Sepanjang tahun lepas berapa buah buku yang telah anda baca? Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, dikatakan telah membaca sebanyak 70 ribu buah buku sepanjang hayat. Saya membaca sekitar 2,000 buku setahun, tapi hanya kulit atau beberapa halaman setiap naskah 😁😆😂

Dulu orang melayu, akan jual tanah, lembu dan harta bagi menampung kos menunaikan haji. Beliau berpendapat, tindakan sebegini tidak membantu pembangunan ekonomi umat Islam yang kehilangan aset, harta, ternakan dan tanah untuk menampung amal ibadat.

Beliau kemudian mencadangkan penubuhan Tabung Haji, bagi membolehkan umat Islam menabung bagi tujuan menunaikan haji tanpa perlu menjual tanah.

Beliau memperkenalkan kursus Tamadun Islam

Menulis lebih 50 buah buku

Mengusulkan DBP dipindahkan dari Johor ke Kuala Lumpur