MAIN PAGE

  • MY GELAK DE FUNNIEST

  • Pendinding Malapetaka / Kemalangan (dengan izin Allah)

  • Sedetik demi sedetik, dia sedang memakan nyawa kita. Itulah makhluk ciptaan Allah yang Allah bersumpah dengannya “Demi masa…”. Seluruh perjalanan hidup hanyalah bayang-bayang. Manusia hanya menikmati sesaat sahaja, saat-saat yang lepas adalah bayang-bayang kenangan, saat-saat yang akan datang adalah bayang-bayang angan-angan. Yang hebat ialah Allah kerana Allah tidak duduk di dalam alam masa, kerana masa adalah makhluk ciptaannya. Jadi tidak wujud soalan ‘bila Allah wujud?, apa sebelum Allah?’ kerana perkara itu berkaitan masa, sedangkan Allah di luar alam masa kerana masa adalah makhluk ciptaan Allah yang dahsyat.

  • Buku bertajuk ‘Everything a Man Knows about a Woman’ (‘Apa Yang Lelaki Tahu Tentang Wanita’) di tulis oleh Dr Alan Francis mengandungi 128 muka surat. Yang hebatnya, semua muka surat kosong, tiada satu perkataan.

  • Lepas ni nak beli burger, tanya dulu daging apa. Saintis di Jepun, untuk mengurangkan pencemaran telah berjaya menghasilkan daging tiruan dari protein najis manusia

  • 500 tahun sewa tak pernah naik sejak tahun 1520, kadar sewa 1 US Dollar setahun atau Euro 0.88 di sebuah kampung bernama Fuggerei di Jerman.

  • Dalam 1 perlumbaan kereta, Ayrton Senna telah terlanggar penghadang konkrit, dia mendakwa tembok tersebut telah berubah dari kedudukan asal. Ini menghairankan jurutera dan semua orang yang mendengar, tetapi bila disiasat, rupa-rupanya tembok tersebut telah terkeluar 4mm dari kedudukan asal kerana perlanggaran oleh kenderaan lain sebelum ini. Ketika mengambil selekoh pada kelajuan 100 – 130km sejam dia masih boleh mengesan perbezaan 4mm tersebut.

  • Kejuruteraan bekalan air 630 tahun dulu mengkagumkan jurutera moden hari ini. Hanya design paip dan tangki yang memenuhi syarat fizik, air naik sendiri setinggi 6 meter (20 kaki), selain itu 12 patung jam singa yang akan mengeluarkan air secara automatik bila masuk pukul 1, 2, 3 hingga 12 hanya menggunakan air sebagai bahan utama penggerak jam tersebut. Kecerdikan jurutera di bawah kerajaan Islam yang memerintah Sepanyol selama 781 tahun (711 – 1492)

  • Wanita yang nak kurus di awal 1900, memakan kapsul yang mengandungi cacing. Cacing akan menjadi parasit dalam usus dan memakan apa yang kita makan, jadi makanan anda akan dihabiskan oleh cacing tanpa ia menjadikan lemak. Cacing ini akan diumpan keluar melalui pembuangan najis.

  • CIA ni dalam kepala kucing pun dia tanam alat dan arial ditarik sampai ke ekor, sebab nak mengintip perbualan di kedutaan Rusia dengan belanja RM20 juta percubaan ke atas seekor kucing yang kemudian dilepaskan untuk bergerak ke kawasan kedutaan Rusia tetapi malangnya 😆

  • Semasa mereka bentuk, Jurutera tersalah letak titik perpuluhan, sebuah kapal selam Perancis S-80 boleh menyelam tetapi tidak boleh timbul kembali kerana terlebih berat 100 tan. Kos 2.2 billion euro diperlukan untuk menstabilkan kapal ini agar boleh terapung semula ialah dengan menambah panjangnya. Ini menyebabkan 7 tahun lewat dari jadual asal.

