Taming Sari ialah nama pemilik keris, seorang pahlawan jawa Majapahit yang dikalahkan melalui helah oleh Hang Tuah dalam pertandingan dihadapan Sultan Melaka ketika dalam majlis rombongan mengahwini Raden Mas Ayu anak Bentara Majapahit.  Ada 2 versi ke mana pergi keris tersebut.

Selepas diserang Portugis (1511), Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka ke 8), membawa bersama Keris Taming Sari ke Kampar Riau Sumatera. Kemudian dikirim kepada anak Baginda Muzaffar Riayat Shah I sebagai alat kebesaran Sultan Perak

Versi lain, dibuang oleh Hang Tuah ke sungai, selepas malu untuk berjumpa dengan Sultan setelah gagal melamar Puteri Gunung Ledang.