dapat pahala juga ke?
1. Setiap kebaikan yang diniatkan kerana Allah akan mendapat pahala berdasarkan mafhum hadith
Category Archives: Hadith / Hadis
Pelbagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit lutut berairnya, akhirnya seorang ulama memberi dia jalan.
Cari sebuah kawasan, yang penduduknya tiada bekalan air. Gali perigi, niat airnya sebagai infak kerana Allah dan mohon air yang keluar dari perigi InshaAllah mengeringkan air lututnya, dengan kehendak Allah dia sembuh.
Mafhum Hadith
"Ubatilah orang sakit di kalangan kamu dengan sedekah."¹
Dihasankan oleh al-Albani²
sources :
¹ Abu Dawud, al-Marasil (105).
al-Tabarani, al-Mu‘jam al-Ausat (1963).
Zulkifli al-Bakri.
Ahmad al-Ghumari, risalah al-Zawajir al-Muqliqah li
Munkir al-Tadawi bi al-Sadaqah.
² al-Albani, Sahih al-Jami‘ (3358).
Your message has been sent
‘Hadiah Ini Sangat Bermakna’ Maksud Hadith daripada Abu Hurairah RA : “Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana yang aku dapat ini? Allah berfirman: dengan istighfar anak kamu kepadamu”. [Riwayat Ahmad (10610)][Syeikh Syuaib al-Arnaouth menghukum sanad hadith ini sebagai hasan disebabkan Asim bin Abi al-Najud. Selain daripadanya adalah perawi yang thiqah dan sahih]
Sehebat-hebat anugerah bagi yang pernah melalui satu kehidupan ialah pengampunan. Kita tidak merasa betapa nikmatnya anugerah pengampunan, bukan sebab kita tak ada dosa, tapi sebab dosa kita Allah tundakan hukuman, kalau Allah tak tangguh, kita akan jadi pesalah seperti pesalah yang dalam penjara, ada yang kena tunggu 20 tahun, ada yang tunggu hari nak kena sebat, ada tunggu tarikh akan digantung, tunggu hari dipancung, bayangkan kalau mereka dapat pengampunan, apa lagi yang lebih bermakna pada kehidupan mereka, begitulah juga kita, Allahu tundakan hukuman atas dosa kita, di akhirat kalau tak dapat pengampunan, lebih derita siksaannya
Hadith mengajar kita betapa besarnya erti pengampunan, lebih-lebih lagi kepada si mati yang telah terputus peluang beramal ibadat, juga kita yang masih hidup. Sedangkan Sayidina Umar Al-Khattab RA, (top 3 sahabat) itu pun Rasulullah SAW sarankan jika bertemu dengan Uwais bin Amir (Uwais Al-Qarani) (seorang yang mustajab doa) agar meminta didoakan keampunan¹, apa lagi kita yang sudah tentu tidak sehebat sahabat.
Kadang-kadang kita terkenang seseorang yang pernah berbuat baik kepada kita, pernah berjasa kepada ibu bapa atau kepada anak-anak kita, tidak menjadi kesalahan jika kita ingin membalas kebaikan mereka dengan mendoakan agar mereka mendapat keampunan. Semoga Allah mengangkat darjat yang didoakan dan yang mendoakan. Biizni-llah Amiiin Ya Robbal Alamiin
¹Riwayat Muslim (2542). Riwayat tersebut adalah daripada Usair bin Jabir, katanya: ‘Umar bin al-Khattab ketika didatangi oleh serombongan pasukan dari Yaman, beliau bertanya, “Apakah dalam kalangan kamu ada yang bernama Uwais bin ‘Amir?” Sehinggalah ‘Umar menemui ‘Uwais lalu bertanya, “Benarkah engkau adalah Uwais bin ‘Amir?” Uwais menjawab, “Ya, benar.” Umar bertanya lagi, “Benar engkau dari Murad, dari Qaran?” Uwais menjawab, “Ya.”
Umar bertanya lagi, “Benarkah engkau dahulu menghidap penyakit kulit, kemudian sembuh kecuali sebesar satu dirham.” Uwais menjawab, “Ya.” Umar bertanya lagi, “Benarkah engkau memiliki seorang ibu?” Uwais menjawab, “Ya.” Umar berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
يَأْتِى عَلَيْكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ مَعَ أَمْدَادِ أَهْلِ الْيَمَنِ مِنْ مُرَادٍ ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ كَانَ بِهِ بَرَصٌ فَبَرَأَ مِنْهُ إِلاَّ مَوْضِعَ دِرْهَمٍ لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لأَبَرَّهُ فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ
Maksudnya: “Nanti akan datang kepada kamu seseorang bernama Uwais bin ‘Amir bersama serombongan pasukan dari Yaman. Dia berasal dari Murad, dari Qaran. Dia menghidap penyakit kulit, kemudian dia sembuh daripadanya kecuali sebesar satu dirham. Dia memiliki seorang ibu dan sangat berbakti kepadanya. Sekiranya dia bersumpah kepada Allah, maka akan diperkenankan yang dia pinta. Jika kamu mampu agar dia memohon pada Allah keampunan bagimu, maka lakukanlah.”