  • Beberapa kajian menunjukkan kurang berus gigi setiap hari terutama pada waktu malam boleh menyumbang kepada kerosakkan jantung. Mafhum hadith Baginda Rasulullah saw “Sekiranya tidak menyusahkan umatku, nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak pada setiap kali solat”. (Riwayat daripada Abu Hurairah RA anhu (al-Bukhari 887). “Rasulullah SAW apabila bangun di malam hari Baginda SAW mengosok mulutnya dengan siwak” (Riwayat daripada Huzaifah RA anhu (al-Bukhari 245)

  • Bau kereta baru sebenarnya adalah campuran lebih daripada 60 jenis bahan kimia antaranya bahan yang terhasil dari petrolium, plastik, getah, fabrik, cat dan bahan pelekat. Bagi yang tidak tahan boleh menyebabkan sakit kepala, pening, muntah atau sakit tekak.

  • Nombor Roman I (1), II (2), III (3), IV (4), V (5), VI (6), VII (7), VIII (8), IX (9) & X (10), XX (20), XXX (30). Sebenarnya tidak ada ‘0’ dalam nombor Roman

  • Hilang 10 tahun sejak 2005 ketika berumur 14 tahun, budak perempuan ini dilaporkan telah mati, lari dari rumah kerana bergaduh dengan ibu bapa. Akhirnya ditemui polis pada 2015 (umur 24 tahun) menggunakan identiti palsu, hidup selama 10 tahun dalam internet cafe, menyara hidup dengan kemahiran bermain game secara dalam talian

  • Svalbard, Norway. Di bandar ini sesiapa pun boleh menetap dan bekerja selama yang mahu, tak perlu visa, tak perlu permit, tetapi untuk masuk ke Norway visa diperlukan. Hanya 2,500 penduduk.

  • Biji Saga dahulunya digunakan sebagai alat menyukat berat emas kerana saiz dan beratnya hampir seragam +/-0.25g setiap biji

  • Rekabentuk struktur binaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur mempunyai kekuatan untuk menampung berat salji setinggi 2 kaki di atas bumbungnya

  • 16,213% kenaikan saham Nvidia dalam tempoh 10 tahun. Jika dibeli sebanyak 1000 dollar pada tahun 2016, nilainya pada tahun ini (2026) ialah 163,000 dollar

  • 105% yield dividend yang EWINT pernah bagi pada para pemegang sahamnya pada tahun 2023

  • Albedo ais merujuk kepada keupayaan permukaan ais yang putih memantulkan semula 80% sinaran matahari ke angkasa seperti cermin besar untuk mengurangkan kepanasa bumi

  • Malaysia menduduki tempat ketiga di Asia Tenggara dalam kategori kepelbagaian bahasa, iaitu sebanyak 140 bahasa pertuturan di seluruh negara.

  • ulama terdahulu—hidup mereka bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk membantu yang lemah dan memerlukan. Kisah 2, Shaykh Allamah Shukri Luhafi (Rahmatullahi Alaihi)

  •  Kita kalau lena, katil pun boleh jatuh, tetapi Allah ciptakan kuda ada makanisme dinamakan ‘stay apparatus’ di mana tendon dan ligamen boleh mengunci kaki seperti tiang tegak tidak rebah ketika dia tidur lena 

  • Nama ‘SAGA’ pada kereta pertama Proton diambil dari 1 pertandingan yang dimenangi oleh Staf Sarjan Ismail Jaafar. Dia menerima hadiah berupa sebuah kereta Proton Saga 1.3 dari 102,823 penyertaan¹

  • Sejak 2000 tahun dahulu, Air liur waktu bangun pagi dikenal pasti sebagai penyembuh, anti-radang, anti-bakteria, merawat ketumbit dan jerawat, tapi jangan la sampai tak gosok gigi sebelum tidur. Terus minum air kosong sebaik bangun dari tidur, jangan lupa mulakan dengan doa

  • Pada 1990 sekumpulan budak lelaki ketika bermain di Griswold Connecticut USA menemui tengkorak. Polis menjangka wujud jenayah bunuh. Bila dikaji oleh Universiti, pihak muzium dan ahli arkeologi didapati ia dari tahun 1820, pada tahun itu rangka tersebut dikatakan milik puntianak

  • Burger adalah nama ringkas kepada ‘Hamburger’. Hamburger bukan bermakna burger dari daging babi (ham) tetapi merujuk kepada Hamburg, Jerman tempat asal burger

  • Lamborghini, sebelum mengeluarkan kereta, produk mereka yang pertama adalah traktor

  • Ilmu yang benar akan melahirkan tawaduk, bukan kemegahan. Video ini saya terjemahkan dari tulisan asal berbahasa Inggeris. Kisah 1, Shaykh Allamah Shukri Luhafi (Rahmatullahi Alaihi)

  • Selamat Hari Pekerja, Kisah Mubarak ini mungkin sesuai

  • Pelbagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit lutut berairnya, akhirnya seorang ulama memberi dia jalan.

  • Benda terlalu berat akan tenggelam, terlalu ringan akan timbul, untuk capai kestabilan boleh tenggelam dan timbul, manusia perlu bina saiz sebesar kapal selam, tapi sistem ini, Allah tunjukkan kebesarannya hanya dalam teknologi seekor ikan bilis 

  • Robin Williams, dalam setiap filemnya, dia akan meminta syarikat penerbitan mengambil sekurang-kurangnya 10 gelandangan untuk diambil bekerja, sepanjang karier, dia telah berjaya membantu sekitar 1,520 gelandangan.

  • Keanu Reeves tidak ada kereta mawah atau rumah mewah, dia hanya menggunakan pengangkutan awam, pendapatan dari filem yang dihasilkan, banyak didermakan kepada kerja amal dan kesihatan

  • Jon Bon Jovi menubuhkan JBJ Soul Foundation untuk membantu gelandangan, orang miskin dan yang kelaparan. Menjadi kebiasaan dia mencuci sendiri pingan dan cawan yang telah digunakan oleh penerima bantuan.

  • Awal 1900 budak-budak dihantar secara pos. people sending children through the postal service in the early 20th century

  • Taru Menyan adalah pokok yang boleh menutralkan bau busuk jenazah, kerana ada kawasan di Bali, jenazah tidak ditanam tapi diletakkan saja di atas tanah di kawasan perkuburan khas dengan ditanam pokok Taru Menyan

  • Seorang lelaki bermimpi saudaranya yang telah meninggal dunia. Yang hidup bertanya si mati, apakah amalan paling afdal selepas mati, si mati menjawab membaca al-Quran. Yang hidup bertanya lagi, ayat yang mana, si mati menjawab Ayat Kursi. “Sesungguhnya kamu semua mengamalkan tetapi tidak mengetahuinya, sedangkan kami mengetahuinya tetapi tidak dapat mengerjakannya lagi” – Asy Syekh Muhammad Ibnu Sirin, Tafsir Mimpi Ibn Sirin

  • ‘Hadiah Ini Sangat Bermakna’ Maksud Hadith daripada Abu Hurairah RA : “Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana yang aku dapat ini? Allah berfirman: dengan istighfar anak kamu kepadamu”. [Riwayat Ahmad (10610)][Syeikh Syuaib al-Arnaouth menghukum sanad hadith ini sebagai hasan disebabkan Asim bin Abi al-Najud. Selain daripadanya adalah perawi yang thiqah dan sahih]

  • Siapakah lelaki yang sifatnya menyerupai singa jantan, iaitu lelaki yang ‘takut’ pada isteri kerana singa jantan ‘takut’ kepada singa betina. Sebenarnya singa betina agak agresif, boleh mencederakan, jadi singa jantan mengharmonikan keadaan.

  • seal pintu makam firaun

  • Dasar laut paling dalam ialah 10,984 meter (36,037 kaki), iaitu 2,135 m (7,000 kaki) lebih tinggi dari Gunung Everest 8,849m (29,031 kaki)

  • Orang perempuan selalu rasa rugi tidak boleh berpuasa kerana uzur tapi sebenarnya meninggalkan ibadat kerana uzur itu sudah mendapat pahala, iaitu pahala kerana mentaati perintah Allah agar tidak beribadat di waktu uzur. Perasaan rugi itu dapat pahala lagi iaitu pahala kesungguhan hendak beramal. Tidak beribadat tetapi pahala sama orang beribadat

  • Sel manusia hanya membentuk kira-kira 43% daripada jumlah keseluruhan sel dalam badan. Baki selebihnya terdiri daripada ‘penjajah/penumpang’ mikroskopik — termasuk bakteria, virus, kulat, dan archaea.

  • Sel tubuh manusia diganti setiap 7 tahun. Jadi tubuh kita 7 tahun lepas, bukan lagi tubuh yang sama hari ini. Kenyataan ini separuh tepat kerana bukan semua sel dalam badan mempunyai jangka hayat 7 tahun.

  • RM171,000 harga pada 2002, Guinness World Rekod, gigi termahal di dunia, dijadikan batu cincin, dijual di London pada 1816. Itulah gigi Sir Isaac Newton

  • Apa kebesaran yang Allah nak tunjukkan dalam seekor nyamuk denggi? Kuman denggi yang sama, berada dalam badan seekor nyamuk yang halus, nyamuk tak mati, tetapi jika kuman yang sama masuk dalam badan sebesar manusia, manusia boleh mati

  • Bila Allah buat mesin boleh mencuci seluruh cecair dalam badan, ianya bersaiz penumbuk dan boleh ‘hidup’ dalam badan, tetapi bila manusia perlu menggantikan fungsi sistem mekanikal sebesar ini, ia menjadikan mesin sebesar peti sejuk 

  • Hanyut di laut selama 1 tahun 2 bulan (438 hari), Salvador Alvarenga, 36 tahun, nelayan hanyut lebih 10,000 km dari Mexico. Dia menyimpan mayat kawannya sebagai teman berbual.

  • Ikan juga batuk

  • Treadmill asalnya dicipta sebagai alat hukuman kepada banduan di penjara

  • Saintis Jepun boleh rekod mimpi kita guna MRI, gambar boleh dilihat selepas kita terjaga dari tidur

  • Tiada rasa jika tanpa air liur

  • -40° F = -40° C

  • Sotong octopus ada 9 otak s, 8 dari otaknya berada di setiap kaki/tangan, 3 jantung, darah biru dan jika salah 1 tangan putus, ia boleh tumbuh semula, tiada tulang, induk betina akan jaga telur hingga mati kerana tidak makan

  • Tumbuhan berkomunikasi sesama mereka. Akar mereka ibarat antena yang menghantar isyarat antara satu sama lain. Akar mengeluarkan bahan kimia dalam tanah yang akan sampai kepada akar lain dan juga kepada hidupan lain di dalam zon akar.

  • Di China memandu di lorong kanan jalan, di Macau dan Hong Kong (pengaruh British seperti Malaysia), memandu di sebelah kiri jalan. Bil sampai di sempadan pemandu hendaklah menukar lorong masing-masing

  • Akar pokok Bunga Matahari boleh membersihkan tanah daripada bahan radioaktif. Ia ditanam di loji janakuasa nuklear yang terjejas kerana dilanda gempa dan Tsunami di Fukushima Jepun

  • Pada 2016, Olivia Farnsworth berumur 7 tahun dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta. Anehnya dia tidak merasa apa-apa sakit. Ini kerana sifat kromosomnya tidak sempurna yang dinamakan ‘chromosome 6 deletion’ yang menyebabkan dia tidak ada rasa sakit, lapar atau letih.

