Category Archives: Agama

Sesetengah kajian mengatakan tidur mengiring sebelah kiri lebih terdedah kepada mimpi buruk, disebabkan tekanan yang diberikan kepada jantung. Ia sesuai dengan amalan Rasulullah yang menganjurkan umatnya tidur mengiring ke kanan.

Some studies say, sleeping on your left side are far more likely to have to nightmares, due to the pressure placed on the heart. People who sleep on their right have a better quality of sleep. It is in accordance with the practice of the Messenger of Allah Prophet Muhammad who encouraged people to sleep on their right side.

Sepanjang tahun lepas berapa buah buku yang telah anda baca? Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, dikatakan telah membaca sebanyak 70 ribu buah buku sepanjang hayat. Saya membaca sekitar 2,000 buku setahun, tapi hanya kulit atau beberapa halaman setiap naskah 😁😆😂

Dulu orang melayu, akan jual tanah, lembu dan harta bagi menampung kos menunaikan haji. Beliau berpendapat, tindakan sebegini tidak membantu pembangunan ekonomi umat Islam yang kehilangan aset, harta, ternakan dan tanah untuk menampung amal ibadat.

Beliau kemudian mencadangkan penubuhan Tabung Haji, bagi membolehkan umat Islam menabung bagi tujuan menunaikan haji tanpa perlu menjual tanah.

Beliau memperkenalkan kursus Tamadun Islam

Menulis lebih 50 buah buku

Mengusulkan DBP dipindahkan dari Johor ke Kuala Lumpur

“Lemah, Nabi puasa-puasa pun berperang”. Sebenarnya war tactical itu menyanggahi fiqh al-aulawiyyat, keutamaan menyelamatkan pemerintahan dan umat Islam lebih besar dari berpuasa bagi tujuan ibadah peribadi. Adakah berbaloi berpuasa jika berisiko kalah perang hingga jatuh kerajaan Islam dan umat Islam dijajah? Rasulullah saw pemimpin yang hebat. Rasulullah dan banyak sahabat tidak berpuasa ketika perang. Itulah fekah keutamaan atas keutamaan.

  Kami bermusafir bersama Rasulullah SAW ke Mekah (untuk melakukan pembukaan Mekah). Kami sampai di satu tempat lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Kamu semua sedang menghampiri musuh kamu sedangkan berbuka puasa itu lebih kuat untuk kamu”.

(Kata Abu Said al-Khudri): Maka itu satu kelonggaran (untuk terus berpuasa), maka dalam kalangan kami ada yang berpuasa dan ada yang berbuka. 

Kemudian kami sampai ke satu tempat yang lain lantas Rasulullah SAW bersabda: “Kamu sedang berhadapan dengan musuh kamu, berbuka puasa itu lebih kuat untuk kamu maka berbukalah.”

(Kata Abu Said al-Khudri): Maka itu satu kewajipan maka kami pun berbuka.
Riwayat Muslim (1895) dan Abu Daud (2058)


Imam al-Munawi menyebut: Dapat disimpulkan bahawa alasan disyariatkan berbuka bukan kerana musafir akan tetapi disebabkan musuh telah dekat dan mereka memerlukan kekuatan tubuh badan yang optimum untuk berjihad. Walaupun mereka menetap di sebuah negeri (tidak bermusafir), mereka tetap boleh berbuka untuk menjaga stamina tubuh yang kuat dalam menghadapi musuh. (Lihat Faidh al-Qadir, 2/555-556)


Dalam riwayat lain, Saidina ‘Umar bin al-Khattab turut menceritakan perkara yang sama. Beliau berkata:


غَزَوْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ غَزْوَتَيْنِ يَوْمَ بَدْرٍ وَالْفَتْحِ فَأَفْطَرْنَا فِيهِمَا


Maksudnya: Kami berperang dalam dua buah peperangan (Badar dan Pembukaan Kota Mekah) bersama Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan, lalu kami berbuka puasa pada kedua perang tersebut.


Riwayat al-Tirmizi (714) dan al-Baihaqi
dalam al-Sunan al-Kubra (8520)


Diriwayatkan bahawa sebahagian sahabat Nabi SAW berkata:


رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ النَّاسَ فِي سَفَرِهِ عَامَ الْفَتْحِ بِالْفِطْرِ ، وَقَالَ : تَقَوَّوْا لِعَدُوِّكُم


Maksudnya: “Aku pernah melihat Rasulullah SAW memerintahkan para sahabatnya yang bermusafir pada peristiwa Fath Makkah untuk berbuka. Baginda bersabda: “Kuatkan tubuh kamu untuk menghadapi musuh kamu.”


Riwayat Abu Daud (2365)


Kata al-Hafiz dalam al-Talkhis al-Habir (2/449), hadis ini disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Abd al-Bar. Hadis ini juga menunjukkan perintah berbuka bukan kerana musafir tetapi kerana untuk menambahkan kekuatan ketika berperang.

