Category Archives: ayat al-Quran / Verses Of Quran

Ibn Rajab al-Hanbali¹ berpendapat 10 awal Zulhijjah lebih afdal dari 10 akhir Ramadhan, kerana ramadhan hanya ada 1 malam qadar, tetapi 10 awal Zulhijjah ada 10 hari siang dan malam yang paling Allah cintai amal kita. Ibn Qayyim rahimahullah & Ibn Taimiyyah² berpendapat siang 10 awal Zulhijjah lebih baik dari 10 akhir siang Ramadhan tetapi 10 malam akhir Ramadhan lebih baik dari 10 awal malam Zulhijjah

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah saw bersabda Mafhum hadith
“Tidak ada hari yg lebih disukai oleh Allah
untuk orang-orang yang beriman mengerjakan amal-amal yang soleh
di dalamnya selain daripada 10 hari yang pertama daripada bulan Zulhijjah”³

Sahabat bertanya
“Ya Rasulullah dan tidak juga berjihad di jalan Allah?”
Baginda Rasulullah saw menjawab
“dan tidak juga berjihad pada jalan Allah
kecuali seorang yang keluar berjuang dengan jiwa dan harta bendanya lalu gugur di medan perang dan tidak kembali-kembali lagi”

 [Riwayat al-Tirmizi (688), Abu Daud (2082)) dan Ibn Majah (1717)],
Hadith mursal tetapi disahihkan
{(Riwayat al-Bukhari (969), Abu Daud (2438), Ibn Majah (1727), al-Tirmizi (757)} Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sumpah Allah mengenai 10 awal Zulhijjah dalam al-Quran :-

1. “Demi waktu fajar”
– Pendapat ulama
i. Pagi sahaja
ii. Seluruh hari

2. “Dan malam yang sepuluh”
– 10 awal hari Zulhijjah (menurut Ibn
Abbas)
– Mempunyai kelebihan di sisi Allah
– Pendapat ulama termasuk siang

3. “Dan bilangan genap serta ganjil”
– Bemula hari 1 hingga hari ke 10
berturut-turut
termasuk hari ganjil dan genap

4. Kesimpullan
– ayat 1 : sebut siang
– ayat 2 : sebut malam
– ayat 3 : sebut hari genap dan ganjil

10 hari awal Zulhijjah menurut hadith :-
1. Sebaik-baik hari di dunia
Hadith mursal tetapi disahihkan
(Ibn Hibban (3853, al-Bazzar
(1128)


2. Tidak ada hari-hari yang lebih disukai
oleh Allah
[Riwayat al-Tirmizi (688), Abu Daud (
(2082)) dan Ibn Majah
1717)],

3. Tidak ada hari yang lebih utama di sisi
Allah
(Ibn Hibban (3853)

Hadith Dhaif
(ada pendapat mengatakan ini hadith menghampiri hassan)
1. Puasa sehari menyamai 1 bulan
2. Amalan digandakan 700 kali

AMBIL PERHATIAN :
1. Banyakkan amal soleh (Puasa, sedekah,
zikir, solat berjemaah
dan solat sunat, berbuat baik kepada
semua terutama ibu
bapa, membaca al-Quran, berdoa dan
lain-lain)

i) Mafhum hadith puasa
“Setiap amalan anak adam
digandakan 10 hingga 700
kecuali amalan puasa, kerana puasa
adalah untuk ku
dan aku sendiri yang akan
mengurniakan ganjarannya”
(al-Bukhari(1904), Muslim 1151

2. Puasa sunat hari Arafah, Mafhum
hadith
“Puasa hari tersebut (hari Arafah)
menghapus dosa
setahun yang lalu dan setahun yang
akan datang”
(Muslim 1162)

¹Ibn Rajab al-Hanbali, Kitab Lata'if al-ma'arif Fi Ma Li Mawasim al-Am Min al-Wazaif

²Ibn Taimiyyah, Majmu' al-Fatawa, (jilid 25, m/s 287)

³ isi khutbah jumaat masjid Al-Ubudiah (sampai sini tak bersambung) Jln Tasek Tambahan 3, Ampang 68100 Selangor
pada 2 August 2019

⁴bersambung di bawah isi khutbah
Jumaat UTM 9 August 2018

Perasan tak kenapa ayat ‘Bismillahirrahmanirrahim’ macam tergantung, kerana bermula dengan kata sendi ‘dengan’, sedangkan kata sendi sepatutnya berada ditengah ayat. ‘…………Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Apakah perkataan sebelumnya.

Mari kita kaji rahsianya, ada banyak petunjuk to unravel the secret behind this, tapi kita ambil 3 sahaja

1) Rujukan/petunjuk :
ayat pertama yang Rasulullah terima iaitu :-
– iqra’ bismi robbikallazi Khalaq
Bacalah dengan nama Tuhanmu (bismillah = dengan nama Allah)
– ada perkataan bacalah sebelum ‘dengan nama Tuhanmu’

2) Rujukan/petunjuk :
Mafhum hadith Baginda Rasulullah SAW
Setiap perkara yang tidak dimulai dengan memuji (menyebut) Allah, makan amalan tersebut akan terputus” (kurang keberkatan menurut Imam Nawawi)
Ertinya : Mulakan setiap perkara dengan nama Allah

3) Rujukan/petunjuk :
Mafhum hadith Baginda Rasulullah SAW :
Dari ‘Umar bin Abi Salamah, ia berkata, “Waktu aku masih kecil dan berada di bawah asuhan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, tanganku kesana kemari ketika makan. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
 يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ » . فَمَا زَالَتْ تِلْكَ طِعْمَتِى بَعْدُ
“Wahai Ghulam (wahai anak kecil), sebutlah nama Allah (bacalah “BISMILLAH”), makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang dekat denganmu.” Maka seperti itulah gaya makanku setelah itu. (HR. Bukhari no. 5376 dan Muslim no. 2022)
ertinya : Makan dengan nama Allah (Bismillah)

KESIMPULAN :
1) Bacalah dengan nama Tuhanmu
2) Mulakan sesuatu perkara yang hendaklah dibuat dengan menyebut nama Allah
3) Makan dengan nama Allah (Bismillah)


JAWAPAN :
(‘………………………….. dengan nama Allah’)
Perkataan sebelum dengan, hendaklah diisi dengan perkara yang hendak kita buat, Allah gantung ayat tersebut, tergantung dengan perkara yang kita hendak lakukan.

Jadi setiap perkara yang handak dibuat, mesti dimulakan dengan nama Allah (menyebut bismillah)
Ruang kosong itu, adalah perkara yang hendak kita lakukan.

contoh :
Baca dengan nama Allah
Makan dengan nama Allah
Tidur dengan nama Allah
Bersedekah dengan nama Allah
(semua perkara yang hendak dikerjakan), dengan nama Allah

Wallahu a’lam bish-shawabi

Source : Dr Mohd Shafie Md Amin