  • Sayap lebah, berkepak 200-230 kali sesaat ( 12,000-13,800 kali seminit). Kekuatan muscles sayap yang Allah jadikan sangat kecil itu setanding dengan sport car. Kelajuan lebah boleh mencapai 32km sejam (20 batu sejam)

  • Di asia juga ada segitiga seperti Bermuda yang menelan pelbagai kapal laut. Kapal Kublai Khan hilang bersama 40 ribu wira hebat dalam perjalanan mahu menawan Jepun di sini

  • Pada tahun 2000 Geologist Heinrich Frank menemui terowong setinggi 15 kaki. Sebenarnya terowong itu dibina pada 10,000 tahun dulu oleh haiwan dipanggil Sloth Gergasi seberat 1000 – 3000 kg

  • Vlad The Impaler (tahun 1442) dikatakan pontianak yang menjatuhkan hukum sula ke atas 80,000 orang dan meminum darah mereka

  • Manuskrip Voynich, buku 234 muka surat dari kulit lembu yang tidak ada seorang pun tahu apakah isi notanya kerana dia ditulis dalam kod bahasa yang tidak boleh difahami atau diterjemahkan. Ramai pengkaji termasuk dikalangan Profesor sejak tahun 1400 hingga hari ni menghabiskan bertahun-tahun masa mereka untuk mencari jawapan termasuk menggunakan komputer moden, apakah teori-teori yang berjaya dihasilkan 

  • Pada 1920, Serge Voronoff mengkaji hamba Mesir yang dikasi mendapati mereka menghadapi pelbagai penyakit perubatan, masalah pernafasan, kulit, kognitif dan cepat menjadi tua. Akhirnya dia menyimpulkan pemindahan testikal haiwan muda boleh menjadikan manusia lebih muda, ujian itu dilaksanakan ke atas abangnya dengan mengambil testikal monyet muda.

  • Alice dan Bob adalah 2 robot yang direka oleh Facebook dimatikan kuasa kemudiannya bila kedua-dua robot tersebut mula berbual sesama mereka dalam bahasa yang tidak difahami manusia

  • Kajian mengatakan enzim perut sangat tajam (pH 1.0 – 2.0) sehingga mampu menghancurkan pisau cukur dalam masa 2 jam. Jadi, jagalah makan kerana asid yang tajam itu boleh merosakkan dinding perut jika tiada makanan untuk dihadam, anda akan dapat gastrik dan boleh merebak menjadi ulser.

  • 10,000 tahun dahulu, Semenanjung Malaysia, Sumatera, Sabah, Sarawak dan Kalimantan bercantum daratan

  • Minyak wangi alkohol diharamkan dalam solat oleh majoriti ulama termasuk ulama al-Syafieyyah , tetapi ulama-ulama ini mengharus iaitu (1) al-Laith bin Saad, (2) al-Muzani, (3) al-Syaukani (dalam kitabnya Nail al-Autar), (4) Syeikh Atiyyah Saqr, (5) Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi (dalam Fatawa al-Mu’asirah), (6) Fatwa Brunai (2005)

  • Jet Blast Deflector adalah penghadang panas api jet yang boleh mencederakan atau mendatangkan kematian kepada kru, merosakkan peralatan atau jet lain, menyebabkan letupan jika bahang enjin jet terdedah kepada bahan mudah terbakar

  • Ketika pembinaan stesen keretapi Stuttgart 21, sebanyak 18 juta dollar telah dibayar kepada kontraktor untuk memindahkan cicak-cicak yang dilindungi iaitu kira-kira 6,000 dollar seekor bagi 3,000 ekor

  • Mesin layan diri di Jepun, dipasang dengan sensor mengesan gempa bumi. Jika berlaku bencana, mesin boleh mengeluarkan makanan tanpa perlu membayar sebagai bantuan kecemasan kepada mangsa

  • Bangunan yang dipanggil Walkie-talkie. Dinding diperbuat dari kaca, berbentuk melengkung dan menghadap matahari. Sifat-sifat ini menyebabkan pantulan cahaya yang dihasilkan diluar bangunan ini terlalu panas hingga telur yang dipecahkan boleh masak, bahan-bahan plastik pada kenderaan yang diletakkan di kawasa tersebut menjadi cair. Keadaan ini dipulihkan dengan memasang penghadang cahaya dengan kos 14 jua dollar

  • UK berjaya mencipta robot ikan yang boleh beroperasi tanpa bateri, ia beroperasi dengan hanya memakan mikroplastik

  • Catapults ialah lastik di atas kapal induk, tujuan untuk melonjakkan jet agar mencapai kelajuan 0-165 knot (305km/jam) dalam masa kurang 2.5 saat. Ini kerana landasan atas kapal sangat pendek sekitar 300 kaki (91m) berbanding landasan darat 2,300 kaki (701 meter)

  • Negara China sedang menguji sistem pembayaran melalui kaedah pengesanan wajah. Jika anda naik bas, hanya scan wajah, akaun anda akan dipotong melalui sistem untuk membayar tambang

  • Otak tidak mempunyai reseptor sakit (pain receptor). Oleh itu, pembedahan otak boleh dilakukan ketika pesakit sedar, tetapi tisu pelindung otak, saluran darah, tisu dan kulit kepala akan mendatangkan rasa sakit. Kenapa Allah ciptakan otak tanpa reseptor sakit?

  • Lagu raya popular ini sebenarnya dinyanyikan oleh 2 beradik berbangsa India

  • Jika anda lalu di lebuh raya, kita boleh nampak kepingan penghadang bunyi dipasang di tepi jalan, tetapi di Jerman, pokok khas yang dihasilkan melalui modifikasi genetik ditanam sebagai penghadang bunyi dan kesannya lebih baik dari menggunakan bahan konkrit, panel logam atau polikarbonat

  • Setahun 2 kali di Hawaii, dimana tiada bayang-bayang terhasil pada waktu panas akibat kedudukan matahari, di panggil ‘Lahaina Noon’

  • Sotong octopus mempunyai 3 hati dan 9 otak

  • Deria rasa ketam juga terletak pada kaki dan sepitnya

  •  Pada 1983, Perak raya awal sehari ketika negeri lain sedang berpuasa. Kenapa jadi begitu? Sebenarnya sehingga sekarang, urusan agama dibawah kerajaan negeri masing-masing, diketuai sultan masing-masing atas nasihat mufti setiap negeri, Sebab itu berat emas yang wajib dibayar zakat, berbeza setiap negeri, begitu juga fatwa, nilai zakat fitrah dan lain-lain perkara agama

  • Terengganu & Kelantan cuti 3 hari pada Aidiladha. 2 hari untuk hari raya kurban dan sehari cuti pada hari Arafah, 9 Zulhijjah (hari berpuasa pengampunan 2 tahun)

  • Sebuah agensi ditubuhkan di zaman PM Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak untuk mencapai matlamat negera memilik loji nuclear pada tahun 2030

  • Kenapa Rasulullah berbuka dengan ruthob (kurma segar basah) tidak roti gandum.  Sebenarnya ketika perut kosong, serapan langsung ke dinding perut sangat memberi kesan kepada kesihatan, contoh jika makanan pedas, masam, air gas atau ubat yang sensitif ketika perut kosong, dinding perut boleh terhakis contoh risiko gastrik. Jadi kesan juga kurang baik jika dimulai dengan makan benda yang berminyak, berpengawet, mempunyai pewarna, perisa tiruan atau ada karbon pembakaran (seperti sate), jadi sebaiknya makan buah zat yang segar semulajadi bukan makanan yang diproses / Benefit of dates

  • Orang tua-tua dulu, pulut jadi kuning sebab diletakkan kunyit, bihun jadi kuning sebab letak kunyit, sebenarnya itu cara membunuh bakteria dalam makanan kerana kunyit bersifat antiseptik, antiradang dan membantu pencernaan, hebatkan ilmu mereka / read more, benefit of turmeric

  • ‘QWERTY’ Susunan huruf pada mesin taip sengaja disusun tidak mengikut urutan ABCD-XYZ untuk melambatkan jari menaip. Jika terlalu cepat menaip mesin taip zaman dahulu akan tersangkut. Susunan itu dikekalkan pada komputer bertujuan untuk memudahkan orang yang mahir menggunakan mesin taip beralih kepada komputer

