Manuskrip Voynich, buku 234 muka surat dari kulit lembu yang tidak ada seorang pun tahu apakah isi notanya kerana dia ditulis dalam kod bahasa yang tidak boleh difahami atau diterjemahkan. Ramai pengkaji termasuk dikalangan Profesor sejak tahun 1400 hingga hari ni menghabiskan bertahun-tahun masa mereka untuk mencari jawapan termasuk menggunakan komputer moden, apakah teori-teori yang berjaya dihasilkan 

Pelbagai kesimpulan dihasilkan oleh para pengkaji antaranya :-

  • Menurut Wilfrid Voynich yang memperolehi buku ini, katanya kod rahsia dihasilkan oleh Roger Bacon pada kurun ke 13 (tahun 1200) . Roger Bacon menulis tentang ilmu kimia dalam bentuk kod rahsia kerana pada zaman itu gereja sangat menentang ilmu selain ilmu agama sahaja yang dibenarkan dan akan diambil tindakan oleh para paderi
  • Ilmu sihir yang perlu dirahsiakan, maka ditulis dalam bentuk kod
  • Dihasilkan dalam bahasa asing oleh makhluk angkasa 
  • Ditulis dalam bahasa Glossolalia lingua ignota iaitu bahasa yang tidak dikenali
  • Ditulis oleh Leonardo Da Vinci kerana berdasarkan ujian karbon ke atas kertas dan dakwat sebenarnya umur sekitar kurun ke 15 (tahun 1400) selari zaman Leonardo da Vinci mengenai ilmu tertentu

  • Ditulis oleh Wilfrid Voynich sendiri untuk dijual dalam harga tinggi, kerana :-

  1. Wilfred Voynich mendakwa buku tersebut umur pada kurun ke 13 (tahun 1200) iaitu kod ilmu yang sangat penting dihasilkan oleh Roger Bacon pada kurun ke 13 (tahun 1200) tetapi sebenarnya ujian karbon pada kertas dan dakwat mendapati ia berumur pada kurun ke 15 (1400), 140 tahun selepas kematian Roger Bacon
  2. Dia mendakwa memperolehi dari istana, tetapi dakwaan itu berubah-ubah dan bertukar-tukar istana

Sekarang disimpan di Yale Universiti

Dikatakan pernah dibeli oleh Maharaja Rudolf dengan nilai 600 keping siling emas (hanya dakwaan Wilfrid Voynich)

Pernah dikaji oleh :-
Greg Kondrak, Universiti Alberta (2016),
Pengkaji tamadun Arab, Prof Dr Rainer Hainig (2017).


Source : History Channel

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning.