Kenapa Rasulullah berbuka dengan ruthob (kurma segar basah) tidak roti gandum.  Sebenarnya ketika perut kosong, serapan langsung ke dinding perut sangat memberi kesan kepada kesihatan, contoh jika makanan pedas, masam, air gas atau ubat yang sensitif ketika perut kosong, dinding perut boleh terhakis contoh risiko gastrik. Jadi kesan juga kurang baik jika dimulai dengan makan benda yang berminyak, berpengawet, mempunyai pewarna, perisa tiruan atau ada karbon pembakaran (seperti sate), jadi sebaiknya makan buah zat yang segar semulajadi bukan makanan yang diproses / Benefit of dates

Selepas makan ruthob, Baginda Rasulullah SAW akan solat, ini untuk memberi ruang masa kesempatan zat makanan ini diserap oleh dinding perut sebelum bercampur dengan makanan-makanan lain.

Baginda makan sahur dengan kurma (buah kering)
Berbuka dengan ruthob (kurma segar)

Why did the Prophet break his fast with ruthob (fresh wet dates) and not wheat bread? Actually, when the stomach is empty, direct absorption into the stomach wall greatly affects health, for example, spicy, sour food, carbonated water or sensitive medicine is eaten on an empty stomach, the stomach wall can be eroded, for example, the risk of gastritis. So is the bad effect to start eating with something oily, contain preservatives, food coloring, artificial flavors or with burning carbon (such as satay), so it is better to eat fruit that is fresh and natural, unprocessed food.

Mafhum hadith riwayat Anas bin Malik:
Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji ruthob. Sekiranya tiada ruthob, maka baginda berbuka dengan beberapa biji tamar dan sekiranya tiada tamar, maka baginda meneguk beberapa teguk air.”

Riwayat Tirmizi (696), Abu Dawud (2356) dan Ahmad (12676)

Orang tua-tua dulu, pulut jadi kuning sebab diletakkan kunyit, bihun jadi kuning sebab letak kunyit, sebenarnya itu cara membunuh bakteria dalam makanan kerana kunyit bersifat antiseptik, antiradang dan membantu pencernaan, hebatkan ilmu mereka / read more, benefit of turmeric

Malay people, rice turned yellow because it was put in turmeric, and vermicelli turned yellow because it was put in the turmeric. In fact, that was a way to kill bacteria in food because turmeric is antiseptic, anti-inflammatory and aids digestion. Their knowledge is amazing.

Source :

National library of medicine, Chapter 13, turmeric, the golden spice

‘QWERTY’ Susunan huruf pada mesin taip sengaja disusun tidak mengikut urutan ABCD-XYZ untuk melambatkan jari menaip. Jika terlalu cepat menaip mesin taip zaman dahulu akan tersangkut. Susunan itu dikekalkan pada komputer bertujuan untuk memudahkan orang yang mahir menggunakan mesin taip beralih kepada komputer

‘QWERTY’ keyboard, is the arrangement of letters on typewriters is deliberately arranged not in the ABCD-XYZ order to slow down typing. If you type too fast, the typewriter will get stuck. The arrangement (QWERTY keybord) is maintained on computers to make it easier for people who are good at using typewriters to switch to computers

Hebat ilmu datuk nenek moyang kita, sarung dan hulu keris pun mereka ada teknologi sains kayu apa nak dipakai.  Sarung keris dari kayu Angsana bersifat menyerap lembapan dan wangi, menjadikan mata keris tidak rosak akibat lembapan, kekal kering dalam simpan, cepat kering dari kesan darah dan tidak berbau hanyir kerana sifat kayu yang wangi. Kayu kemuning pula digunakan kerana berpotensi merawat luka.

Taming sari dikatakan kebal sesiapa yang memilikinya.  Hulu bertatahkan batu permata.  Mungkinkah menggenggam batu permata tersebut, tersentuh di tubuh  (hukum alam dengan kehendak Allah) menjadi seseorang itu kebal dari senjata.  Saya pernah lihat seorang pemilik batu geliga menjadi kebal bila dia menyentuh batu tersebut. Tiadalah kekuatan melainkan dengan kekuatan dari Allah

Batu Geliga tersebut mengeluarkan aura/cahaya di mana cahaya tersebut hanya akan dapat dilihat jika diremdam di dalam air. Wallahu a’lam

Sesetengah kajian mengatakan tidur mengiring sebelah kiri lebih terdedah kepada mimpi buruk, disebabkan tekanan yang diberikan kepada jantung. Ia sesuai dengan amalan Rasulullah yang menganjurkan umatnya tidur mengiring ke kanan.

Some studies say, sleeping on your left side are far more likely to have to nightmares, due to the pressure placed on the heart. People who sleep on their right have a better quality of sleep. It is in accordance with the practice of the Messenger of Allah Prophet Muhammad who encouraged people to sleep on their right side.

Taming Sari ialah nama pemilik keris, seorang pahlawan jawa Majapahit yang dikalahkan melalui helah oleh Hang Tuah dalam pertandingan dihadapan Sultan Melaka ketika dalam majlis rombongan mengahwini Raden Mas Ayu anak Bentara Majapahit.  Ada 2 versi ke mana pergi keris tersebut.

Selepas diserang Portugis (1511), Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka ke 8), membawa bersama Keris Taming Sari ke Kampar Riau Sumatera. Kemudian dikirim kepada anak Baginda Muzaffar Riayat Shah I sebagai alat kebesaran Sultan Perak

Versi lain, dibuang oleh Hang Tuah ke sungai, selepas malu untuk berjumpa dengan Sultan setelah gagal melamar Puteri Gunung Ledang.

Ilmu ada dimana-mana. Perkataan pertama Iqra’ (textual : baca, contextual analysis: belajar) ketika duduk di meja makan, menunggu isteri ambil makanan di kedai mamak, sempat buka risalah ubat panadol kanak-kanak, terbaca tulisan ‘penggunaan berlebihan boleh merosakkan hati’. Paracetamol dalam apa-apa brand kurang menjejaskan buah pinggang tetapi jika berlebihan membebankan hati untuk memproses dan tidak sesuai bagi orang yang ada masalah hati

Paracetamol atau acetaminophen juga dikenali PCM adalah bahan aktif yang boleh merosakkan hati jika diambil berlebihan

Consume more than the recommended dose of Paracetamol/acetaminophen/PCM can lead to acetaminophen toxicity, which can cause liver damage. It safe to use base on recomanded dose.

Selepas diserang Portugis (1511) Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka ke 8) berpindah ke Kampar Riau Sumatera. Anaknya Raja Ahmad Riayat Shah I terbunuh (1513) selepas Melaka diserang. Tun Saban meminta anak Baginda Muzaffar Riayat Shah I menjadi Sultan Perak Pertama (1528). Anak lain Alaudin Riayat Shah II (Ibunya Tun Fatimah) dihantar sebagai Sultan johor

Bapa Baginda Sultan Alaudin Riayat Shah Sultan Melaka ke 7

Jerung tidak ada tulang, rangka dari cartilage yang ringan untuk membantu mudah terapung. Ia tulang putih yang orang kita panggil ‘plastik’ pada tulang ayam

Unlike most fish, shark don’t have bones. Their skeletons are made of cartilage. It is lighter and more flexible than bone, which help sharks with bouyancy and maneuverability in the water. Most fish use swim bladder for bouyancy

Sepanjang tahun lepas berapa buah buku yang telah anda baca? Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, dikatakan telah membaca sebanyak 70 ribu buah buku sepanjang hayat. Saya membaca sekitar 2,000 buku setahun, tapi hanya kulit atau beberapa halaman setiap naskah 😁😆😂

Dulu orang melayu, akan jual tanah, lembu dan harta bagi menampung kos menunaikan haji. Beliau berpendapat, tindakan sebegini tidak membantu pembangunan ekonomi umat Islam yang kehilangan aset, harta, ternakan dan tanah untuk menampung amal ibadat.

Beliau kemudian mencadangkan penubuhan Tabung Haji, bagi membolehkan umat Islam menabung bagi tujuan menunaikan haji tanpa perlu menjual tanah.

Beliau memperkenalkan kursus Tamadun Islam

Menulis lebih 50 buah buku

Mengusulkan DBP dipindahkan dari Johor ke Kuala Lumpur