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;

al-Anfaal (8:60)

Hadith “Perut adalah rumah penyakit”. Al-Imam Al-Iraqi menyebut bahawa tiada asal terhadap terhadap dalil ini, manakala Imam Ibn Subki menyebut tiada sanad yang sahih terhadap dalil ini.



Al-Imam Al-Iraqi menyebut bahawa tiada asal terhadap terhadap dalil ini.

Imam Ibn Subki menyebut tiada sanad yang sahih terhadap dalil ini.

Ini Adalah kata-kata al-Harith bin Abi Kaladah (seorang ahli perubatan Arab). (Al-Kasyf al-Ilahi, 449)

Source :
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘(halaman 172, hadis no. 306) (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Akad lafaz jual beli dalam pendapat iman shafie adalah wajib. Kita lihat macam simply, tapi kuasa akad, membolehkan seorang wanita ajnabi yang asalnya haram dilihat, menjadi halal untuk di setubuhi, disebabkan akad. Kita menggunakan pendapat Imam Malik dan Imam Abu Hanifah untuk pembelian on-line di mana tawaran dibuat oleh penjual, klik penerimaan dikira sebagai akad oleh pembeli 

 Umat Kristian UK mengutuk menghina mencaci dan mengeji, “pembelot agama” kata mereka pada King Charles, mereka sangsi kerana tindak tanduk Raja England itu sebagai ketua agama dan ketua seluruh geraja di England itu seperti telah memeluk Islam, ini sebabnya;-

1. Baginda Raja tidak langsung menyambut, menyokong, menyebut atau memberi ulasan tentang hari suci dan puasa Kristian iaitu Ash Wednesday yang jatuh pada 5 Mac 2025


2. Tetapi dalam masa yang sama, baginda raja sibuk, dia sendiri packing kurma untuk orang berpuasa yang akan dibekalkan ke hospital pada Mac 2025. Mungkinkah Baginda tahu hadith memberi makan orang berpuasa mendapat ganjaran pahala sama dengan orang yang berpuasa.


3. Baginda menjemput rakyat berbuka puasa di istana Windsor Castle, England pada Mac 2025 mengumandangkan azan dan solat.


4. Baginda kadangkala memulakan ucapan dengan Assalamualaikum, 


5 ketika menjemput iftar baginda mengucapkan Ramadhan Al mubarak


6. kadangkala mengakhiri ucapan dengan InshaAllah 


7. Baginda kadangkala memetik ayat quran ketika memberi ucapan


5. Baginda menjadi penaung Oxford centre for Islamic studies 


6. Baginda berkawan dan belajar tasawuf dari Martin Lings seorang Islamic scholar juga penulis buku Sirah Rasulullah


7. Baginda dicemuh kerana belajar bahasa Arab dan membaca Al-Quran sedangkan tidak cenderung dengan kitab-kitab Kristian


Semoga Allah memberi hidayah, memanjangkan umur King Charles III, menyembuhkan Baginda Raja dari semua jenis penyakit, memanjang takhta Baginda Raja dan memberi keselamatan kepada Baginda Sekeluarga

Tokong Cina ada yang berkopiah bersongkok atau bertengkolok serta keris

Mereka adalah dewa melayu dipuja semasa tiba di Tanah Melayu untuk meminta keselamatan dan kesejahteraan, mereka dikalangan dewa raja, ahli silat, guru-guru agama atau orang Islam yang alim yang dimuliakan masyarakat,

Sehari Di Venus = 243 Hari Di Bumi, Setahun Di Neptune = 165 Tahun Di Bumi, Allah Berfirman Sehari Di Dunia, Seribu Tahun Di Akhirat

A day on Venus = 243 earth days

A year on Neptune = 165 earth years

Sehari di Jupiter = 10 jam di bumi
A day on Jupiter = 10 earth hours

Setahun Di Mercury = 88 hari di dunia
A year on Mercury = 88 earth day

Dan mereka meminta kepadamu (Muhammad) agar azab itu disegerakan, padahal Allah tidak menyalahi janji-Nya. Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.

Surah al-Hajj ayat 47 (22:47)

Dia mengatur segala urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.

Surah As-Sajdah ayat 5 (32:5)

Filem Nabi Muhammad yang dihasilkan di Hollywood, Director and Producer Hollywood, dibintangi oleh artis-artis Hollywood, sayangnya Pengarah & Penerbit Hollywood tersebut mati dibom sebelum sempat menghasilkan kisah Salahuddin al-Ayyubi menawan Kota Baitulmuqaddis

Director and Producer dari Hollywood yang mengangkat imej Islam melalui filem Hollywood, dan kita hampir menyaksikan Sean Connery (pernah membawa watak James Bond) yang akan memegang watak sebagai Salahuddin Al-Ayyubi dalam filem bernilai 80 juta US yang sedang dirancang

Filem kisah perjuangan Nabi Muhammad SAW

Beliau juga menghasilkan filem kisah perjuangan pejuang kemerdekaan Libya iaitu al-Syahid Umar Mukhtar

Ya Allah ampunilah segala kekhilafan Allahyarham
 Moustapha Akkad
sources: