Hebat ilmu datuk nenek moyang kita, sarung dan hulu keris pun mereka ada teknologi sains kayu apa nak dipakai. Sarung keris dari kayu Angsana bersifat menyerap lembapan dan wangi, menjadikan mata keris tidak rosak akibat lembapan, kekal kering dalam simpan, cepat kering dari kesan darah dan tidak berbau hanyir kerana sifat kayu yang wangi. Kayu kemuning pula digunakan kerana berpotensi merawat luka.