Selepas makan ruthob, Baginda Rasulullah SAW akan solat, ini untuk memberi ruang masa kesempatan zat makanan ini diserap oleh dinding perut sebelum bercampur dengan makanan-makanan lain.
Baginda makan sahur dengan kurma (buah kering) Berbuka dengan ruthob (kurma segar)
Why did the Prophet break his fast with ruthob (fresh wet dates) and not wheat bread? Actually, when the stomach is empty, direct absorption into the stomach wall greatly affects health, for example, spicy, sour food, carbonated water or sensitive medicine is eaten on an empty stomach, the stomach wall can be eroded, for example, the risk of gastritis. So is the bad effect to start eating with something oily, contain preservatives, food coloring, artificial flavors or with burning carbon (such as satay), so it is better to eat fruit that is fresh and natural, unprocessed food.
Mafhum hadith riwayat Anas bin Malik: “Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji ruthob. Sekiranya tiada ruthob, maka baginda berbuka dengan beberapa biji tamar dan sekiranya tiada tamar, maka baginda meneguk beberapa teguk air.”
Riwayat Tirmizi (696), Abu Dawud (2356) dan Ahmad (12676)
Malay people, rice turned yellow because it was put in turmeric, and vermicelli turned yellow because it was put in the turmeric. In fact, that was a way to kill bacteria in food because turmeric is antiseptic, anti-inflammatory and aids digestion. Their knowledge is amazing.
Source :
National library of medicine, Chapter 13, turmeric, the golden spice
‘QWERTY’ keyboard, is the arrangement of letters on typewriters is deliberately arranged not in the ABCD-XYZ order to slow down typing. If you type too fast, the typewriter will get stuck. The arrangement (QWERTY keybord) is maintained on computers to make it easier for people who are good at using typewriters to switch to computers
Some studies say, sleeping on your left side are far more likely to have to nightmares, due to the pressure placed on the heart. People who sleep on their right have a better quality of sleep. It is in accordance with the practice of the Messenger of Allah Prophet Muhammad who encouraged people to sleep on their right side.
Selepas diserang Portugis (1511), Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka ke 8), membawa bersama Keris Taming Sari ke Kampar Riau Sumatera. Kemudian dikirim kepada anak Baginda Muzaffar Riayat Shah I sebagai alat kebesaran Sultan Perak
Versi lain, dibuang oleh Hang Tuah ke sungai, selepas malu untuk berjumpa dengan Sultan setelah gagal melamar Puteri Gunung Ledang.
Paracetamol atau acetaminophen juga dikenali PCM adalah bahan aktif yang boleh merosakkan hati jika diambil berlebihan
Consume more than the recommended dose of Paracetamol/acetaminophen/PCM can lead to acetaminophen toxicity, which can cause liver damage. It safe to use base on recomanded dose.
Unlike most fish, shark don’t have bones. Their skeletons are made of cartilage. It is lighter and more flexible than bone, which help sharks with bouyancy and maneuverability in the water. Most fish use swim bladder for bouyancy
Dulu orang melayu, akan jual tanah, lembu dan harta bagi menampung kos menunaikan haji. Beliau berpendapat, tindakan sebegini tidak membantu pembangunan ekonomi umat Islam yang kehilangan aset, harta, ternakan dan tanah untuk menampung amal ibadat.
Beliau kemudian mencadangkan penubuhan Tabung Haji, bagi membolehkan umat Islam menabung bagi tujuan menunaikan haji tanpa perlu menjual tanah.
Beliau memperkenalkan kursus Tamadun Islam
Menulis lebih 50 buah buku
Mengusulkan DBP dipindahkan dari Johor ke Kuala Lumpur
Keluarkan dan tulis point penting dalam bentuk nota bernombor. (Nanti olah semula menjadi karangan dalam peperiksaan) Nota pendek lebih mudah diingati
Setiap benda penting akan lengkap jika ada :-
1. Apa (berkaitan apa)
2. Bila (tarikh dan masa)
3. Siapa (orang terlibat)
4. Dimana (lokasi)
5. Bagaimana (kejadian berlaku)
6. Kenapa
Kita lukis infographic walaupun simple dan tak cantik. Lukisan sendiri lebih mudah diingati berbanding tulisan. Lukisan dan tulisan sendiri akan mengaktifkan mata dan tangan
Kita tulis dengan tangan, sebab bentuk tulisan sendiri lebih mudah diingati berbanding tulisan standards font computer
Ceritakan / ajarkan kepada seseorang perkara tersebut
Lukis sendiri infografic untuk mudah ingat
Contoh infographic yang anda boleh lukis sendiri
Sediakan nota secara ‘peta minda jenis pokok’ / ‘jenis tulang ikan’ / carta / ‘jenis kitaran’ / ‘jenis cabang’. Lihat contoh, klik link di bawah
Sebaiknya nota dihiasi dengan warna pada tulisan / garisan / highlight
Kaitkan jika kebetulan nama orang itu sama / benda / aktiviti / perkara harian di rumah. Contoh : setiap kali saya lihat garam, saya akan ingat Imam Ibnu Al Jauzi melalui kitabnya al-Maudhu’at mengatakan “hadith makan secubit garam sebelum makan tidak sahih”
Setiap kali nampak minyak wangi saya akan ingat, minyak wangi alkohol diharamkan dalam solat oleh majoriti ulama, tetapi ulama-ulama ini mengharus iaitu 1) al-Laith bin Saad, 2) al-Muzani 3) al-Syaukani (dalam kitabnya Nail al-Autar) 4) Syeikh Atiyyah Saqr 5) Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi (dalam Fatawa al-Mu’asirah) 6) Fatwa Brunai (2005)
Lekatkan sticker nota-nota kecil pada tempat-tempat yang mudah dilihat
Jangan tutup otak, Jangan menutup minat dan semangat dengan kata-kata negatif seperti “susah subjek ni”, “malas la hari ni”, “tak suka la nak masuk kelas hari ni”. Selalu ingat “senang je ni”, “InshaAllah, Allah akan permudahkan”
Sentiasa bersangka baik bahawa Allah akan bantu. hadis sahih. Ia diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ” قَالَ اللَّهُ Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Allah berfirman:
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي Aku berada pada persangkaan hamba Ku kepada Ku. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 7505
…………………..
Tidur awal dan bangun semula. Waktu doa terbaik dan sangat makbul/mustajab adalah 1/3 malam akhir¹, itu juga waktu paling berkesan dalam belajar (bermula sekitar 2.30/3.00 hingga subuh).
Mohon ibu bapa dan orang lain doakan untuk kita
………………..
Lafaz doa saya :-
“Ya Allah, takdirkanlah apa yang aku baca/study/hafal, itu yang keluar dalam peperiksaan
Takdirkanlah apa yang keluar itu yang dapat aku jawab dengan mudah dan tepat
Takdirkanlah jawapan aku memenuhi kehendak pemeriksa
Sementara menunggu kebenaran kertas dibuka, tulis dulu point-point yang kita hafal atas kertas soalan, mana tahu soalan itu keluar, kita sudah ada nota,
Masa mula buka kertas soalan, saya akan baca semua soalan. Bagi soalan yang saya akan jawab, saya akan tulis dulu point-point yang saya ingat ditepi kertas soalan, bimbang bila dah mula menjawab soalan-soalan lain, point-point yang dihafal tadi hilang untuk menjawab soalan tersebut
Setiap kali sebelum memulakan sesuatu baca “Robbish rohli sodri……” [tidak perlu baca “Qola” (Qola ertinya berkata)], Hayati maknanya supaya lebih mustajab/makbul
……………………..
Baca ayat al-Baqarah 286 (boleh juga baca dalam solat selepas Al Fatihah pada rokaat pertama atau lepas solat) kerana maknanya sangat baik memohon Allah memudahkan urusan
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Baca surah al-Insyirah, lepas solat, sebelum mula atau lepas al-Fatihah pada rokaat kedua kerana maknanya sangat bererti untuk memohon Allah mempermudahkan urusan
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
……………….
Semoga Allah permudahkan semua yang membaca halaman ini.
(Ini hanyalah sekadar perkongsian cara saya dan bukanlah semestinya yang terbaik. Mungkin kaedah anda sendiri lebih berkesan. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan kaedah belajar yang labih baik dari yang lebih arif, Wallahu a’lam)
Footnote ¹Dr Rozaimi Ramle, Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: " يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ , يَقُولُ : Tuhan kami turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga akhir malam. Allah berkata: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ Sesiapa yang berdoa kepada Aku maka Aku akan makbulkan untuknya. مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ Sesiapa yang meminta kepada Aku maka Aku akan berikan kepadanya. مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ Sesiapa yang memohon keampunan kepada Aku maka Aku akan ampuni dia. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tahajjud, no: 1145; Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin, no: 758] عَنْ جَابِرٍ، قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ " إِنَّ فِي اللَّيْلِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ " . Daripada Jabir radiallahu 'anhu, aku mendengar nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya pada waktu malam terdapat satu masa yang tidaklah seorang Muslim meminta daripada Allah kebaikan untuk urusan dunia dan akhirat pada waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan kepadanya. Hal itu berlaku setiap malam. [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin, no: 757]. Banyakkanlah berdoa pada 1/3 akhir malam dan memohon keampunan daripada Allah. Wallahu a'lam.
Kami bermusafir bersama Rasulullah SAW ke Mekah (untuk melakukan pembukaan Mekah). Kami sampai di satu tempat lalu Rasulullah SAW bersabda: “Kamu semua sedang menghampiri musuh kamu sedangkan berbuka puasa itu lebih kuat untuk kamu”.
(Kata Abu Said al-Khudri): Maka itu satu kelonggaran (untuk terus berpuasa), maka dalam kalangan kami ada yang berpuasa dan ada yang berbuka.
Kemudian kami sampai ke satu tempat yang lain lantas Rasulullah SAW bersabda: “Kamu sedang berhadapan dengan musuh kamu, berbuka puasa itu lebih kuat untuk kamu maka berbukalah.”
(Kata Abu Said al-Khudri): Maka itu satu kewajipan maka kami pun berbuka. Riwayat Muslim (1895) dan Abu Daud (2058)
Imam al-Munawi menyebut: Dapat disimpulkan bahawa alasan disyariatkan berbuka bukan kerana musafir akan tetapi disebabkan musuh telah dekat dan mereka memerlukan kekuatan tubuh badan yang optimum untuk berjihad. Walaupun mereka menetap di sebuah negeri (tidak bermusafir), mereka tetap boleh berbuka untuk menjaga stamina tubuh yang kuat dalam menghadapi musuh. (Lihat Faidh al-Qadir, 2/555-556)
Dalam riwayat lain, Saidina ‘Umar bin al-Khattab turut menceritakan perkara yang sama. Beliau berkata:
Maksudnya: Kami berperang dalam dua buah peperangan (Badar dan Pembukaan Kota Mekah) bersama Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan, lalu kami berbuka puasa pada kedua perang tersebut.
Riwayat al-Tirmizi (714) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (8520)
Diriwayatkan bahawa sebahagian sahabat Nabi SAW berkata:
Maksudnya: “Aku pernah melihat Rasulullah SAW memerintahkan para sahabatnya yang bermusafir pada peristiwa Fath Makkah untuk berbuka. Baginda bersabda: “Kuatkan tubuh kamu untuk menghadapi musuh kamu.”
Riwayat Abu Daud (2365)
Kata al-Hafiz dalam al-Talkhis al-Habir (2/449), hadis ini disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Abd al-Bar. Hadis ini juga menunjukkan perintah berbuka bukan kerana musafir tetapi kerana untuk menambahkan kekuatan ketika berperang.
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;
90 million kg of uneaten food wasted during Ramadan 2024 across Malaysia
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ “O Children of Adam! Dress properly whenever you are at worship. Eat and drink, but do not waste. Surely He does not like the wasteful”
Surah al-A’raf (31)
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ Maksudnya:“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”
British menghantar bantuan tentera dan peralatan perang tetapi kapal itu ditenggelamkan oleh Jepun.
Leftenan Adnan yang tercedera berjaya ditawan tentera Jepun. Dia ditumbuk, disepak dan ditendang oleh Lt Jeneral Renya Mutaghuci sebelum perutnya ditikam, kemudian dimasukkan ke dalam guni, digantung di pokok ceri, kerana kebencian yang mendalam tentera Jepun disebab tentangan yang hebat dan sangat menyusahkan, dia ditikam oleh askar-askar jepun dengan bayonet dan pedang
Kisah ini disaksi oleh Koperal Yaakob yang berpura-pura mati ketika semua orang telah terkorban
Leftenan Jeneral Renya Mutaghuci dicederakan oleh Pak Saidi. Dia kemudian bertugas di India, dilucutkan jawatan kerana gagal dalam pertempuran Imphal
Dalam pertempuran Imphal dia enggan membenarkan anggotanya berundur, dia memecat panglima-panglimanya. 50,000 daripada 65,000 tenteranya mati akibat kebuluran dan penyakit dalam pertempuran itu, dan dia kemudiannya dilucutkan jawatan. Dia selepas itu pernah dibawa ke Singapura untuk tribunal dan dipenjarakan, dibebaskan pada Mac 1948. Meninggal di tokyo 2 ogos 1966
Jeneral Yamashita dibicarakan dihukum gantung di Laguna Prison Camp Filipina oleh Mahkamah Amerika
Tomoyuki Yamashita adalah pegawai kepada Leftenan Jeneral Renya Mutaghuci
Tanah Melayu dengan mudah jatuh ke tangan Jepun dalam tempoh 70 hari hingga Jeneral Yamashita digelar Harimau Malaya, tetapi pertempuran yang paling sukar untuk dimenangi adalah Bukit Candu lokasi askar Melayu diketuai oleh Lt Adnan Saidi.