Your message has been sent
Hadith “Perut adalah rumah penyakit”. Al-Imam Al-Iraqi menyebut bahawa tiada asal terhadap terhadap dalil ini, manakala Imam Ibn Subki menyebut tiada sanad yang sahih terhadap dalil ini.
Al-Imam Al-Iraqi menyebut bahawa tiada asal terhadap terhadap dalil ini.
Imam Ibn Subki menyebut tiada sanad yang sahih terhadap dalil ini.
Ini Adalah kata-kata al-Harith bin Abi Kaladah (seorang ahli perubatan Arab). (Al-Kasyf al-Ilahi, 449)
Source :
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘(halaman 172, hadis no. 306) (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Your message has been sent
Riwayat al-Thabrani (al-Mu’jam al-Wasit) “Berpagi-pagilah dalam bersedekah, sesungguhnya bala bencana tidak boleh mendahului sedekah”. Bahaqi kata ini ucapan Anas. Perawi Isa Abdullah, byk meriwayatkan palsu (Ibn Hibban, al-Majruhin), lemah ingatan (Abu Hatim al-Razi), perawi lemah (al-Haitami & Ibn Adiy), haditnya byk kesalahan (Abu Nu’aim al-Asbahani)
Your message has been sent
Planet paling jauh adalah 12.9 billion tahun perjalanan cahaya (NASA March 2022)
Maha Kuasa Allah
Ukuran hanya boleh dibuat dengan kelajuan cahaya, terlalu jauh untuk menggunakan unit kilometer
kelajuan cahaya adalah 300,000km sesaat
1.08 billion km / jam
Daripada Ibn Ma‘sud R.A,
Maksudnya: “Antara langit dunia dengan langit berikutnya berjarak lima ratus tahun. Dan jarak antara setiap langit sejauh lima ratus tahun (perjalanan). Antara langit ketujuh dengan Kursiy berjarak lima ratus tahun. Manakala jarak antara Kursiy dengan air sejauh lima ratus tahun. Arasy berada di atas air, sedangkan Allah berada di atas Arasy. Tidak ada yang tersembunyi bagi-Nya amalan-amalan kamu semua.”
Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (105) dan Kitab al-Tauhid (594) dan al-Baihaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat (852). Riwayat ini disahihkan oleh al-Zahabi dalam kitab al-‘Uluw (hlm. 64) dan Ibn al-Qayyim dalam Ijtima’ al-Juyusy al-Islamiyyah (hlm. 100). Lihat juga Fath al-Bari (13/413), Irsyad al-Sari (10/394) dan ‘Umdah al-Qari (25/116).
Syeikh Ibn al-‘Uthaimin berkata: “Hadith ini mauquf, hanya sampai kepada Ibn Mas‘ud. Akan tetapi, ini termasuk perkara yang tidak mungkin disimpulkan oleh akal. Maka riwayat ini dihukumkan sebagai marfu’ (sampai dan bersumberkan daripada Rasulullah SAW), kerana Ibn Mas’ud tidak dikenali suka mengambil riwayat Israiliyyat.” (Lihat al-Qaul al-Mufid Syarah Kitab al-Tauhid, 3/379).
Berdasarkan riwayat di atas juga, dapat disimpulkan beberapa pelajaran, iaitu:
Kursiy lebih besar dibandingkan langit
Arasy lebih besar daripada Kursiy
Arasy bukan Kursiy dan Air. (Lihat Syarh Kitab al-Tauhid, hlm. 668).
Abu Zar R.A berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah Kursiy dibandingkan Arasy kecuali bagaikan cincin yang dilempar di atas padang yang luas di muka bumi.”
Riwayat al-Baihaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat (510), Abu al-Syeikh dalam al-‘Azamah (2/587) dan Ibn Jarir al-Tabari dalam Jami‘ al-Bayan (4/539).
sources :
https://science.nasa.gov/missions/hubble/record-broken-hubble-spots-farthest-star-ever-seen/
https://zulkiflialbakri.com/artikel/perbezaan-arasy-tuhan-dan-kursiy-nya/