  • Badan dewasa mengandungi sekitar 60% air, kanak-kanak hingga 75%. Lelaki biasanya lebih 5% dari wanita. Otak dan hati 73% air, paru-paru 83% dan tulang 31%

  • Hebat ilmu datuk nenek moyang kita, sarung dan hulu keris pun mereka ada teknologi sains kayu apa nak dipakai.  Sarung keris dari kayu Angsana bersifat menyerap lembapan dan wangi, menjadikan mata keris tidak rosak akibat lembapan, kekal kering dalam simpan, cepat kering dari kesan darah dan tidak berbau hanyir kerana sifat kayu yang wangi. Kayu kemuning pula digunakan kerana berpotensi merawat luka.

  • Taming sari dikatakan kebal sesiapa yang memilikinya.  Hulu bertatahkan batu permata.  Mungkinkah menggenggam batu permata tersebut, tersentuh di tubuh  (hukum alam dengan kehendak Allah) menjadi seseorang itu kebal dari senjata.  Saya pernah lihat seorang pemilik batu geliga menjadi kebal bila dia menyentuh batu tersebut. Tiadalah kekuatan melainkan dengan kekuatan dari Allah

  • Sesetengah kajian mengatakan tidur mengiring sebelah kiri lebih terdedah kepada mimpi buruk, disebabkan tekanan yang diberikan kepada jantung. Ia sesuai dengan amalan Rasulullah yang menganjurkan umatnya tidur mengiring ke kanan.

  • Taming Sari ialah nama pemilik keris, seorang pahlawan jawa Majapahit yang dikalahkan melalui helah oleh Hang Tuah dalam pertandingan dihadapan Sultan Melaka ketika dalam majlis rombongan mengahwini Raden Mas Ayu anak Bentara Majapahit.  Ada 2 versi ke mana pergi keris tersebut.

  • Lobak asalnya berwarna purple pada 5,000 tahun dahulu di Iran, warna oren mula popular selepas abad ke 16

  • Semua bayi ketika dilahirkan bermata biru. Ini adalah fakta yang kurang tepat.

  • Ilmu ada dimana-mana. Perkataan pertama Iqra’ (textual : baca, contextual analysis: belajar) ketika duduk di meja makan, menunggu isteri ambil makanan di kedai mamak, sempat buka risalah ubat panadol kanak-kanak, terbaca tulisan ‘penggunaan berlebihan boleh merosakkan hati’. Paracetamol dalam apa-apa brand kurang menjejaskan buah pinggang tetapi jika berlebihan membebankan hati untuk memproses dan tidak sesuai bagi orang yang ada masalah hati

  • Setiap anjing mempunyai cap hidung yang berbeza antara satu saman lain, sama seperti berbezanya cap jari setiap manusia di seluruh dunia, jadi ia boleh dijadikan pengenalan bagi identiti anjing / Dog nose prints are as different as human fingerprints.

  • Selepas diserang Portugis (1511) Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka ke 8) berpindah ke Kampar Riau Sumatera. Anaknya Raja Ahmad Riayat Shah I terbunuh (1513) selepas Melaka diserang. Tun Saban meminta anak Baginda Muzaffar Riayat Shah I menjadi Sultan Perak Pertama (1528). Anak lain Alaudin Riayat Shah II (Ibunya Tun Fatimah) dihantar sebagai Sultan johor

  • Jerung tidak ada tulang, rangka dari cartilage yang ringan untuk membantu mudah terapung sebab saiznya besar. Ia tulang putih yang orang kita panggil ‘plastik’ pada tulang ayam

  • Anakonda ular air berat lebih 200kg/weight of Anaconda is over than 200kg

  • Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, dikatakan telah membaca sebanyak 70 ribu buah buku sepanjang hayat. Saya membaca sekitar 2,000 buku setahun, tapi hanya kulit atau beberapa halaman setiap naskah 😁😆😂

Just another People@UTM site

UTM Open Day