Winston Churchill Perdana Menteri British menggelarkan kekalahan ini sebagai ‘bencana terburuk’
Sunat puasa hari Tasu’a (hari ke 9 Muharram, Tasu’a ertinya 9) atau selepasnya untuk membezakan dengan puasa Yahudi (Hadith Ahmad 2154)
riwayat daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ Maksudnya: Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. Riwayat Ibn Majah (1738) ———————————————————— Begitu juga sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Abbas R.anhuma yang berkata; قَدِمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ ” مَا هَذَا ”. قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى. قَالَ ” فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ ”. فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ Maksudnya: Rasulullah S.A.W datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu baginda berkata: “Apakah ini ?”. Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut. Lalu baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu. Riwayat al-Bukhari (2004) ———————————————————— riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda: صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا Maksudnya: Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya. Riwayat Ahmad (2154) ———————————————————— Demikian juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas R.anhuma, kata Nabi S.A.W: لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ Maksudnya: Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke 9 (Muharram). Riwayat Muslim (1134) ………………………………………..
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah saw bersabda Mafhum hadith “Tidak ada hari yg lebih disukai oleh Allah untuk orang-orang yang beriman mengerjakan amal-amal yang soleh di dalamnya selain daripada 10 hari yang pertama daripada bulan Zulhijjah”³
Sahabat bertanya “Ya Rasulullah dan tidak juga berjihad di jalan Allah?” Baginda Rasulullah saw menjawab “dan tidak juga berjihad pada jalan Allah kecuali seorang yang keluar berjuang dengan jiwa dan harta bendanya lalu gugur di medan perang dan tidak kembali-kembali lagi”⁴
[Riwayat al-Tirmizi (688), Abu Daud (2082)) dan Ibn Majah (1717)], Hadith mursal tetapi disahihkan {(Riwayat al-Bukhari (969), Abu Daud (2438), Ibn Majah (1727), al-Tirmizi (757)} Zulkifli Mohamad al-Bakri
Sumpah Allah mengenai 10 awal Zulhijjah dalam al-Quran :-
1. “Demi waktu fajar” – Pendapat ulama i. Pagi sahaja ii. Seluruh hari
2. “Dan malam yang sepuluh” – 10 awal hari Zulhijjah (menurut Ibn Abbas) – Mempunyai kelebihan di sisi Allah – Pendapat ulama termasuk siang
3. “Dan bilangan genap serta ganjil” – Bemula hari 1 hingga hari ke 10 berturut-turut termasuk hari ganjil dan genap
4. Kesimpullan – ayat 1 : sebut siang – ayat 2 : sebut malam – ayat 3 : sebut hari genap dan ganjil
10 hari awal Zulhijjah menurut hadith :- 1. Sebaik-baik hari di dunia Hadith mursal tetapi disahihkan (Ibn Hibban (3853, al-Bazzar (1128)
2. Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah [Riwayat al-Tirmizi (688), Abu Daud ( (2082)) dan Ibn Majah 1717)],
3. Tidak ada hari yang lebih utama di sisi Allah (Ibn Hibban (3853)
Hadith Dhaif (ada pendapat mengatakan ini hadith menghampiri hassan) 1. Puasa sehari menyamai 1 bulan 2. Amalan digandakan 700 kali
AMBIL PERHATIAN : 1. Banyakkan amal soleh (Puasa, sedekah, zikir, solat berjemaah dan solat sunat, berbuat baik kepada semua terutama ibu bapa, membaca al-Quran, berdoa dan lain-lain)
i) Mafhum hadith puasa “Setiap amalan anak adam digandakan 10 hingga 700 kecuali amalan puasa, kerana puasa adalah untuk ku dan aku sendiri yang akan mengurniakan ganjarannya” (al-Bukhari(1904), Muslim 1151
2. Puasa sunat hari Arafah, Mafhum hadith “Puasa hari tersebut (hari Arafah) menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang” (Muslim 1162)
¹Ibn Rajab al-Hanbali, Kitab Lata'if al-ma'arif Fi Ma Li Mawasim al-Am Min al-Wazaif
²Ibn Taimiyyah, Majmu' al-Fatawa, (jilid 25, m/s 287)
³ isi khutbah jumaat masjid Al-Ubudiah (sampai sini tak bersambung) Jln Tasek Tambahan 3, Ampang 68100 Selangor pada 2 August 2019
⁴bersambung di bawah isi khutbah Jumaat UTM 9 August 2018